3 Januari 2015 merupakan hari Keputeraan Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Sempena tarikh ini Malaysia mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan dengan mengadakan perarakan sambil berselawat ke atas nabi. Semua agensi kerajaan akan terlibat dalam acara ini. Sempena memperingati baginda yang merupakan insan teragung. Alhamdulillah, tahun ni sekali lagi aku diberi peluang menyertai program ni di Masjid Putra, Putrajaya. Peserta lelaki jer yang akan menyertai perarakan, tak silap aku dari KPDNKK sampai ler ke Masjid Putra, yang perempuan, akan berkumpul di ruang solat Masjid Putra, sambil menunggu ketibaan Yang Dipertuan Agong untuk acara perasmian. Tapi tahun ni, Agong tak der pulak, tahun lepas Agong ada, so sumer penuh dengan protokol. tapi aku sempat la snap gambo Agong sekeping dua. Tahun ni yang rasmi TPM, may be sumer sibuk maklum la, dengan musibah banjir dan macam-macam lagi masalah yang menimpa negara semenjak dua menjak ni. Banyak la ceramah-ceramah ilmu yang diadakan kat masjid sementara menunggu ketibaan VIP. Sebab majlis pun kat masjid so, aku tak der la nak snap banyak gamba, duduk pun ayu dan sopan gitu, mana boleh nak hu ha hu ha..layan jer la gambo-gambo gedik aku ni, sementara nak menuju ke Masjid. Haa lupa pulak, kitaong kene bekumpul kat masjid kul 6.45 pagi lagi. Sib baik ada makan, kalu idok lapo jugak teman ni.
Ni peserta wanita, yang lelakinya kene berarak.
nampak tak lengan aku yang sasa tu, nampak kegemukkan di situ huhuhu..
Kenangan ngan Yati, opismate aku, dia ke Phnom Penh, Cambodia, bila pulak bole jumpa kan???
Ayu kan???
Ehhh..tetiba jumpa geng, wefie dulu la kejap lagi baru masuk masjid.
Ok, sekian, nak balik kejap, packers nak datang sebey umah, harap dapat la packers yang nak datang sebey ni, senang berkira sebab bule kecek kelate, nak anta barang kat kelate pun senang tau jalan. Aminnn....
Salam Maulidur Rasul..
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..