Sunday, April 28, 2013

My Hair Again

Aku pernah citer kat My Hair Style last January kan..
pasal aku tergedik-gedik nak perm kan..
So..aku pun berusaha la lagi mencari salon-salon yang aku rasa agak-agak bole ke idok buat seperti mana yang aku nak..
dengan gigihnya pegi la pulak aku ke salon kat Seri Kembangan,
Merata salon aku cuba kan..
Means 3 bulan dah la aku tak treat rambut
En. Khush pun bising sbb rambut aku dah mula serabai..

Tapi kali ni, aku more to cuci rambut jer, maleh dah nak pk perm-perm ni
Aku pegi ke salon ni, sebab murah
Aida ler, yang tolong cari kat groupon salon-salon murah
So dapat ler salon ni
60 henggit je..hair tratment, like relaxing, scrub
Like basic-basic jer la
So..dalam hati aku nekad dah la, malas dah la nak tanya pasai perm ni..

Tapi, aku kan memang kemaruk nak cam japanesse perm tu..gayat btul la kak ton neh
So mulut ni gatai jugak la tanya
Mana la tau..kot-kot boleh..
jawapan yang sentiasa aku terima
"Aiyaa..mana ada kekal meh..paling lama pun 2 bulan ajer"
Ish..ok sangat la kalau dua bulan kan..
Soo..sekali lagi aku tergedik-gedik nak buat
Harga pun agak reasonable jugak la berbanding before this
Aku rasa amat teruja, coz before this tak der plak diaorang ni nak gulung-gulung rambut aku cenggitu
Tapi kali ni ada pulak gulung-gulung nya
Walaupun ubat yang dia letak busuk Ya-Rabbi
Aku redha jer laaa
Nak lawa la konon kan
Lepas tu ada pulak menatang UFO ni kat ataih kepala tu
dalam hati sah ler jadi perm aku kali ni
dalam hati dah bunga-bunga dah ni
Lama jugak ler nak tunggu UFO tu dok ataih kepala
Lepas tu diorang bukak gulung-gulung tu
Cuci rambut
Lega sikit lepas letak scrub, rasa berangin jer kepala
Lepas letak UFO, buh pulak menatang steamer ni

Lepas diorang cuci sumer, aku tak nampak lagi rambut aku ni begulung
konpius kejap aku
memang degil la rambut aku ni nak begulung sebenarnya
Diorang pun tak paham naper rambut aku tak bergulung
Diorang siap offer aku dengan ubat gulung-gulung lagi
aku pun tak tau ubat apa
Kat atas meja tu la ubatnya
Ntah jadi ke idok ni
Bukan leh percaya diorang ni
Sampai 2 orang mengerjakan rambut aku nih
pegi la mana-mana salon pun
pastinya akan ada dua orang mengerjakan rambut aku nih
Diorang cakap rambut aku tebal, hitam pulak tu
Diorang siap suh aku highlight lagi
Cantik katanya
Sebab rambut aku tebal, wat layer, lagi nampak comey highlight nya
Tapi aku tak nak
sebab En. Khush pesan dah
Buat ler nak buat apa, nak pendek ke, nak panjang ke, nak gulung ke, nak layer ke, nak rebonding ke
tapi jangan gatai-gatai or gedik-gedik nak warnakan rambut
mula lah laki aku ni tarbiah kan aku
mandi wajib tak sah kalau kalerkan rambut bla..bla..bla..
so aku mesti dengar ler kata laki aku kan
sat agi, balik umah langsung kepala aku jadi botak
ish..tak nak ler aku kan..
Korang nampak ker rambut aku jadi perm
Tak langsung kan..
rasa nak menyumpah pun ada
Yang gulung kat bawah tu, just sebab aku layer jer
lepas tu sebab diorang blow
memang menipu giler la budak salon dua ekoq ni
konon diorang punya alat dari taiwan la
tak der kat Mesia la
ubat untuk perm pun dari ginseng la
puiiii..membongak boto la
aku rasa tak sempat balik umah pun dah tak begulung rambut aku neh
Last sekali
inilah hasilnya lepas gulung berjam-jam tadi
tak begulung pownnn..
sakit hati aku
alah..,ko yang kat belakang tu 
tak yah la nak sengih-sengih sangat
ingat jadi la tu
aku balik umah pun dah hilang tau tak?
konon tahan 2 bulan la sangat
pastu tak kasi aku cuci rambut 2 hari
sebab nak suh ubat ginseng tu bejalan konon
tapi lepas dua hari, aku cuci buh apa yang ko suruh buh
langsung dah hilang perm nya..
Adoiiii..sakit ati aku..
mana lagi salon aku nak gi nih
Nak..perm..nak perm...
sambil mengadu kat En. Khush
ketidakpuasan hati ku ini
tapi seperti biasala my laki neh
diam, sengih, senyum, sambil dengar aku pot pet..pot pet..



