Anniversary

Wednesday, March 4, 2009

PINDAH



Kerja pindah rumah ni memang memenatkan, rasa macam banyak dah kemas barang, tapi bila tengok, macam tak luak-luak lagi, apa yang banyak pun aku tak tau, mungkin barang kecik-kecik yang banyak kot, masuk kotak senang, nak keluarkan dari kotak balik yang malas, dah bertimbun-timbun kotak kat umah baru aku yang belum aku kemas, nak buang takut nanti esok-esok cari balik, selalunya macam tu la, bila aku buang jer barang tu..esok lusa dah nak pakai, penat beb..lepas angkat barang besar-besar dari rumah lama(Putrajaya) ke rumah baharu, baru la aku rasa bersepah yang amat sangat, aduyai...penin palo den..jenis aku plak aku suka buat kerja masa orang tak ada, mean's orang tak tengok aku buat kerja, itu memang dah style aku, kalau bos ada kat depan pun aku jadi tak ader mood dah buat kerja, ye la aku ni bukan jenis menunjuk-nunjuk..tapi segala kerja aku selalunya dipuji oleh bos (kembang idung ni), maknanya walaupun aku tak tunjuk kat bos aku buat kerja, tapi bos tau la kan... tahap kreadibiliti aku sebenarnya..hehehe..(kembang lagi)...tapi tu la, masa pindah tu mertua aku ada, so dia la tolong kemaskan, katil-katil kat bilik pun dia yang pasangkan, biarla dia...senang skit keje aku( memang hidup nak senang jer), masa hari pindah tu aku buat nasi tomato, nak jamu kengkawan abang aku yang tolong angkat barang, sebab aku tak guna movers, aku amik lori KASTAM jer, dah ada kemudahan kat situ, kita gunakan la, kalau tak.. buat apa kerja ngan gomen, kalau tak ada kebajikan untuk pekerja...tul..kan..kan..kan?


Inilah pondok buruk indah ku, walaupun tak segah dan secantik mana pun, namun aku tetap bangga sebab aku dapat beli dengan hasil titik peluh, keringat aku( rasa tak berpeluh pun, 24 jam dalam aircond), ye la, tak la seperfect mana pun, tapi tak kisah la janji buat masa ni aku puas hati, pelan-pelan la buat, biar hutang ke atas rumah ni langsai, baru aku fikir soal lain, bagi aku suami isteri, dah cukup bersyukur Alhamdulillah, dapat tempat berteduh untuk kami anak beranak, kiranya dah lengkap la hidup aku suami isteri, ini la baru di panggil hidup berumah tangga, sebab berumah dan bertangga...hehehehe...

No rumah aku 69, memang lawa gila la..(ceh perasaan) tapi memang ye pun, bertuah dapat no tunggang terbalik ni, asalkan hidup kami sekeluarga tak tunggang terbalik dah la, tapi yang bestnya kat sini(bagi aku la) sebab semua komunitinya melayu, berdekatan dengan sekolah dan kedai-kedai, lagi pun aku pilih tempat ni dulu pun sebab aku tengok semua melayu, yang penting anak aku nak main basikal, nak keluar main tepi-tepi jalan tak takut dek salakan anjing, itu yang pastinya, sebab aku pun memang takut bunyi lolongan anjing di waktu malam, orang dulu-dulu kata kalau anjing menyalak malah-malam, ada yang tak kene, bila dengar camtu yang buat aku suspen tu, aku ni kan jenis penakut sikit, dan kawasan kat sini tak bising dengan hiruk pikuk kota, aku ni asalnya dari kampung, jadi jiwa aku masih lagi dengan suasana kampung, aku nak anak-anak aku membesar dengan suasana yang jauh dari hingar bingar kotaraya, ye la minda kanak-kanak perlu diasuh dengan susana dan persekitaran yang tidak menyesakkan fikiran, itu mengikut daripada apa yang aku baca dalam majalah la...majalah apa aku dah lupa, tapi confirm memang aku pernah terbaca...

