Mula-mula tengok Fear Factor Selebriti Malaysia ni, tak der la teruja sangat, mula-mula tengok episod pertama cam biase-biase ajer, pastu aku tak tengok sampai episod 5, start episod 2 sampai 5 aku tengok marathon kat dailymotion, giler best, aku rasa cam nak masuk kalau ada untuk bukan artis. FFSM di ditayangkan setiap Sabtu jam 9.00 malam kat Astro Ria, kadang-kadang aku terlepas sebab umah aku ni 24 jam kartun, asik berebut remote jer..
Ni arrr..antara artis yang masuk FFSM, dulu aku sokong 3 pasukan, Jehan ngan Mejar Faiz, Akim ngan Farish dan Dafi ngan Zoey, rasa kecewa gak arr bila Jehan Miskin ngan Mejar Faiz tersingkir, sebab aku rasa Mejar mesti la boleh buat semua cabaran, sedangkan cabaran nak jadi angkasawan pun dia boleh tahan kan, tapi ni sebab berpasukan, kene ada team work, tapi dah tersingkir episod 4 kot, skang ni aku risau btul kalau Farish ngan Akim and Dafi ngan Zoey kalau tak leh wat task, takut diorang tersingkir, sekurang-kurangnya sampai final pun ok kalau tak menang pun kan.
Dafi ngan Zoey, walaupun muka jambu tapi rupanya diorang lasak gak ek, selalu jugak dapat imunity, harap korang boleh bertahan sampai final, dalam episod 10 korang memang mendebarkan, risau jugak time tu, takut tersingkir. Tapi korang berdua memang pasukan yang serasi.
Ni pun pasukan favorite aku gak..sebab cool jer, walaupun kadang-kadang Akim ni baran jugak, tapi diorang memang best, pasukan yang ada kimia. Chemistry la tu..hope korang dapat bertahan sampai final ek..
Bila tengok fear factor ni, aku berangan kalau ada lah untuk kita-kita ajer..memang aku masuk, bab-bab ketinggian, dalam air, semua aku ok, tapi yang melibatkan binatang-binatang yang aku tak tahan, nak-nak lipas, macam mana nak atasi takut pada lipas ek? dah la permainan ni banyak guna lipas. Tapi aktiviti lasak diorang memang best giler, nampak senang tapi susah, aku rasa kalau aku kene bungkus dengan lipas, masa masuk dalam peti bilik mayat lama tu, mau nangis..sampai bila-bila akan terpahat di jiwa, memang extreme giler babas cabaran yang diorang bagi.
Rancangan ni ada 13 episod dan akan melalui 2 cabaran yang harus mereka lalui pada setiap episod. Setiap peserta perlu melakukan setiap cabaran yang diberi, sekiranya perasaan takut atau gagal menguasai diri, peserta tersebut akan disingkirkan. Tinggal 3 episod jer lagi untuk menentukan pemenang FFSM ni, fuhhh..aku pulak yang nebes, takut pasukan peberet aku tubik nanti.
PESERTA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA
Farish dan Akim
Ajak Shiro Raja Lawak dan Elfiro Loy
Alam Wakaka dan Arja Lee
Zoey dan Dafi
Dazreen dan Hairul
Hafizul on Air dan Hefny On Air
p/s : harap-harap sangat Dafi-Zoey and Akim-farish sampai ke final..
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..