Saturday, June 15, 2013

Mari la Mari..Kita Mengundi

Dah sebulan pun demam Pilihanraya dah berakhir
Tapi aku baru nak hap date pasal PRU
Memang ketinggalan la kan
Tapi tak per la, ini untuk kenangan aku di masa depan
Sebab aku suka baca balik apa yang pernah aku tulis 
Menteri Kabinet pun dah dilantik
Dan sejak KJ jadi menteri ni, memang aku admire giler kat dia hahaha..
Apsal la dia jadi Menteri KBS plak
Kalau dia jadi Foreign Minister kan best
Agaknya mau hari-hari aku buat-buat naik kat Pejabat Menteri KLN ni hihihi..(gatai)

Aku admire dia bukan apa, sebab aku suka cara dia, cara orang muda lain skit kan
Sentiasa agresif, bersuara bila dirasakan perkara itu, betul
Ok..tak leh ulas banyak-banyak pasal politikal ni, sebab aku pun tak reti
Aku balik kampung 4 hari sebelum mengundi
bila balik memang aku terkejut giler tengok demam PRU dengan cara orang-orang kampung berkempen mengikut parti pilihan masing-masing

Kakak aku pulak memang orang kuat, sebagai penggerak atau diorang panggil jentera pilihanraya
So, aku suka la mengekor dia mana dia pegi
Tengok diorang bekekempen, tak kira malam or siang
Kakak aku laki bini memang kuat giler berkempen
Walaupun diorang berlainan DUN, tapi dalam parti komponen yang sama, sampai tak jumpa laki seminggu, boleh gitu, aku yang kerja kat putrajaya ni pun tak der berkempen sampai cenggitu sekali

Aku balik dengan si kecik Ayish jer, sebab En. Khus mengundi kat Sepang
Nak tiket murah, so kul 5.00 pagi aku dah tercongok kat LCCT ngan Ayish
Ayish pun lena tidur lagi aku hangkut dia gi airport
Travel without En. Khus memang huru hara skit 
Dengan nak lipat stroller, dengan beg baju, beg susu Ayish, dengan dia tido
Di pagi-pagi yang hening itu, aku boleh berpeluh ketiak nak settle sume sorang-sorang


Kul 7.00 pagi, aku dah tercongok kat airport Pengkalan Chepa, Kelantan
mengantuk giler, dah la kakak aku lambat sampai, sebab nak anto anak sekolah, itu ini, baru nak jemput aku kat airport, so sementara tunggu dia, aku pun begambo ler sorang-sorang dulu..
Budak Ayish ni pun still lena lagi, memang tak sedar diri, aku angkat dari rumah, naik flite sampai KB tak bangun-bangun lagi, sedar-sedar dia pelik sebab dah sampai tempat lain. Tidur dari KL sampai KB pun tak bangun yer dik, giler jauh tido hahaha..

Bila aku sampai kampung, aku terkejut giler tengok kekreatifan orang-orang kampung ni, jalan nak masuk kampung aku tu ada simpang empat, kat simpang empat tu diaorang bina macam-macam untuk meraih undi penduduk kampung, tapi boleh aku katakan, aku suka cara orang kampung berkempen, cara dulu-dulu, old school lagi meriah aku rasa dari gunakan media sosial, Facebook, Twitter.  kalau nak pancing undi anak-anak muda memang patut la gunakan laman sesawang kan, sebab orang-orang muda skang dah lahir tahun 90-an, yang membesar dengan gadget-gadget canggih.
Petang tu aku terus ajak kakak aku keliling kampung, sebab excited sangat nak tengok orang-orangan yang dibina oleh orang-orang kampung ni, kalau korang tengok gambar ni pun mesti korang tau kan, kakak aku tu jentera parti mana hihihi, aku rasa keturunan aku ni dah memang dari susur galur warna biru, so dari generasi ke generasi memang nampak kaler ni je la..
Kreatifkan diorang, aku tengok kapal layar ni, aku rasa macam kagum kejap, macam mana diorang boleh bina layar tu dari bendera yang kecik-kecik tu sampai tinggi-tinggi cam tu, dan aku pasti diorang buat secara bergotong-royong dan mengambil masa untuk bina sebuah kapal layar kat tepi jalan raya, hebat-hebat..dan aku juga pasti, hasil kekeratifan ini datang dari tenaga-tenaga orang-orang tua, bukan dari orang-orang yang sezaman dengan aku, sebab orang-orang yang sezaman dengan aku sumer keluar dari kampung dan menetap di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan sebagainya, dan pastinya diorang akan balik sehari sebelum mengundi dan semestinya lagi diorang juga menerima gelaran sebagai pengundi luar macam aku.

Malamnya pulak aku ikut kakak aku, gi 'post', aku pun tak tau nak terangkan 'post' tu apa, tapi kat situ la pusatnya tempat diorang simpan, poster-poster, flag lambang parti dan sebagainya, boleh aku katakan kat 'post' tu tempat dioarang buat kerja untuk pasang bendera-bendera waktu malam, tempat diorang berkempen dan macam-macam lagi lah, malam aku ikut kakak aku tu, isteri YB, DUN kawasan kampung aku datang, siap dok sebelah aku lagi, so sempat lah aku snap gambar ngan dia, sempat borak-borak kejap sebelum dia gi kawasan lain pulak, ntah, aku pun tak faham sangat, aku rasa beliau mewakili Wanita la kot untuk menyokong perjuangan suami nya, itu andaian aku, sebab kalau aku pun akan buat benda yang sama kalau tiba-tiba En. Khus tu nak jadi Wakil Rakyat kan, hahahaha.. 

