Saturday, June 29, 2013

Macam Retis Gitew

Seminggu sebelum aku balik mengundi, aku dipanggil oleh member-member lama main netball
Ni kira geng-geng yang selalu aku join netball 
Aku ni tak der ler pandai bebenor main netball pun
Tapi diorang selalu jer ajak main
Kalau aku tak der apa-apa hal, boleh la join
Netball kali ni, macam salah satu cara berkempen jugak la
Sebab team yang masuk ni, dari parlimen Putrajaya
YB Datuk Seri Tengku Adnan dan isteri pun turun masa ni

Yang syok tu, kitorang diberitahu ada retis akan join sekali  main netball and futsal.
Yang aku pelik tu main kat padang Metroplitan presint 9 tu
Selama aku dok gi kedai mamak kat situ, dan lalu kat tepi highway nak gi Shah Alam tak der pulak court netball kat situ, tang mana pulak nak main nyer..
Agaknya ada la kot, court diorang baru buat kot..

Aku sampai pun dah lambat, member aku dah call banyak kali main kul 9.00 pagi sebab takut panas
Aku sampai dah pukul 9.30 pagi, tapi tak mula pun lagi
Dia cakap kat aku, retis dah datang, tapi aku tak nampak pun diorang
Rupanya diorang dok dalam khemah, yang dibuat khas, siap aircond bagai
Yer laa..dah nama retis, mana boleh kene panas kan..hehehe..

Lepas perasmian dari YB Parlimen Putrajaya, baru la retis-retis keluar, yang pakai baju biru tu Fauzi Nawawi, dia wakil artis la untuk berkempen kan..

Ni la team aku, actually ni kira pertandingan jgak antara zon Parlimen Putrajaya, kitorang ni wakil zon Bunga Rose, yang pakai bib C tu yang kuat dalam berkempen ni, sume Zon kat Putrajaya ni dia tau, aku jer, orang suh cakap Rose, aku cakap la ROse, bila join diorang ni baru aku tau..oooo kat Putrajaya ni zon-zon guna nama bunga, gitew la...kitorang friendly jer ngan geng-geng retis tu, lepas tu baru lawan antara zon, tapi gambo main ngan retis tak der, sebab Kak Ton sibuk main kan...soo ada gambo lpas main jer la..
 Ni, gambo sebelum main, apsal Kak Ton tu kaki tegak jer, macam orang nyanyi lagu Negaraku, ishhh tak fotogenik langsung laa.. dah la gemuk..tapi aku suka tengok muka Linda Hashim ni, comey rupanya dia, sesuai la ngan Beego tu kan..
 Sebab dia comey harus lah begambo ngan dia, nampok sangat aku ni gelap huh..
Haaaa..Lisdawati pun comey, muka dia nampak suci jer, sebab dia putih kot, amik gambo siap laga-laga pipi lagi uuu..kemain lagi Kak Ton kan, ni pun sebelum main, snap sana sini dulu, haaa..lupa nak citer, Lisdawati rupanya terer main netball, hari tu dia main jadi GS, mungkin sebab dia dah lama tak shoot kadang-kadang tersasar skit, tapi lepas dia dah dapat momentum, bola tak pernah bolos, tapi macam tak sangka la kecik comey ni rupanya pernah jadi shooter peringkat negeri masa muda-muda dulu.  Layan la gambo-gambo kat bawah ni, sebab lepas aku snap sana sini, aku dah sibuk main so tak jumpa dah diorang ni, aku dengar diorang nyanyi jer, sebab lawan berterusan tak der rest sampai tak sempat tengok diorang joget-joget, nyanyi kat pentas.


 Haaa..yang ni gambo selepas kitaorang dah diumumkan jadi Johan, so, lepas amik hadiah tu, diorang pun jalan la kat kitaorang, sambil tengok baby kecik yang tengah tido tu, hamboi Kak Ton ni pun, tak sempat menyempat nak celik mata amik gambo, punya la excited, ishhh kot yer pun jangan ler tunjuk sangat kan, jakun beno, malu kat oram.  Lepas makan tengah hari, gedebuk gedebak, gitu gini, hari pun dah panas bedenting, rasa dah kebas dah muka i ni haa..sooo..berangkat ler kami nak balik, dalam otw nak sampai ke kereta tu bertembung ngan couple ni..apa lagi aku pun tak lepas peluang le, begambo lagik..
Haaa..nampak..nampak kegedikan di situ, perut tu kempiskan skit Kak Ton, malu jer nampak perut tu terjeluih jer keluar kan..so aku pun dengan tak malunya nak begambo ngan diorang ni, nak dok tengah-tengah lak tu, siap bahu tu rapat kat Beego plak tu, tolak skit si Linda jauh-jauh skit, hahaha..dah kawin pun diorang ni hari tu, tapi gambo ni masa diorang masih lagi bertunang ler, sweet couple, macam pinang di belah dua gitu, walau apa pun , retis-retis ni memang sporting, penat ker, tak suka ker, nak-nak macam orang jakun cam aku ni, tapi muka senyum jer, bila begambo bagi post-post yang cun melecun, cam tu la artis kan, dah namanya retis, kang tak layan elok-elok, masuk surat kabo sana sini plak, kata artis sombong la, gitu gini la, hamboiii..dah macam Kiah propa plak aku ni, apa pun, sepanjang majlis yang berlangsung di Taman Metropolitan Putrajaya ni, retis-retis sume best-best, siap sempat berkenalan mesra lagi, cumanya tak mintak nombor talipon jer..hihihi..dan terima kasih juga kat geng-geng netball gue yang tak lupa nak ajak gue join the group untuk kali ni, nanti-nanti panggil lah Kak Ton lagi yer..hihihi.. adios..

p/s : update cerita tertunggak bulan Mei lagi, layankan aje la yer..




No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..