Wednesday, October 17, 2012

WHERE THE MONEY DROP!!!

Cerita   SEJARAHKU BERMULA  akan ku sambung nanti, skang ni nak citer pasal 1 juta ringgit duit jatuh dalam lubang, hahaha...bestnya kalau duit jatuh atas ribakan?, tak payah kerja, dok umah je, sambil tengok tv makan cikedis duit jatuh macam hujan, tiap kali duduk..duit jatuh..bapak syokkkk...

Haaaa..la ni aku nak citer pasal duit jatuh laaaa, tak payah susah-susah cuma jawab soalan, kalau betul, where the money drop...dapatlah duit..dap nya..tapi betullah, kalau memang rezeki tu, Insyaa Allah dapat, tapi kalau bukan rezeki tu memang kene redha dan pasrah ajer ler..

Bulan 9 ari tu aku ada masuk audition 1 Juta Ringgit Money Drop. Audition wat kat Garden Hotel PJ, alaaa...sebelah Mid Valley tu.  Iya-iya la cuci gambar, isi borang online bagai, search internet, siap like page RM1,000,000 Money Drop lagiiii..punya la semangat nak ujibakat.  Audition berlangsung 2 hari, hari Sabtu ngan Ahad, kebetulan Jumaat tu aku duty 108, jadi En. Khush jemput aku dari Wisma Putra terus ke Garden Hotel, kitorang pergi dalam pukul 7.30am, janji ngan anak buah aku, jumpa di Garden Hotel, lpas tu pass anak aku kat dia.  Sian anak-anak aku, dah la pagi gila mengkibung kenit tu kene bangun and mandi, semata-mata mummy ngan papa nak kejar sejuta ringgit punya pasal, tak pe la kot-kot dapat kan.  Rezeki sapa tau.

Aku sampai sana dalam kul 8.00, jalan tak jammed la sebab hari minggu, tapiii,,sampai sana..terkejut Ya Rabbi, orang dah beratur keliling bangunan Garden Hotel tu...punya la ramai gile vavi orang nak cepat kaya kan, termasuk aku..


ni dah separuh hari aku beratur dari kul
8.00 pagi sampai kul 2.00 petang punya la gilo nak kaya kannn..
Aku pun gigih la beratur..punya la panjang, lepaih tu..yang datang lak semua yang educated, stylo-stylo, cam orang kaya pun ada..haihhh..diorang pun kemaruk jugak ker nak duit free ni, osah gilo ehhhh manusia ni.

En. Khush ngan laki Aida, dari pagi beratur tak putus asa ni,
nampak beg En.Khush tu, penuh ngan makanan, punya la prepared kot kebuluq masa tengah queue. 

Sabo je la..
Masa ni aku ngan Aida dah tinggal laki masing-masing, sebab kitorang wat plan baekkkk punya nak potong queue, dah tak tahan kot, dengan panas bagai, peluh tiak lagi, camno nak masuk tb nanti..waaahhhh..angan-angan tinggi melangit..dah alang-alang nak potong queue, kitorang terus gi depan sekali. Wat borak-borak lepas tu konon-konon bertelepon, dapat la dok depan, kebetulan jumpa pulak member masa sekolah menengah, apa lagi amik kesempatan la beratur sekali ngan dia.


Nazrul ngan wife dia, member sekolah menengah yang sama jugak potong queue

Dalam kitorang potong queue tu,ada sorang mamat bengong depan aku perasaan yang kitorang ni menipu, sekali dia cam bengang giler kat kitorang, siap bagi tau orang-orang belakang and depan dia, suh kenal orang sebelah menyebelah, sebab ada orang nak potong barisan, cinabeng btul. Tapi aku and the geng wat bodo jer, maka dengan usaha yang gigih, tinggal beberapa langkah lagi untuk masuk ke dalam, sebab crew Money Drop ni, lepaskan 50 pasangan pada satu-satu masa untuk masuk peringkat pertama iaitu ujian minda.

Beberapa langkah jer lagi nak masuk untuk stage pertama, ready-ready
Dah bersemangat ni, skit lagi nak sampai, dalam 10 pasangan jer lagi, dok happy-happy sekali crew tu kuar and announce, "pendaftaran untuk hari ini telah ditutup, kita akan buka semula seawal jam 6.00 pagi esok di aras 5, sila terus ke aras 5". Alamak!!!! kecewa giler..siap maki-maki lagi crew tu, sebab tak proper langsung cara penganjuran diorang, nate la ho..dengan penuh kekecewaan kitorang balik, dah la sanggup tinggal anak kat anak buah aku.  Balik la dalam kesedihan yang melampau, tapi aku ajak jugak En. Khush, nak datang balik esok pagi, nak kuar sebelum pukul 6.00 lagi, Nazrul and wife pun nak join jugak, so kitorang set la, sapa sampai dulu beratur.

