Wednesday, October 24, 2012

SEJARAH KU BERMULA PART 2

Maka..pada awal tahun 2010 aku pun berjaya bertukar ke Cyberjaya, bawah KPM jugak, tapi bahagian lain, Bhg. Pembangunan dan Penilaian Kompetensi(BPPK) khas untuk Pengurusan PTK cikgu cikgi dan PT-PT di bawah SPP.  KPM ni besar, bawah KPM ni ada 32 bahagian kalau tak silap aku, kalau orang tanya, "eh ko dok KPM kan?" kenal tak sipolan sipolan?  memang tak kan kenal, melainkan kalau orang yang dia tanya tu sama-sama PA atau orang yang main sukan, kalau tak memang aku tak kenal, satu Bahagian pun belum tentu kenal semua, kalau dah 1 Bahagian pun dah 500 lebih orang, cam ner nak kenal. Ok! sambung balik.. Kebetulan pulak SUB BPPK, baru bertukar dari BPSM,  kiranya sama-sama baru ngan aku la, dia masuk 2 hari awal dari aku, tu yang mengeletis nak PA cepat,  aku pulak mengeletis nak tukar, dapat la aku ni attached ngan dia.  hari pertama report duty kat Cyberjaya, gayat giler tengok boss baru ni, muka dah la ketat, cam garang giler..huhuhu..dalam hati, padan muka aku, elok-elok dapat Abang Haji yang sopan santun dan lemah lembut tu nak sangat tukar, tapi boss baru ni cam paham pulak keresahan hatiku ini, tiba-tiba dia cakap, wajah ni anugerah, jangan risau, saya tak pernah lagi makan orang, hahaha..gelak besar aku masa tu, mesti dia terkejut,,apo gilo PA ni..   

Dalam borak-borak ngan boss baru, rupanya dia ayah kawan aku, sama-sama main netball MESCA, laaa..kecik nya dunia, sebelum ni kawan aku tu ada cakap, tapi aku pun tak perasan yang mana satu, rupanya bapak ko boss aku skang. sabo jer la aku...termasuk dengan boss  skang.. aku dah bertugas dengan tiga skim yang berlainan, skim W,skim DG dan skim M, kalau bagi kakitangan kerajaan diorang tau lah maksud huruf-huruf disebalik skim-skim ni.  Dalam banyak-banyak skim ni, aku suka attached ngan W, 'W' yang aku maksudkan bukan bidang kewangan tapi Perkastaman, beruniform punya orang laaa, mungkin masa tu boss aku baik jadi aku selesa ngan dia, yang lain pun baik jugak tapi keserasian bersama tu, aku lebih pada 'W' hehehe..tapi kalau dalam keprofesionale, nampak class dan bermutu, aku suka M, diorang nampak profesional, speaking sampai kuar habuk dan berdiplomat termasuk la boss aku skang..ceeewaaahhh..kalau DG ni bagi aku kat sekolah diorang memang bagus la mendidik anak bangsa menjadi insan berguna, tapi kalau masuk pengurusan diorang slow sikit (mampus aku kalau orang-orang DG baca ni), mungkin tak semua, tapi ini berdasarkan pengalaman, aku bukan bekerja dengan orang bawahan yer..aku bekerja ngan top-top level, jadi aku boleh nampak keperbezaannya itew..orang-orang M ni mempunyai confident level yang tinggi, tanya jer Pekeliling itu, Pekeliling ini,boleh je diorang  ni hapai..,  nama pun diplomat kan.

Eh eh ke lain pulak aku ni, nanti orang kata aku tak puas hati ngan DG pulakk, idok la begitu, kalau ikutkan orang-orang M la yang telah cuba untuk menarik elaun aku dulu, tapi tu, M kemaruk kerja, berlagak, jadi abaikan sajer la. Sok-sok aku  jumpa diorang balik, dan masa tu mungkin diorang dah naik pangkat, jadi orang besau-besau..tak tau la macam mana kannnn...sepanjang aku di Cyberjaya, boss selalu nasihatkan aku, kita perlu cari pengalaman sebanyak yang mungkin, jangan dok satu-satu tempat terlalu lama, wahhh..semangat berkobar-kobar aku dengar nasihat dari boss masa tu, dia lah boss aku yang paling banyak story morry pasal pegawai-pegawai yang mula dari bawah kemudian berjaya dan sekarang dah bergelar profesionale.  Aku bekerja ngan boss aku ni tak lama, lebih kurang 1 1/2 tahun sebelum aku bertukar ke Wisma Putra.  Dia juga la yang tolong aku karang surat ke JPA untuk disenaraikan dalam list interview ke Wisma. Thank you boss ek...lagi pun aku bertukar ke Wisma bersebab, sebelum ni, tak pernah terfikir untuk aku melangkah ke sini, sebab dulu aku ada orang tua yang En. Ahmad Khushairy sayang lebih daripada aku, tapi memang patut pun dia letakkan aku tempat kedua dalam hatinya, sedikit pun tidak pernah aku terasa hati..sebab aku kenal dia pun setelah dia besar panjang, dah kenal apa itu dunia..tapi semenjak kami kehilangannya, En. Ahmad Khushairy dah izinkan aku untuk  mencapai impian aku. 

Tu la perjalanan kisah aku sepanjang tempoh 3 tahun tak berblog..sebenarnya panjanggggg lagi..tapi sikit-sikit udah ler..nanti cemuih plak..dalam tempoh tu jugak aku belajar Mandarin, dan Alhamdulillah, boleh laaa kalau setakat nak beli-beli barang ke..nak nego harga ke.. ngan orang cina tu kannn.. nanti la aku wat entry mari belajar Mandarin..

Ex-Opis @ LPM, Parcel E, Putrajaya

Ex-Opis @ BPPK Cyberjaya

Ex-Opis @ BPPK Cyberjaya
Opis Wisma Putra tak boleh expose sangat, sebab kat sini biasa-biasa ajer..lagipun still bekerja kat sini so kene silent la skit..gitew hehehe..sapa-sapa berminat nak masuk sini leh apply kat JPA ek, nanti kalau ada kekosongan Wisma Putra akan wat intebiu, kalau pass leh la join Wisma, kalau tak pass leh cuba lagi, aku tau mesti ramai PA's nak join Wisma kan? haaa sila-sila, lagi pun rezeki masing-masing, dapat posting tempat best itu bonus, dan semua tempat pun okey, leh cari banyak pengalaman, itu yang lebih berharga.

Adios...zàijiàn....wŏ shuō wàn le..

1 comment:

  1. bestnye baca kisah akak ni...best la jd akak..berani mencuba... mcm sy nie.. semuanya takut..last2 terperuk kat kastam ni..dah 8 tahun :'(

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..