Ni bilik anak aku, dia minta aku cat, tapi belum berkesempatan lagi nak mengecat, papa nya ada sedikit 'M' bila sakit pinggang cat bilik kitorang hari tu, bila dah ada katil n bilik sendiri, lepas tu aku letak cadar kartun kegemaran dia, siap ngan lampu tidur atas pilihan dia sendiri, Alhamdulillah dia dah nak tidur sendiri, mula-mula biarkan dia tidur berasingan, aku pulak yang takut nak tinggal kan dia sorang-sorang, tapi dia nak, asal kan aku temankan dia dulu sebelum dia tidur, aku ingatkan tengah2 malam dia merayap masuk bilik kitorang, tapi rupanya sampai ke pagi dia tidur....

Lampu untuk bilik tidur dia ni pun atas pilihan dia sendiri, aku bagi 100% atas pilihan dia, nak tengok taste anak aku macam mana, rupanya..macam mak dia juga...hehehehe..yang kelakarnya, wireman nak pasang lampu ni saje.. berpeluh 1 badan..sebab lampu kapal terbang tu pun menyala jugak..berklip-klip..sok2 kalau padam..tak tau la macam mana plak tu, penin aku nak baikinya plak..adus...














Ini la bilik bilik tidur aku, my favorite colour, thanks la pada pencinta katak sebab bagi idea nak cat macam mana...i like....nyenyak la tido..hehehe..sebab aku ni bab-bab lain aku tak berapa kisah sangat, daripada aku bujang sampai la kawin, tempat tidur adalah tempat penting bagi aku, sebab tempat tidur adalah tempat untuk badan aku merehatkan diri secukup-cukupnya, setelah aku dah kerahkan seluruh anggota2 badan aku berkerja seharian so... tempat tidur yang selesa la hadiah untuk badan aku ambil tenaga semula, ceh...konon cam spa la..cam terapi gitu..tapi setengah orang tempat tidur tak penting asalkan bole lelap kan mata, sudah memadai, selain bilik tidur bilik kedua memang kene aku jenguk, kurang-kurangnya seminggu sekali adalah bilik air, kalau bilik air berlumut nak masuk pun geli, dari situ kita boleh nilai tahap kebersihan seseorang tu, kalau tempat paling simple macam tu pun tak boleh jaga, apatah lagi dapur, ruang tamu, dan sebagainya, tempat tidur aku bawah meja kat opis ni pun aku siap alas dengan selimut lagi, kasut pun tak pijak bawah meja ni tau...tapi itulah aku, kadang-kadang hubby aku pun naik pelik, bab-bab masak aku malas skit, malas tu ada sebab...ye la takut lantai berminyak..sapa nak mop kalau tak 'akak' jugak..so baik aku beli kedai kan...ala..nak makan pun dua mulut jer..membazir tenaga jer(cakap la malas) hua..hua..hua...
p/s-Insya Allah kenduri kesyukuran 21/3/2009(Sabtu) sebagai tanda dan memanjat syukur ke hadratNya dengan tulus dan Ikhlas diatas segala pemberian-Nya untuk dinikmati sementara ini adalah lebih afdal

4 comments:

  1. bab lampu tu betul ke abg long yg pilih? ke mami dia yg 100% pilih?

    ReplyDelete
  2. memg la..tapi mummy tunjukkan..abg long exited..nak kapal terbang tu sampai umah nangis...sampai papa gi beli kapal terbang lain ganti kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  3. Bagus juga letak kapalterbang kat lampu tu. Tak payah susah2 nak cuci dan buang habuk kat lampu tu.Biarkan jer kapalterbang tu berpusing habuk2 tak ler melekat kat lampu baru...hehhehehe..

    ReplyDelete
  4. mmg pun....setuju sgt kalo nk kata keja pindah umah la yang paling memenatkan....lak tu bkn amik ms yg kejap utk siap berkemas semua...tapiii, satu yg bestnya...walau kita penat mcm mana pun, kita akan rs puas hati sgt2...dan secara otomatiknya kita akan sayang dan jaga2 kecerian umah kita betul2....

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..