Anniversary

Monday, October 15, 2012

Semangat Baru

Lama giler aku x ber'bloging'..why..why..why..tiba tiba datang semangat nak berblog semula..aku bgtau Aida kat YM yang aku nak menulis balik  tapi dia wat ikon gelak guling-guling kat aku..adoi..cer la bagi semangat..member nak menulis dengan rajinnya nih...siap suh aku tutup blog aku ni..dari biar jer bersawang bukak buku baru..dengan azam yang baru katanya, tapi sayang pulak nak tutup blog ni, memandangkan banyak memori anak-anak yang dah aku abdikan sebelum ni, jadi walaupun dah hampir 3 tahun tak menghapdet jadi dengan lafaz BISMILLAHHIROHMANNIRRAHIM aku mulakan perjalanan hidup aku semula.

Sebelum aku bersemangat nk hapdet blog aku ni, aku baca balik apa yang dah aku tulis sebelum-sebelum ni, betapa lamanya aku tak tengok laman ni, rupanya last aku tulis dari anak nombor dua aku kecik lagi baru 11 bulan sampai skang dah 4 tahun kwang..kwang..kwang, dah kuar sorang lagi pulak tuh..aduyaiiii..giler lama aku biarkan laman ini tanpa dikunjungi uhuk..uhuk..uhuk..sepanjang tempoh tu jugak banyak perjalanan, memori dan dugaan yang telah aku lalui.  Nanti mesti orang ingat aku dah tak ada kerja sangat dah sejak tukar opis ni kannn..ish..ish..idak la cengitu..macam biasa la kan, PA cam aku ni kerja kat mana pun sama jer, tapi rasanya kat opis baru ni lagi banyak kerja sebenarnya daripada opis-opis aku sebelum ni. 

Untuk permulaan menghapdet blog ni..aku kira tak payah la tulis pepanjang bebenor kan..cuma aku nak tunjuk family aku setelah 3 tahun menyepi diri..wahhh ayat artis gitu..

tadaaaa...hah..ko..dah 3 hero aku kannn..

Setelah bertahun-tahun jugak tak bergelumang ngan menatang ni, aku cam bodoh sangat-sangat nak setting menatang-menatang dalam nih..jadi terpaksa la kene draft ambil masa berhari-hari gitu..bongoks..daripada aku menyumpah seranah semua menatang dalam ni baik aku berenti dulu..esok-esok aku wat cerita lain lak..


Abang Long dah 
berumur 8 tahun

Abang Danny godek dah 4 tahun

Ayish a.k.a mengkibung
dah 1 tahun setengah

2 comments:

  1. dikesempatan ini saya pun nak hantar comment ke chesu sejak 3tahun tidak menghantar hahahaha:D -->tiru mengkibung sengeh hahahah

    ReplyDelete
  2. hahaha..lpas ni selalu la singgah yer..sebab che su tgh bersemangat ni..

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..