Bila dah jumpa x der keje lain, bergossip je tau, eh tapi aku x der la gossip pasal orang, er.. er.. ada la jugak..sikitt..yang muka Eta berkerut-kerut, ntah apa aku cakap kat dia pun dah lupa, maklumlah sejak dah ada header cantik ni rajin pulak aku nak ber'belog' kikikiki.
Haaa..ni Eta guna monopos..eh monopod, best jugak ada monopod ni, tak yah la suruh orang amik gambo, leh amik sendiri jer, dah macam jolok cangkul bila nak bermonopod ni..Eta jual 60 hinggit jer monopod ni, aku pun rasa nak beli, cam best jer kan, leh selfie jauh skit dari camera, ini tak kalu selfie penuh skrin henpon..
Ni haa..model monopod, cenggitu la bentuknya, tu pendek, leh laras nak panjang ke nak pendek ker, eh tak yah la nak peghak sangat Rysha oiii..semua orang pun tau la, ko jer yang baru jumpa and pegang menatang tu, nak guna pun idok reti, tak per..tak per..nanti aku beli,
Haa..ni selfie dari angel dari arah Kak yati pulak pegang menatang monopod tu, cantik kan..macam orang lain yang tolong amik kan gambo, tapi kalu aku pegang sah la gigil-gigil dah macam orang sakit parkinson, dah goyang-goyang pulak gambo.
Sambil makan, sambil gosip sambil bermonopod sambil gelak-gelak, tak sedar dah kul 3.00 petang, giler lama kitorang dok kat situ, makan pun banyak giler, penuh meja masing-masing hangkut makanan maklumla buffet, makan tak hingat ler..dah kenyang maka nak balik ler, sebab depe ni keje, aku jer yang tak keje, En Khush cakap balik ler ngan diorang nanti dia amik kat Putrajaya, sebab nak anto Bang Long kelas KAFA, aku pun tumpang Kak Ma, dia bawak kete ayoh katernya, beso boleh ler aku numpang.
On the way ker parking, sempat lagi bersefie ngan monopod Eta ni, gambo pun cantik, siyess aku suka gamba ni, sebab monopod ke, sebab henpon ker atau sebab orang dalam gambo ni sumer nya cantik-cantik, maka dengan kata lain cantik la jadinya muhahahaha..gile best puji diri sendiri, orang yang lalu lalang tengok jer la kepehgakkan kami berselfie menggunakan monopod, ni citer makan kat Seoul Garden ker citer pasal monopod ni, mana-mana lah..tengah nak balik tu En Khush call cakap dia tunggu kat opis Eta sebab malas pulak nak anto Abang Long ke kelas KAFA malas nak nunggu sampai petang, maklum ler dua-dua cuti, balik umah teruih jer la. Sampai opis Eta, dah nampak En. Khush terconggok kat tepi Ali Maju, masuk keter, siap perli lagi, kenyangnya leh makan Seoul Garden, lorr laki aku tak makan lagi ropenya lepas semayang Jumaat tadi, nak tak nak on the way balik drive thru ler kami McD Kota Warisan. Sampai umah sebab aku dah kekenyangan teruih tebongkang depan tibi.
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..