Anniversary

Wednesday, February 27, 2013

Hari Yang Kalut

Haihhhh..ari ni kelam kabut mak...taska Danny pulak tutup untuk transit tengah hari lepas sekolah, maknanya van tak der lah jemput dia tengah hari ni, adoiiii..pening..jauh la pulek nak kene balik ambik,  rushing amik dia tu tak der la kisah sangat, pasal mana nak letak lepas sekolah ni yang aku ngan En. Khush tengah pikir nih, taska pulak tutup 3 hari, fengsan la nak letak mana, bab-bab bayar yuran nak cepat ajer, ni tutup pulak ni, yuran kira macam mana ni.

Aku bukan lah  kata aku ni bagus sangat, tapi hakikatnya aku tak pernah pun berkira bab-bab duit yuran taska or nursery anak-anak aku, asalkan diorang boleh jaga anak aku dengan baik, lepas tu anak aku tak merungut pergi nursery aku dah bersyukur sangat-sangat.  Tapi penjaga or pengasuh kat nursery ni,  kadang-kadang melampau jugak, ni nak tutup suka suki ati diorang jer, tak kan la aku nak cuti lagi, CNY ari tu dah cuti 3 hari, tak leh la asik cuti jer.  En. Khush cakap tak per la amik jer nanti letak opis dia.  Salah satu faktor aku tak kasi En. Khus bertukar opis, bila ada kes-kes terdesak macam ni la, aku rasa boss En. Khush kategari yang memang baik hati sangat-sangat, sebab boleh dikatakan Abang Long akan dok kat opis dia sekurang-kurangnya 2 hari dalam seminggu, time tak der kelas agama petang.  Tapi boss dia memang tak kisah, tapi kalau dah boss baik hati tak kan nak amik kesempatan pulak, Abang Long petang ni tak der KAFA, kalau hantar si Danny godek tu kat opis dia, dah jadi macam taska pulak nanti, budak berdua tu bukan boleh jumpa, nanti main kejar-kejar macam dok kat umah.  Tak sedap la kan...nak dok opis mummy susah la skit, sebab opis mummy bukan cam dulu, kalau kat Cyberjaya nu, bawak si kenit tu ada jer yang tukang jaga..huhuhu saat ni tetiba rindu opismate lama.

Sian la..anak-anak aku ni asik kene ngikut jer mummy ngan papa, sib baik la keje gomen, boss boleh tolak ansur, kalau swasta dah lama dah kene pecat, ermmmm..motif tak nak maid, aku rasa lagi susah bela maid kot, daripada aku terpaksa tungkus lumus, ke hulu ke hilir dengan anak-anak aku, tak per asalkan anak-anak selamat depan mata.

Tapi Allah tu Maha Berkuasa lagi Penyayang kepada hamba-hamba-Nya, Dia tau aku susah dan anak-anak itu adalah amanah dari-Nya untuk aku ngan En. Khush, ditakdirkan mulut aku ni ringan jer tanya kat tadika Abang Danny pagi tadi, boleh tak jaga untuk 3 hari, sebab taska untuk transit dia tutup, Alhamdulillah cikgu tu kata ok, sebab dia memang ada kat tadika sampai petang, aku siap cakap, tak per cikgu nak kira OT berapa ringgit sejam pun saya bayar, cikgu tu cakap tak per kak, boleh jer nanti kita masukkan dalam yuran bulanan, Alhamdulillah, selesai masalah Abang Danny, tapi kene la aku suh En. Khush balik cepat-cepat skit, jangan lama-lama sangat Danny kat tadika tu kalau tak nak bayar mahal, tapi En. Khush cakap, bayar jer lah..fuhhh lega..tapi disebabkan banyak borak ngan cikgu, amik baju kat umah untuk dia ganti kat tadika, itu ini, lambat jugak mummy gi opis, haiiihhhh..setiap pagi kalut..

Sambil sampai opis..mood bepeluh ketiak..berlari naik tangga gara-gara lif lambat..ermmm..legaaa...





No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..