Pukul 5.30 am pagi esok tu, Nazrul and wife pegi balik kat Garden Hotel, dah alang-alang dia kuar dulu, aku pun siap singgah beli nasi lemak la.., air la..,pukul 6.30am lebih gitu la aku sampai Garden Hotel, terkejut gile aku tengok orang lagi ramai dari semalam, gile hebat diorang ni, tak balik ker? rupannya diorang tido kat parking hotel, memang gile vavi la diorang ni, Nazrul and wife dah beratur, aku pun tumpang sekaki, sekali...punya la bongok berganda-ganda crew Money Drop nih, gi alih tempat pulak, kene beratur aras lain, masing-masing berebut la, yang kesian tu, siap ada bawak anak kecik lam stroller, siap tinggal stroller bawak anak, naik esculator..berhimpit-himpit nak beratur, riau la budak tu, aduhhh..kesian gile, mak apak punya pasal anak jadi mangsa, dah la kene bangun pagi-pagi.  Sib baik aku dah siap-siap tinggal  anak aku kat umah Mira ( anak buah aku).  Kalau tak ada orang jaga memang takkkkk laa..aku kemaruk nak audition neh.


Akhirnya aku berjaya ke peringkat pertama..baru 1st stage jer pownnn..
Seee..form aku dah di terima untuk menduduki ujian minda Where the Money Drop!!!
 Hari Kedua aku gi auditon, akhirnya aku dapat la ke 1st stage, sebab hari kedua ni, aku jujur, beratur dengan penuh kesabaran tanpa potong queue..kalau dapat duit tu pun tak der la rasa bersalah kannn..

Dah ready-ready nak masuk..tgh dgr briefing..gembira mak amek..
Lepas dengar briefing ni kitorang telah dipisahkan untuk amik ujian minda, kene jawab 20 soalan dalam masa 10 minit, aku dan pasangan masing-masing kene betul 13 dan ke atas..baru melayakkan kami untuk ke stage seterusnya.  Mesti korang kata senangkan, tapi soalan susah nak mampus..bagi yang tak tau macam aku ni..campur bengap banyak, pulak tu kene dok jauh-jauh ngan En. Khush, kalau dok sebelah menyebelah, memang sah aku meniru dia....lepas dah tau keputusan tu, En. Khush membebel kat aku..dia kata tahun depan nak cari pasangan lain la, pasangan ni tak boleh harap..kah..kah..kah..dia lepas ujian minda tu..aku btul 7 ke 8 cam tu la..bengong betul..walaupun tak berjaya tapi dapat merasa la ujibakat kan, boleh tau la macam mana soalan uji minda ni..keluar la aku dari bilik auditon dengan perasaan hampa..huh..penat beratur tau..

Soalan-soalan yang ditanya masa audition tu yang aku ingat, nanti korang jawab la ek.

1)  Permainan teng teng mempunya berapa kotak - leh tgk kat sini? Permainan Teng-Teng2) Jessica Ennis menang pingat emas semasa sukan Olimpik 2012 London dalam acara   
    apa?3) Pahlawan yang berasal dari Pahang?4) Nama sebenar penyanyi Miz Nina?5) Negara yang bersempadan antara Amerika dan Kanada?
6) Dalam permainan bola tampar semasa sukan Olimpik perlu ada berapa orang dalam  
    gelanggang?
7) Masjid bersejarah di Melaka di bina pada zaman apa?
8) Nama Perdana Menteri Thailand, kalau tak silap aku
9) Tobruk ke..tabruk ke..aku lupa dah..adalah sejenis apa?
10) Pakaian Kebangsaan Korea

Yang 10 soalan lagi aku tak ingat dah..selamat mencuba..tahun depan kita cuba lagi..tapi nak gi ke negeri-negeri jer la..kat sana tak der la ramai sangat..


2 comments:

  1. huhu soalan general je kan. kalau tak membaca dan tahu hal ehwal dunia memang tak dapek den nak masuk ekekeke

    ReplyDelete
  2. tau x per..sbb tu Ayh su soh membaca kwang..kwang..

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..