Anniversary

Monday, March 11, 2013

Rutin

Disebabkan skang ni aku selalu huru-hara, terkejar sana sini di pagi-pagi hari, aku selalu terpikir, seronoknya kalau aku ada pembantu kan..tapi En. Khush tak nak kalau pembantu itu bukan warganegara, kalau warganegara Malaysia ok..katanya, mana nak cari skang ni.  Sejak Abang Danny sekolah memang jadual rutin harian aku sedikit berbeza,  tambah pulak, pagi Abang Danny sekolah lain, lepas tu tengah hari taska plak, Ayish Kibung plak nursery lain, maknanya 3 orang anak, 3 tempat yang berbeza.  Tapi Abang Long tak per lah sebab pagi-pagi lagi dia dah kuar ngan En. Khus, gi sekolah kat Presint 18, aku ni hah, lepas hantar Abang Danny kat Kite Kingdergarden, berkejar plak hantar beg dia kat taska untuk transit kat Fasha Sayang, lepas tu pecut pulak ke Putrajaya, hantar Ayish Kibung kat Taska One, Parcel E, lepas sessi pujuk memujuk, sessi suap-suap nasi, pecut pulak gi opis kat Presint 2, fuhhh..memang super duper la, begitu la rutin harian aku.

Aku memang terfikir nak tukar nursery Ayish Kibung. Letak kat opis aku ni, dekat sikit, dah tentu-tentu aku sampai opis dulu kan sebelum hantar dia kat nursery, tapi aku kesiankan dia, dari umur 2 bulan dah biasa dengan cikgu-cikgu kat taska skang ni, cikgu-cikgu pun dah tau kerenah dia macam mana, kalau aku tukar, mesti dia nak kene biasakan dengan suasana baru, memang orang kata, alah budak-budak, lama-lama biasa la nanti, eh..eh..masalahnya kita tau ker perasaan diorang macam mana, elok-elok gi nursery siap babai2 aku, aku nak kene dengar dia menangis hari-hari sebelum aku tinggalkan dia kat nursery.  Aku tak sanggup, sebab aku tak kan tinggalkan anak aku dalam keadaan menangis, selagi dia tak berhenti menangis selagi tu aku tak kan gi kerja, aku akan pujuk sampai la aku boleh tinggalkan dia dalam keadaan dia aman, happy, tanpa kene paksa.  Kita kalau kene paksa pun tak suka kan? walaupun dia masih anak kecil dan kita yang mencorakkan diorang, tapi perasaan diorang kene amik tau jgak kan?

Cuba fikir suatu hari nanti kalau anak-anak buat macam tu kat kita, letak kat umah orang-orang tua tanpa kita rela, macam mana? apa perasaan kita masa tu..huihhhhh..mintak jauh la dari perkara-perkara macam tu.  Tapi aku syukur sangat-sangat sebab En. Khush tak pernah pun merungut, kalau kain bertimbun tak berlipat, rumah bersepah tak berkemas, habuk tak yah cakap lah, masak ala-ala kadar pun En. Khush o.k jer, sebab dia tau aku memang penat, seharian di opis, kadang-kadang sampai malam. Lepas tu balik umah masak lagi, ye lah..Abang Long balik tiusyen mesti tanya mummy masak apa, nak tak nak aku kene masak jugak, anak-anak sedang membesar sekarang ni memang kene makan ikut time.  Tapi the best part is, En. Khush akan masak, kalau aku lambat sangat balik, dia akan masak, yer la demi untuk anak-anak dia, tak kan nak biar anak tak makan.

Tu blum lagi masuk bab gosok baju.  Skang ni pun aku tak der masa nak kumpul baju-baju En. Khush hantar dobi, pagi-pagi iron baju anak, baju apak, baju aku lagi, dan seharusnya kul berapa aku harus bangun, kul 5 pagi hookey..kalau aku terlambat 1/2 jam, sah-sah lambat masuk opis.  Nasib baik anak-anak aku bukan jenis harus bekpas pagi-pagi, kiranya kalau ada makan, kalau tak der bawak roti ker, koko crunch ke, gi sekolah.

Tapi Alhamdulillah, sejak Abang Long dah besar ni, dia dah pandai, angkat baju, kemas mainan adik-adik, kadang tolong mummy basuh pinggan, sebab dia tau mummy dah tak larat sangat-sangat. yer lah, dalam sehari ada 24 jam, hanya lebih kurang 6 jam jer mummy rehat, tu pun waktu tidur, selebihnya memang bekerja, tak kira lah di opis or rumah.

Insyaa Allah, mummy akan didik anak-anak mummy, walaupun lelaki, anak-anak mummy tetap boleh buat kerja-kerja perempuan.  Sebab bila dah biasa tolong mummy, dah kawin nanti, tak bebankan isteri, akan tolong isteri, nak ringankan tugas isteri, jangan ikut cakap bini plak sudah lah...

Masa dok opis lama, aku tak rasa huru hara pulak, sebab boleh balik on time, sampai rumah awal, masak awal, makan awal, sambil tunggu nasi jatuh kat perut sempat iron-iron baju, lepas tu main-main ngan anak sementara tunggu diorg tido, aku pun bole tido awal, bila tidur cukup, badan dah recharge balik, semua benda buat dengan tenang, pegi kerja pun leh sampai awal, tapi sebab skang aku memang busy dan memandangkan bekerja dengan kebanyakan negara yang berlainan waktu, jadi aku perlu balik lambat, jadi bila balik lambat, masak pun lewat, makan malam pun lewat, kelam kabut layan anak kejap, itu ini, kadang-kadang mandi pun aku tak sempat, sebab tak tahan nak baring.  Tapi tak per lah, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian Insyaa Allah, bila kita buat kerja dengan ikhlas, Insyaa Allah besar ganjaran yang Allah akan berikan nanti..Aminnnn...


No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..