Perasaan dengki, iri hati, cemburu, dendam adalah perasaan semulajadi manusia, bila kita lihat orang lain berjaya, orang lain senang, orang lain lebih lucky dari kita, timbul semua perasaan macam tu..tapi kadang-kadang baik kita tak payah tahu kan, kalau seseorang tu punyai perasaan cemburu, iri hati, dendam pada kita..sebab bila kita dah tahu, kita akan rasa geram, bengang, marah dan macam-macam lagi, sebab selama ni kita pernah tolong dia, berbuat baik dengan dia..tapi last-last dia berdendam pada kita, lebih menyakitkan hati lagi bila beza taraf pendidikan juga, lebih tinggi pada kita, diri akan dipandang rendah...huhuhu sadis punya olang,tapi tak pe,at least walaupun rendah kita tak pernah menyusahkan orang, hidup senang, dapat apa yang diigini, malah nampak lebih'high class' , mau tak nampak 'high class' bila menjadi orang kanan pada golongan profesional, bergaul dengan dato'-dato' dan datin-datin, dalam diari pejabat pun, nama kita tertulis menjadi orang no 2 kepada golongan-golongan ini, tak bangga tu..of course la bangga..tapi walaubagaimanapun orang-orang yang bukan selalu melingkari persekitaran hidup kita selama ni tak kan tau semua tu, yang pasti dia akan kata..hanya dia sahaja yang terbaik..hanya dia yang lebih segala-galanya,tak kisah la semua tu, asalkan kita tidak menyusahkan hidup orang lain..ini kalau susah pada kita jugak datang mengadap, pada kita jugak datang menyembah dan mengadu, tapi perasaan dalam diri tu sentiasa dengki dengan kesenangan yang kita ada...
.Kenapa aku dididik oleh ibu bapaku mesti sentiasa baik pada orang lain..mesti tidak buruk sangka pada orang lain..aku juga ada perasaan nak membalas dendam......
ish....tak baik berdendam, nanti payah rezeki nak datang, biar la orang buat kita, jangan sesekali kita membalasnya balik', tapi macam mana perasaan sakit hatiku ini, sesungguhnya didikan ibu bapaku terlalu murni, supaya aku jadi orang yang berguna, dan menjadi orang yang baik budi pekertinya..tetapi kenapa mesti ada jugak orang yang dok mengutuk, dan mengata belakang..mak aku cakap lagi " biar lah orang nak cakap apa pun, kita tak minta duit dia pun, kita tak pernah mintak tolong dia pun, malah kita tak pernah menyusahkan hidup dia, biar lah"
Memang la, kadang kala kita pun tak sedar kita ada menyakiti hati orang, sudah adat semulajadi manusia, tapi yang tetap pelik menjadi persoalan dalam diri aku ni, dok mengata, dok mengutuk, tapi datang minta tolong, bukan setakat tolong dari segi kewangan, kadang-kadang sakit pening pun datang jugak mengadap tu, adui..aku tak tau nak describe orang macam ni, orang jenis apa, setahu aku jenis tak tahu malu satu, lepas tu satu lagi jenis yang bodoh sombong, bodoh tak leh nak ajar, cerdik tak leh nak tumpang, ish tak baik aku berperasaan macam ni, sesungguhnya limpah kurnia yang diberikan adalah dari Dia yang berkuasa....
Andai kata mengguris rasa, andai suara terkasar bahasa, andai laku khilaf sifatnya, andai mata serong pandangnya dan andai hati tersalah tafsirnya, mohon ampun dan maaf kepada semua yang menegenali diri ini, sesungguhnya..sifat manusia tu selalu pelupa...
sekali-sekala perasaan perlu dilepaskan...tapi biarlah berpada2....semua org nak kan yang baik2 saja...tak de sapa nk dirinya berada dlm keadaan ting tong!....
ReplyDeleteRysh Senior :
ReplyDeleteMemang nama lagi makhlok Allah..yg punya pelbagai sifat...kalu tidak tak kan Allah sediakan Syurga dan Neraka sebagai pembalasan utk hamba2 Nya. Jadi Sabar jer lah !!!!
rysh senior
ReplyDeleteHo la bila pindah randah ni memanglah penat..tapi tak pe hanya yg ke 2 kali jer...jangan sampai 7x pindah dah laaa...Didoakan adik sekeluarga beroleh kebahagian di rumah baru ni..jadikan ia RUMAH tu umpama SYURGA ...dan jadilah seorang suri yang TERBAIK...ws