Wednesday, January 22, 2014

Happy annivessary sayang.

22 Januari 2014, genap 10 tahun ikatan perkahwiman aku ngan En. Khus, 10 tahun aku melayari alam rumahtangga bersama suka duka, bengkang bengkok dalam menjadi suri hidup En. Khus.  Sekejap masa berlalu dah 10 tahun aku hidup sebumbung dengan seorang lelaki yang bernama Ahmad Khushairy Ahmad Rajali dengan ditemani oleh 3 putera yang diamanahkan oleh Allah untuk kami jaga, kami didik dan kami asuh supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.  Alhamdulillah, dalam tempoh ini juga banyak perkara yang telah kami kecapi bersama.  Tipu la, kalau aku kata dalam tempoh 10 tahun ni kami tak pernah bergaduh.  Tapi seperti kata lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tegigit, inikan pula suami isteri.

Aku tak pernah harapkan apa-apa pun hadiah dari En. Khus, cukuplah mengingati hari bahagia kami ini, dengan ucapan Selamat Hari Ulangtahun dan ciuman serta pelukan darinya, itu pun sudah cukup membahagiakan hidup aku, dan itu lah yang aku dapat di pagi hari sebelum melangkah ke bilik air pagi tadi.
Masuk keter, senyum sorang-sorang bila ingat detik bersejarah dalam hidup aku 10 tahun yang lalu. Terbayang kembali saat diijabkabul, saat bersanding, saat dirai bagai raja, walaupun sehari, semua tu adalah kenangan terindah dalam hidup aku.  Syukur pada Mu Ya Allah, kerana memberi peluang untuk aku mengecap saat-saat bahagia ini.  Syukur pada Mu Ya Rabbi kerana mengurniakan kami cahaya mata yang comel, syukur pada Mu Ya Rahman kerana memberikan kebahagian yang cukup sempurna ini.  Semoga ikatan kami ini berkekalan hingga jannah.  Aminnn...

~HAPPY ANNIVERSSARY MY DEAR EN. AHMAD KHUSHAIRY~

2 comments:

jangan segan-segan nak kritik..i like..