Hari ni aku didatangi seorang kawan lama, kawan yang begitu lama aku tak jumpa, last jumpa 7 tahun lalu sebelum aku dan dia kahwin, masa kitorang jumpa dulu dia bawak balak dia yang sekarang merangkap suami dia, aku masa tu 'lone ranger', sedang mencari-cari yang sesuai..hehehehe..kebetulan minggu ni dia ada kerja kat KL,so, dia amik kesempatan jumpa aku, memang teruja sangat sebab masa belajar dulu,dia la kawan sama-sama meronggeng ngan aku,
.
Masa jumpa dia 7 tahun dulu badan dia montok, sama macam belajar dulu..dan dia memang rebutan semua jejaka Malaya, tapi hari ni..kawan aku tu memang lain sangat, kurus, cengkung, pucat..dah macam zombie pun ada. Terkejut gila aku tengok dia, dia pun sekarang anak dah 3, selalunya orang bila dah bersalin makin kembang la sikit, tapi dia makin kurus dan cengkung, mula-mula dia tak nak bagitau aku, tapi last-last dia story jgak kat aku...tapi sebenarnya aku memang dah lama tak berkenan ngan laki dia tu, dari dulu lagi, masa belum kahwin lagi, laki dia tu suka sangat mengongkong, nak gi situ kene bagitau, nak gi sini kene bagitau, aku pun naik rimas, kadang-kadang keluar ngan sama-sama perempuan pun bole jadi kes besar kalau tak bagitau, tapi kawan aku dah macam kene cucuk hidung ngikut jer apa kata balak dia ni, aku ingat lepas kahwin dia berubah, rupanya tak, tambahan pulak kawan aku ni gaji besar la jugak berbanding laki dia tu, yang lebih menyedihkan, dia pulak yang berlagak dengan harta benda kawan aku tu, mengikut kata kawan aku tu, buat masa ni, kaki tangan tak pernah la lagi naik, tapi penderaan dari segi emosi, kalau laki dia naik angin, kata-kata kesat tu dah biasa sangat.
.
Memang dari aku kenal, laki dia dulu lagi selalu menghamburkan kata-kata kesat kat kawan aku tu, tinggi-tinggi suara tu memang pernah la aku dengar, aku ingat lagi masa dulu, aku dan kawan-kawan yang lain pernah nasihatkan dia tinggalkan boy friend dia tu, tapi yang tu jugak pilihan hati dia, berkenan tang mana aku pun tak tahu, kalau gaduh, bab-bab pujuk memang manis bahasa, depan rumah sewa kitorang dulu pernah berembun sampai tengah-tangah malam, semata-mata nak pujuk kawan aku tu, last-last cair jugak hati seorang perempuan ni, masa dia bagitau aku tu, memang menyirap darah aku ni, dan aku tanya dia, sampai bila dia tahan dalam keadaan macam ni, dengan senyum dia jawab kat aku, sampai dia tutup mata, Insyaa Allah dan sebab dia sayangkan anak-anak dia, dia tak nak anak-anak dia membesar tanpa seorang ayah, murni sungguh hati perempuan ni, kalau aku, usahkan sampai kahwin, belum kahwin lagi aku dah tinggalkan dia, sepanjang aku kenal dia dulu, memang dah macam-macam laki ni buat kat dia, tapi macam tu la..gaduh-gaduh..baik..gaduh-gaduh baik, kawan aku ni memang cantik, lawa, dia free hair, kalau tgk dengan tinggi lampai dia, memang macam model, tapi macam ni jadinya.
.
Aku betul-betul tak sangka, mungkin Tuhan nak uji dia, sebab dari segi kehidupan, kawan aku ni, ada segala-galanya, senang cerita senang lenang la, tapi Tuhan uji kehidupan dia dalam keadaan macam ni, buat masa ni family kawan aku ni tak tahu lagi masalah diorang ni, sebab kalau kawan aku balik kampung pun jarang sangat laki dia ikut, alasan yang kawan aku bagi, suami dia kerja tak leh cuti...tak kan la dalam setahun 365 hari, bersamaan dengan 12 bulan langsung tak leh cuti, balik kampung sama-sama. Kawan aku cakap dia takut nak bagitau family dia, sebab dulu pun mak ayah dia pernah tentang perkahwinan dia ni, kalau dia berpisah ngan suami dia lagi la, mak ngan ayah dia akan balikkan pada dia atas apa yang berlaku. Kalau aku jadi mak dia pun aku pelik..sebenarnya banyak yang dia cerita kat aku, cerita yang memang menyedihkan, dan membuatkan darah aku sentiasa menyirap..tapi itu dah jalan kehidupan yang dia pilih..lelaki kalau sebelum kahwin perangai dah macam 'nates'(terbalikkan) sampai dah kahwin makin la keluar 'nates'nya..
.
Nak nasihat pun dah tak ada gunanya, sebab semuanya dah berlaku, nak tak nak kene telan jugak, lepas dia balik aku terfikir sendiri, kadang-kadang nasihat orang lain, nak-nak orang tua memang banyak gunanya, kalau kita ikut cakap orang tua, Insyaa Allah, Allah akan bagi ganjaran untuk kita, sebab kebanyakan yang ikut cakap orang tua semuanya hidup aman dan bahagia, tapi kalau soal pasangan memang banyak tak ikut cakap orang tua, (termasuk aku), dari segi kebahagian, Alhamdulillah aku hidup bahagia, tapi dari segi kesenangan hidup, tak la senang sangat dan tak la susah sangat, setakat cukup-cukup makan tu o.k la, mungkin aku diuji dari segi begitu plak. Ntah la sebab manusia tak bole meramal masa depan, kalau kita dah tahu mesti kita tak buat kan?, sebab tak boleh meramal masa depan dan tak boleh nak menterbalikkan masa la, kita kene fikir dulu apa yang kita buat..sebab kita hanya mampu merancang, yang tentukan adalah Dia yang Maha Agung..
memang itulah dikatakan kehidupan.Allah hanya akan menguji seseorang hambanya yg layak menerima ujian Nya. Dgn dtg ujian dari Nya maka kita akan jadi semakin dekat dgn Allah. Jadi jika diri sentiasa mahu dekat Allah maka...bersedialah menerima UJIAN.
ReplyDeleteSetiap orang ada bahagian ujian dan dugaan masing2. Perlu kuat dan redha untuk melaluinya, jangan terlalu berpuas hati dengan apa yang sedia ada....
ReplyDeleteSalam, terima kasih atas komen tentang keceriaan kelas SKPP 18(1). Untuk makluman puan pihak kami menghadapi masalah teknikal untuk membuat respon puan. Untuk jawapan pada persoalan puan, boleh terus menhubungi pihka sekoalah di talian 0388905424 dan meminta untuk bercakap dengan guru kelas anak puan. Sekian terima kasih
ReplyDelete