Anniversary

Tuesday, October 16, 2012

SEJARAHKU BERMULA PART 1

Wahhhh!!!!...tajuk tak hengat siap ada part-part lagi, dah macam drama bersiri ADAM DAN HAWA dah..kemain lagi ek...tak per la..saat tengah rajin la konon, jadi aku bermula dari penghujung tahun 2009 memandangkan aku meninggalkan dunia perblogan ini pada penghujung tahun 2009, jadi aku try recall balik sebab dan musabab almost 3 years aku tak ada hati untuk menulis.

Eh..eh..apa sumer hilang ni tinggal secoit mukadimah jer..adui..nate sungguh...semalam aku dah tulis kemain hebat lagi..siap dengan emo-emo bagai, tengok kat umah malam tadi hilang dah..bukan auto save ke menatang nih..cis..ni yang wat aku fed up nih..grrrrrr...tak per sabo-sabo..ni ujian nak menguji tahap kesabaran aku, tarik nafas hembus..tarikkkk hembus..apa-apa pun save dulu..nak makan dulu kejap lagi sambung balik.

Ok sambung balik la..penghujung tahun 2009 aku tengah sakit jiwa, sebab pengurusan opis lama aku (LPM), korang cari la sendiri apa LPM tu ek,..eh..eh..suka hati jer, macam la korang teringin sangat nak cari kan?..LPM tu stand for Lembaga Peperiksaan Malaysia salah satu Bahagian under Kementerian Pelajaran Malaysia.., masa tu saat-saat yang paling aku rasakan menyampah nak pergi kerja, walaupun LPM lah yang telah banyak bawak aku keliling Malaysia (Malaysia je pun) tapi aku syukur, sebab di LPM jugaklah aku dan boss aku(dah pencen pun) mulakan Bahagian Pengurusan, masa tu KPM baru re-op, jadi aku baik la dengan pegawai-pegawai di bawah seliaan boss aku, kecuali ada sorang jer la yang boss aku  kurang berkenan sikit, tapi orang tu baik ngan aku.

Dipendekkan cerita setelah 5 tahun berada di LPM maka bermulalah era pegawai-pegawai baru yang muda remaja yang baru nak kenal keje, maka di situlah tiba-tiba elaun aku yang tak seberapa tu nak ditarik balik, tanpa pengetahuan aku pulak tu, potongan bermula dari aku terima elaun tu..gilo apo..dah 5 tahun kot aku dapat, lepas tu diorang nak potong, sedih sangat-sangat,...cer kira berapa ribu juta aku kene bayar balik, kononnya, kata diorang, aku dah tak guna tulisan cacing-cacing tu..so tak perlu lah bayar, bila aku tunjuk surat JPA, stupid pegawai tu kata itu hanya kelulusan bukan untuk pembayaran pun, wal hal itu antara aku ngan bos aku kot samada aku still amik dictation or not, sib baik  Tuan Haji aku suruh wat surat mengatakan aku still guna sampai skang dan berhentikan elaun tu dari sekian-sekian bulan, kira syukur la kan boss dah tolong, tapi aku dah panas vontot dok situ, meluat tengok muka pegawai-pegawai bongoks yang telah menyusahkan hidup aku tu, jadi aku pun berulang alik ke Bahagian Pengurusan Kementerian nak mintak tukar Bahagian daripada dok situ makan hati berulam jantung...uhuk..uhuk..uhuk..

Pendek cerita lagi, aku telah berjaya membodek Timbalan Pengarah Pengurusan untuk sign surat aku tanpa pengganti, sebab kebetulan awal tahun 2010 tu kerajaan tengah freeze pengambilan, so nak bertukar susah la skit kecuali tanpa pengganti, jadi setelah itu aku pun berjaya la tukar ke Cyberjaya pada awal 2010, makan masa bulan-bulan jugak la proses aku nak tukar, sementara nak bertukar tu asik menangis dalam hati, buat kerja pun dah hilang keikhlasan, sebab siapa lah aku ni untuk terus berjuang mendapatkan elaun yang tak seberapa tu kan..dengan kata lain PA cabuk cam aku ni mana layak untuk berbahas dengan pegawai yang level 41, yang menang pastinya 41, jadi solution nya aku mengundur diri, dan berjaya ke Cyberjaya. Yehaaaaa...yang bestnya elaun aku makin bertambah sebab aku jaga JUSA lak..Alhamdulillah hikmah disebalik ujian dari Allah.  



Ni betul-betul saat aku kesedihan masa tu siap
 MMS En. Khush lagi dah tak tahan lagi nak datang opis

En. Khush banyak sangat advice aku masa ni, supaya sabar, mesti ada hikmah disebaliknya. 


MMS En. Khush lagi sebab menangis setiap saat dan dah tak boleh nak
berhadapan dengan stupid officer tu.

Ni la Jue PA-Timbalan Pengarah Pengurusan kat LP
sampai skang pun ada kat situ lagi-kuar-kuar la Jue cari pengalaman baru

Ni lak Anis, dulu dia POOL kat LP di atas nasihat aku dia mintak tukar
dan skang dan jadi PA Rektor IPGM JUSA A ko..lagi masyukkkk


(to be continue)....hamboi...




P/S : terlalu banyak memori indah di LPM, buat Jue and Anis, semoga maju jaya, korang memang kawan yang best sepanjang akak berada di LPM huhuhu..sedih sey..lama tak jumpa korang.

5 comments:

  1. walawehhhh...penatnyer baca...

    ReplyDelete
  2. alamak dah lama tak dengar perkataan walauweehhhh itew..

    ReplyDelete
  3. hahaha..ish..ish..apo salah eh..membaca itu jambatan ilmu hahaha..

    ReplyDelete
  4. Sabar tu ada ganjarannya risya.... Saya la, x lpm gak -hazian- peace! Eh tp siapakah????

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..