Wednesday, July 3, 2013

Emosi Ler Pulok

Baru-baru ini, aku ada discuss with En. Khush, 
kononnya kalau lah ditakdirkan aku tak der anak pompuan so aku ingat nak amik anak angkat.  
Belum aku bagi reason En. Khush 
dari baring terus duduk.  
Aku ngan En. Khush ni, kalau kitorang nak discuss or bincang-bincang something,
selalunya kitorang akan discuss tetengah malam, 
waktu nak tido, anak-anak sumer dah tido,
then sambil tunggu nak lelap mata tu, 
kitorang borak-borak la, tak kira la borak masa depan,
borak hal yang lepas-lepas, 
borak pasal anak-anak, 
borak pasal  masalah kitorang 
dan macam-macam lagi lah..

Entah macam mana tetiba aku boleh discuss pasal ni ngan dia
Aku memang nak anak lagi
Sekurang-kurangnya 2 orang lagi
tapi kalau ditakdirkan 2 orang lagi juga lelaki, aku redho dan pasrah serta terima ketentuan Illahi
tu kan rezeki namanya, mungkin ada sebab untuk aku tak dapat anak pompuan
Comel kan, geram gitu, Si Kibung tu pun dah 2 tahun, kalau ikutkan hati aku nak baby lagi
Tapi En. Khus cakap nanti la dulu
yer la, aku ni beranak jer, En. Khush yang banyak jaga anak-anak
bangun buat susu malam-malam, hantar Abang Long sekolah, hantar tiusyen, jemput sekolah
petang pulak amik kibung kat nursery, amik Danny kat tadika
sampai umah layan diorang nak itu, nak ini, sementara nak tunggu aku balik kul 7.00 malam

Bila aku balik pun aku just, masak jer, lepas masak aku mandi
sementara aku masak, aku mandi, mana ada anak-anak kacau aku
still lagi En. Khush yang layan anak dia nak itu nak ini
sebab kalau tengah masak, anak-anak kacau kang aku merajuk tak masak pulak
Tapi aku tak kisah pun kalau diorang mintak nak itu nak ini sementara aku kat dapur
tapi diorang ni tetap mintak ngan Papa diorang jugak
Yang apaknya nye pun layan jer
aku pun wat tak reti la kan hehehe...

Bagus kan En. Khush, sampai kan dia kene gi kursus jauh-jauh pun dia tolak
sebab dia risau, takut aku kelam kabut pagi-pagi nak uruskan 3 orang anak sekali gus
dia risau, takut aku gi opis lambat, sebab kene hantar Abang Long, hantar Danny and hantar Kibung
sejak aku dah anak tiga ni, rasa nya En. Khush tak der lagi gi kursus jauh-jauh
eh..citer pasal En. Khush lak, tak per la up skit, sebab dia memang papa yang baik hihihi..
So..berbalik kepada nak amik anak angkat, En Khus cakap, kita kan dah ada anak, lagi pun Abang bukan apa, kalau kita amik anak angkat, walaupun Ayang nak susukan, tapi Abang akan rasakan yang dia tetap anak orang lain, bila anak orang lain Abang susah nak sayangi macam anak Abang sendiri..berlinang jugak la air mata di saat-saat berdiskusi ngan En. Khus
tambah lagi sambil tengah borak-borak tu, tangan dia gosok-gosok belakang si Kibung kenit tu,
En. Khush, tambah lagi, memang sekarang kita tak nampak implikasinya
tapi bila kita dah tua, apa pandangan Abang-abang nya nanti
mungkin sekarang diorang kecik, diorang akan anggap macam adik sendiri
tapi bila diorang dah besar, sebab anak tu bukan berbintikan Abang, apa pandangan abang-abangnya

Aku diam, apa yang En. Khush cakap tu memang betul, sebab aku pun mungkin akan beza-bezakan kasih sayang nanti, memang bole untuk aku ngan En. Khush didik abang-abangnya dengan mengatakan itu adik diorang, tapi bila besar, tak mustahil akan timbul isu lain, adik beradik sedarah sedaging, sekandung pun boleh bergaduh, apatah lagi yang bukan darah daging, sebelum terjadi baik aku ngan En. Khus pikir semua tu..

Hampir pukul 1.30 pagi, berdrama swasta ngan En. Khush dengan pelbagai emosi timbul
last-last En. Khush cakap, tak payah la Ayang nak pikir pasal ni lagi
Insyaa Allah, ada rezeki kita, ada lah tu
lagipun Abang dah seronok dan bahagia dengan keluarga kita sekarang
dengan kehadiran hero-hero kita ni
Ayang cuba fikir, perancangan Allah untuk kita ni, ye lah..ayang tak der adik beradik lelaki, family Abang lak, hanya Abang sorang jer lelaki, sooo anak kita tak der bapa saudara, baik belah ayang, mau pun belah abang, so no wonder, Dia anugerahkan kita ramai anak lelaki, lagi pun kalau anak ke empat kita nanti pun lelaki, Abang nak, sebab cukup untuk angkat kita di liang lahad nanti, cukup elok kan perancangan untuk kita?
huhuhu..terkesan sungguh kata-kata En. Khush di pagi yang hening itu, makin lebat kesedihan aku, sambil dia peluk-peluk aku

Tapi apa yang En. Khush cakap tu ada betulnya, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, aku bahagia dengan kehadiran hero-hero aku yang comey-comey ni,

So closed the book, don't make En. Khush emosi-emosi lagi hihihi..luv my family so much


No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..