Anniversary

Wednesday, January 7, 2015

Cerita Danny sepanjang tahun 2014

Semenjak nak berangkat ni, opis aku ni macam wat tak kisah jer kat aku.  Aku nak hilang ker, aku nak datang ker, keje pun cam tak bagi sangat dah, sebab aku dah ada pengganti.  Aku pun asik meround opis jer.  Aku keje dalam 5 hari jer lagi, lepas tu aku cuti sampai la aku depart 23 Januari nanti.  Aku ni macam ada tak der jer, so aku pun belek ler blog.  Belek punya belek, rupanya banyak entry-entry aku yang berstatus draft, dan kebanyakannya adalah cerita pasal Danny.  Rupanya aku tulis tak siap-siap pehtu aku lupa.  Cerita pasal First Day dia kat Pre-School, cite besday dia, citer graduasi dia, maknanya sepanjang 2014 nak cerita pasal Danny memang tak ter'publish'.  

Nak sambung balik pun dah lupa pe kebenda.  So aku gabungkan jer la, gambar-gambar dia sepanjang pra-sekolah. Gamba besday x der plak dah.  Senangkan, setahun punya cerita.  Yang jadi terbelek ni, sebab tengok ramai plak yang post pasai anto anak daftar sekolah. Tak kisah la, anak masuk tadika ker, anak masuk pra-sekolah ker, anak masuk dajah 1 ker, sumer mak ngan apak yang telebih excited.  Elehhh..Aku dulu pun cenggitu jgak, lagi excited anak first time masuk sekolah.  Patutnya tahun ni, Danny masuk darjah 1, kat SK Presint (18) 1, sama ngan abang dia.  Tak pe la nanti aku upload time dia masuk kat sekolah lain.  Tapi takut aku yang makan hati,  tempat yang aku gi tu, tak boleh nak update status, huhuhu..merana mak..tapi apakan daya menyepi diri la jawabnya..

Lagi tak leh blah aku ni, time anak graduasi hujung tahun ari tu, aku tak leh nak attend, En. AKAR jer yang pegi, lepaih tu dia wat sap satu jer gambo kat aku untuk tatapan mummy yang kekonon sibuk bebenor ni, padahal keje PA cabuk jer pun.  Dah kalu time tu la bos busy nak buat macam-macam ko sampai hati ke nak cuti.  Aku tau ada jer yang cakap, family first, tapi ntah la, kalau bos dah bagi kepercayaan tu, aku susah nak cakap tidak.  Tak per la, aku sentiasa support anak-anak aku. Dan En. AKAR sangat-sangat memahami, sebab sepanjang 3 tahun Abang Long sekolah pun En. AKAR la segala-galanya, mengorbankan masa, tenaga untuk ke sekolah tak kira pagi or tengahari untuk tengok Abang Long.  Aku pegi jugak tapi bila time boss tak de kat opis, dengan kata lain time boss meeting ataupun cuti.  Itu je la, masa free aku.  Dah la malas nak sendu-sendu bagai, tepek gambo jer la. 


 2nd day sekolah kalau tak silap aku, Abang Long yang hantar sampai ke kelas.
 Aku tengok jer dua beradik ni, diorang tak perasan pun aku follow belakang, nak pastikan betul ke tak Abang anto ni.
  Alamak..kantoi, lepas Abang Long anto Danny, siap salam abang bagai lagi, baru abang long masuk kelas dia.
Ni, seminggu sebelum tutup sekolah.  Dalam bulan November 2014, time graduasi Ahmad Alim Danie. Dah tamat pra-sekolah.  Gambo papa watsap untuk tatapan mummy yang busy terlampau..

Tahun ni dah 7 tahun, kejap jer masa berlalu dan Abang Danny akan ke fasa baru dalam hidupnya.  Ok la tu, mummy pun tak merasa tau peluang cam anak-anak mummy akan lalui nanti.  Alhamdulillah rezeki anak-anak mummy la ni.  Mummy doakan anak-anak mummy akan sentiasa murah rezeki, dilapangkan pintu hati dalam menuntut ilmu.  Aminnn..

Babai..zaijian..

1 comment:

jangan segan-segan nak kritik..i like..