Anniversary

Wednesday, April 2, 2014

Hang out lagi with DSK 99 again

Ini cerita zaman bulan Januari ke Februari 2014, aku lupa dah..lama dok dalam draft..tak sempat edit2..soo..dah lama sgt..publish ajer ler..

Sejak perjumpaan pertama kami di umah Dato' Jalal pada Oktober tahun lepas, makin galak kitorg jumpa. Makin lama makin rapat dan mesra.  Husband and wifi..eh wife masing-masing pun makin sporting.  Kali ni kitorang jumpa di Bagan Lalang.  Perjumpaan makan-makan yang tidak dirancang secara official, just ennaouce kat grup, sapa nk join, kolek duit skit sorg, trus plan nak makan kat situ.  Makan rebut-rebut, memang best giler..
Hah ko..meja kami sepanjang-panjang tu haa..hujung-hujung ni geng husband masing-masing, time makan lupa anak sekejap, sib baik la husband masing-masing sporting moting, diorg yang layan anak, kitorang makan sambil borak, lupa sekejap pasal anak.
 yang join pun tak ramai, tapi hapenning, ada la dalam 5 family.  Tapi makan meriah Ya Rabbi..sambil makan sambil borak, sampai tak sedar ikan dah tinggal tulang.  Aku akan kenang saat-saat macam ni sampai bila-bila, sebab tu aku nak abdikan dalam blog ni, walaupun sebenarnya aku tak tau nak tulis apa..rasanya tepek gambo pun jadi ler..yer dokkk???
Aku dok sebelah wife Padil, dia dah la peknan tapi makan tak der la macam aku yang mengalahkan orang peknan ni, makan pun cubit pakai tangan jer sumer..lantak ler sumer pun dah tak kisah..

Tu..dia..makan tak hingat apa dahh..kopek ketam tanpa segan silu mengokak ketam tu sampai licin..

Nahhh..hamek ni, kepala ikan, tak der nasik kot dalam pinggan masing-masing, penuh ngan lauk, tapi seyess..memang sedap makan kat sini, tapi kene gi awal la, kene booking dulu, kalau tak jangan harap la dapat meja, tak pun beratur nak pilih lauk.  Lama gile kot, sib baik ada husband si Intan, dia biasa cenggini, pandai pulak dia bajet lauk ngan orang.  Kenyang sehingga menggosok perut.
Eta pi jolok plak kepala ikan tu kat Intan, aku ingat nak jolok pepahat tu kat Eta, sebab dia memang tak suka makan pepahat, aku sorg kot yang gomoi pepahat tu sampai licin, yang lain aku memang berebut ngan diorang,  anak masing-masing dah tak kisah mak dah, sumer dok layan diri sendiri, sib baik la behave and paham mak diorang ni tengah sewel bila jumpa sekali sekala.
Lepas makan begambor ler kitorang ni, tingai kami-kami jer, yang laki masing-masing dok leka borak..sib baik ler diorang pun satu kepala and bole join, so pandai-pandai le depe bawak diri, yang best tu En. Khush sempat lagi yer, mengadu ngan husband Amnah, cakap Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, apa-apa raya la, mesti balik Kelantan, hamboiii..pandai naa..belakang-belakang cita..kemain lagi..
Ni plak geng anak2 DSK..anak aku ngan Che ta hover tau, siap peluk-peluk lagi..
Ni..ha zoom in, anak aku..mesra la sgt khennnn...tapi apa yang seronok, bila mak berkawan, anak-anak pun rapat sebab sentiasa jumpa, anak aku sampai kenal mana satu auntie Eta, auntie fara, uncle Padil, sebab selalu sangat dok cerita kat diorang pasal kawan mummy dari belajar lagi, hopefully hubungan ini kekal sampai akhir hayat.

Adios...

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak,akak pm fb su boleh takpasal nak buat header tu
    sue_546@yahoo.com
    fb: sue haida

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..