Yang tersengih lebih tu kakak aku, dengan kawan-kawan jenteranya, aku selalu dengar dia sebut JR, apa kebendanya pun aku tak tau, yang budak laki sebelah kakak aku tu, dia tu tailor kat kampung aku, muda lagi, dalam tengah 20-an, dia OKU, tapi berjaya, kiranya dia tailor yang glamour kat kampung aku, bukan setakat jahit baju Melayu, baju kurung, baju tak melayu pun dia boleh jahit, tengok lah baju yang dia pakai tu, ntah mana dia dapat kain lambang dacing tu, siap buat baju sepasang lagi, semua orang heran, tapi aku kagum dengan dia, sebab aku rasa dengan aku yang kerja makan gaji ni pun, rasanya dia lagi berjaya dari aku, itu aku yang taraf diploma jer, aku rasa cikgu bersiswazah pun tak leh challenge dia, sebab semangat dia kuat, tak pernah rendah diri and putus asa..so, orang-orang muda belia yang cukup sifat, sihat tubuh badan, cubalah majukan diri ok, jangan nak tunggu orang suap jer kan..

Malam tu aku balik kul 1.00 pagi tak silap aku, sampai dah tersengguk-sengguk dah tunggu kakak aku settle keje dia, aku rasa kakak aku ni bukan wat keje sangat pun, dia banyak pot pet pot pet jer, orang lain buat la keje, dia sibuk arah itu ini jer, tapi dengar pulak diorang ngan kakak aku nih..sebab orang kanan tok penghulu kot, penghulu kampung aku tu, BFF dia, kalau nak mintak apa-apa ngan tok penghulu, diorang ni suruh kakak aku jer, baru ler cepat sikit, kalau tak, tunggu la 2 hari baru dapat.
Malam sehari sebelum mengundi, aku ikut dia pergi tempat kawasan laki kakak aku pulak, dengan kata lain Abang ipar aku la, semua orang ingat aku ngan kakak aku kembar, tiba-tiba ler nak pakai baju sama, semangat nak Pilihanraya la konon kan, malam tu Wakil Rakyat kawasan tu nak turun, so diorang ada buat BBQ, so aku join sekali la, aku dok situ sampai kul 12.00 malam kot, sib baik ler sepanjang aku balik tu, kakak aku tak der bawak gi dengar ceramah, kalau tak benanah telinga aku, giler boring dor..nak dengar ceramah, aku balik nak memangkah jer kot..tak kuasa aku nak layan-layan dengar ceramah, lagi satu aku suka ngekor dia, sebab aku nak dapatkan line internet nak berfacebooking, sebab kampung aku..haram jadah tak der line, line tipon ada la, tapi line internet memang lembab nak mampus..

Maka, tiba la ari yang ditunggu-tunggu untuk memangkah, aku pergi pun dah petang, kakak aku kan jentera pengerak parti, so,tugas kakak aku kene mengangkut orang-orang kampung yang pompuan-pompuan keluar mengundi dengan kete dia, aku rasa dia kuar kul 7.00 pagi lagi kot, gi berkumpul kat 'post' diorang, dah petang baru dia balik ambik aku gi ngundi, dalam sejam nak tutup lagi baru aku ngundi, tapi ok la kan, tak der la aku bersesak-sesak kat sekolah kene beratur bagai, aku kene saluran 3, saluran untuk orang-orang muda diorang kata,aku sorang jer ngundi masa tu, aku pulak yang bising-bising bila orang tu sebut nama aku tak betul, pastu siap ajar lagi orang yang letak dakwat ni, kasi elok-elok sikit, jangan nak sampai belumuih tangan aku..apa daaa....

Sebab aku ni mengekor kakak aku, so start dia amik aku keluar mengundi, dia bawak aku gi 'post' diorang. Pastu aku kene tunggu pulak dia sehingga tutup peti undi, berkampung la aku kat depan sekolah tu, nasib baik dah petang, cuaca pun tak panas, lepas tamat tempoh mengundi, pintu pagar sekolah pun ditutup dan dikunci, aku tak tau la sapa yang ada dalam bilik darjah untuk mengira undi, yang pasti penghulu kampung ada, polis pun ada, lama jugak la diorang nak kira undi ni, sampai kul 7.00 petang kakak aku dah tak larat nak tunggu, so kitorang pun balik, lepas maghrib kakak aku call kawan dia yang tunggu sampai sistem kiraan undi berakhir, tapi jawapan yang diterima memang mengecewakan la kan..tak payah la aku nak cerita semua orang pun dah tau..hehehehe..
Lepas mengundi 2 hari, baru aku balik KL, giler ramai rakyat Kelantan dok kat luar balik mengundi, flite sampai penuh tu, terpaksa amik extra flite, itu yang orang ticketing tu bagitau aku masa aku nak check in, aku pun terkejut, selalunya kalau aku nak check in, tak der la beratur panjang, ni panjang giler, aku beratur
Sebab flite yang aku naik extra flite, so flite ni, besar skit, sepatutnya flite ni fly ke ombeasea, sebab kat seat tu ada LCD touch screen, selalunya kalau masa aku dok KPM dulu, flite macam ni, aku naik nak pegi ke Kuching or Kota Kinabalu, tapi ni gi KL jer, tapi bagus ler, my little prince ni pandai pulak dok diam, sambil layan cerita CAR, kat TV tu, sambil makan kacang, kemain lagi budak kenit ni tau.  Akhirnya aku selamat sampai ke KL dengan dijemput oleh En. Khush.

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..