Sunday, March 3, 2013

Holiday

Sibuk jgak la hai nak cerita pasai holiday, ekceli dah lama pun pegi holiday, awal tahun lagi, tapi sebab balik ber'holiday' aku kebizian tahap dewa, idok ke sempat lagi nak buh lam entry, tapi slow-slow aku buat jgak.  Aku gi holiday tak jauh pun, tak sampai ke ombesea pun, tapi kebetulan tiket murah, boleh la gi satu family, lagi pun En. Khus tak sonok bila berjalan tak bawak anak, tak yah la konon nak macam orang bercinta la sangat, katanya, bawak anak lagi sonok, bila diorang tengok tempat tu, diorang akan ingat sampai bila-bila yang diorang pernah sampai ke situ...
Abang Long pernah tgk lam tv tempat ni, sampai jer tempat ni, terus dia cakap, eh cam lam tv tu la mummy, yeaaayyy..Abang Long dapat jgak datang sini..
En. Khus tgk anak dia sambil tesengih jer..

Ah..ah.. sini jer yang mampu aku gi
Langkawi Island, hehehe..

ok ler tu, kurang-kurang tiap tahun ada jgak bawak budak-budak ni bercuti, sebenarnya aku teringin sangat nak pegi sini sebab nak beli pinggan mangkuk jer, sambil-sambil tu berjalan la bawak budak-budak ni pusing-pusing Langkawi.

Abang Long ngan adik-adiknya, yang dok lam stroller tu, asal orang tolak... duduk jer dia, sib baik ada Abang Long, adik nak kuar jer dia tolak adik dia pusing-pusing Dataran Lang ni, tambah plak kat sini tak der keter lalu lalang, aku lepas jer diorang ni berlari ke ulu kehilir kat tpt ni, tukang jaganya Abang Long, sebab dia jer yang bole kejar budak kenit kibung tu.  masa ni pegi pun dah petang, jadi we all just spend time kat sini jer, sampai petang, dekat maghrib kitorang balik hotel 
and siap-siap nak makan malam.
2nd day, En. Khus cakap nak bawak my hero ni naik cable car, pagi lagi kitorang dah kuar, takut nanti beratur panjang  nak beli tiket, sampai kat situ dalam kul 10 lebih lepas pegi bekpas, tapi, malangnya tak boleh naik, walaupun cuaca cerah tapi angin kuat, operasi cable car dihentikan waktu tu disebabkan faktor cuaca, yer lah angin kuat sangat sampai begoyang gondola tu, bahaya plak, jadi sementara tunggu cable car tu bukak, kitorang pun ronda-ronda sekitar situ jer..
Sementara tunggu cable car, budak berdua ni sibuk nak beli key chain tulis nama diorang, hamboi..kemain lagi mengepow..
sampai pukul 11 lebih kitorang tunggu tapi still x boleh naik lagi, angin makin kuat, tapi kat bawah ni panas berdenting, berpeluh tiak mak jemah..sampai terlentok budak Ayish Kibung tu kene tolak kat Abang Long.

Sementara tunggu cable car tu, sempat jugak Abang Long  naik benda alah ni, apa kebenda namanya aku pun lupa, sky way ker apa ke ntah ler, tapi memang best, cam aku pun nak try naik, kalau ada kat umah, best jgak ni, leh naik gi kedai, sambil beriadah, tapi sebab lama sangat tunggu, last-last En. Khush decide kita gi dulu beli apa aku nak beli, nanti petang-petang lepas Asar, datang balik, apa lagi, suka la aku, memang dari tadi mengeletis nak gi Haji Ismail Group or Idaman Suri ni.

Sampai jer Idaman Suri and haji Ismail Group aku terus lupa dunia kejap, so tak sempat la snap gambar sana sini, sebab aku meroyan tengok pinggan mangkuk murah-murah, sib baik aku dah ada Correll, Vision sumer, so tak de la sibuk-sibuk nak tengok sumer tu.

Dah lama ronda ke hulu kehilir, sambil survey harga dulu, akhirnya setle la jgak apa yang terniat di hati aku benda-benda yang pernah terfikir nak beli sebelum ni, barang-barang tu jugak sebagai persiapan untuk aku jugak bila tiba masa untuk moving nanti.  Insyaa Allah...

Akhirnya naik jugak gondola ni, tak silap aku, cable car Langkawi ni terpanjang di dunia, ntah ler lupa plak, korang google la sendiri, sebab aku pun hanya dengar orang cakap jer, nak cari sendiri, memang malas ler.

Budak kenit kibung ni, memang tak lekat nak pegang, berlari sana sini, dah la tinggi, berpeluh ketiak En. Khush kejar budak ni, gayat mak tengok dia lari macam lipas kudung, memang kene berjaga-jaga, sebab kat atas tu bukan ada pagar pun, just tali jer sebagai penghadang, adoi, mau tak sakit kepala, kalau tengok budak-budak ni berlari.  Sampai Abang Long marah adik-adik dia, 'korang jangan la lari sana sini, nanti mummy mati tau kalau tengok kita sumer ni cedera' hamboi, ingat ajer, kata-kata mummy ni tiap kali pesan kat dia' Abang Long jangan buat bukan-bukan tau kat sekolah ker, kat mana-mana tempat yang mummy tak nampak Abang Long, kalau mummy dapat tau, abang Long jatuh ker kat sekolah, luka ker, cedera ker, kene culik ker, mummy akan mati tau, ingat tu Abang Long, Abang Long nak ke mummy mati?' sebab tu dia akan ingat pesan aku tu, kalau dah tiap-tiap hari pesan sebeleum gi sekolah.  Kejam tak mummy dia?

Lama jugak la, kitorang kat atas puncak Gunung Mat Chinchang ni, dalam kul 6.30 baru gerak turun dari gunung ni, memang nyaman sangat dok kat atas ni, dengan udaranya nya yang sejuk, nyaman, segar, memang best giler..kalau datang couple2 leh berangan honeymoon ngan En. Khush memg syok la kan..dok peluk-peluk, dakap-dakap..muhahahaha..kuat koya..


hari last kat Langkawi kitorang datang Pantai Pasir Hitam, memang pasir kat sini hitam, seberang sana tu dah masuk Thailand, boleh nampak dari sini sempadan Thai.  Dok kat sini kejap, hilangkan stress, bagi anak-anak lari sana sani, sebelum terus nak ker airport.

sebab dah lama sangat dok dlm draft jadi malas dah nak sambung..publish jer la setakat yang ada ni, memang wat keje tak habis kan? pemaleh..

En. Khush ni memang, sengaja nak kenakan aku, dia amik gambor yang aku tak lekang-lekang dok hapdet status FB, dia kata poyosss...hihihi..eleh jeles la tu..ermmm..maleh dah nak sambung sebab dah lama gile dah..ok done..

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..