Thursday, April 18, 2013

Kesian

Wahhh..dah lama tak hapdet
cam ni la aku, suka hangat-hangat taik ayam,
dulu kemain lagi,
nak hapdet blog seminggu sekali konon,
nak abadikan konon-konon macam diari harian,
puiiiii...
skang usahkan seminggu sekali,
sebulan sekali pun payah..
haih..mula dah datang penyakit malas nih,
x suka bila penyakit malas ni menyerang,
sebab bila penyakit malas ni menyerang sume keje En. Khush yang buat,
gosok baju sekolah anak, basuh kain, angkat kain, masak..
cuma lipat kain jer En. Khush tak buat,
dah melonggok macam busut jantan kat atas sofa umah aku,
tapi ada aku kisah,
sampai laki nak cari spender pun kene gali,
haiiii sabo la bang oiii...
dapat bini cam ni,
dah la pemaleh,
sewel pun ada jgak,
hadap jer ler...

Nak citer pasal si kenit Ayish Kibung
Last Friday, tersepit jari kat pagar
Sampai tercabut kuku
tak tau la cam mana sakitnya bila tersepit tu
Aku masa tu baru balik dari opis,
En. Khush call bgtau Ayish tersepit kat pagar
Terus dia bawak gi klinik,
Aku tak yah cakap la, bawak keter cam orang giler
Aku dengar suara dia melalak on the phone
Cam nak tercabut nyawa rasanya masa tu
Masa tu boleh bayang macam mana sakitnya
aku terus  ke klinik

Sampai klinik nampak En. Khush tengah pujuk Ayish
Tak nak berhenti nangis
En. Khush cakap dia nangis sepanjang jalan
Ayish nampak jer mummy
makin kuat dia melalak
aku tengok jari dia berdarah
Jari dah bengkak

Kuku tercabut terus dari ibu jari kecik dia tu
Aku panik tengok jari dia nampak isi jer
Habis la kuku Ayish nanti
Macam mana kalau tumbuh tak cantik

Ayish asik menangis jer
Abang Danny rasa serba salah
Sebab dia yang tutup pagar sampai tersepit cari kecik Ayish tu

Masuk jumpa doktor
Lagi kuat Ayish melalak
sampai dah tak dengar suara
Doktor bersihka luka
letak ubat paastu balut
Makin kuat Ayish melalak
may be dia pedih bila kene ubat

Lepas dah balut letak ubat
baru Ayish berhenti nangis
maybe dia rasa kebas n sakit tu hilang
sampai umah, En. Khush bagitau kat mana jari dia tersepit
Rupanya lekat kuku dia kat celah pagar tu

May be lepas jari dia tersepit dia tarik tangan
sebab tu kuku tercabut
Esoknya En. Khush nak buka balut
Sebab nak letak ubat
Ayish nangis sekuat ati
rupanya jari dia still lagi bleeding
once tgk darah jer, En. Khush pitam
terkejut tengok jari kecik anak dia
dia terus lari n tido kat katil
tak sanggup nak tengok
yang pasti En. Khush pitam terus

Aku jugak la yang kene jadi nurse
haiihhh..patut la masa aku bersalin tak nak masuk kat labour room
sebab takut tengok darah

2 hari ayish tak gi nursery
Isnin papa cuti, selasa mummy cuti
so far tengok luka dia dah kering
tapi isi nampak kerutuk2
risau pulak nengok nya
tapi dah bgtau pengasuh kat nursery
jangan bagi kene air
hope everything ok

Jangan wat mummy risau lagi yer sayang..
tapi lepas letak minyak gamat, baru aku tengok luka dia kering
cuma still tak boleh kene air, risau tengok jari dia tu
Ayish..Ayish..






Sunday, April 7, 2013

Seoul Garden

Jumaat hari tu rezeki buat aku, 
Alhamdulillah..macam ni la kawan-kawan, 
dapat jugak merasa makan kat Seoul garden, 
ni ler pes time makan kat Seoul garden sebenarnya, 
maklumlah i kan peghak..
tengok canggih-canggih sikit,
takut nak masuk, 
sat gi tak reti nak order, 
lepas ni dah reti, siap lah 
aku la pulak ajak En. Khush makan kat situ, 
mu hahahaha (gelak jahat)
Sebelum tu, nak ucap banyak-banyak ler time kasih yer,
 kat my pren Aida Najmuddin 
sebab belanja aku makan kat sini, 
semoga rezeki ko ngan family makin bertambah-tambah, 
ecpecially baby yang dalam peyot tu
Lepas ni ko dah nak becuti lama
boring ler aku sesorang kat opis 
tak de geng nak ronggeng and poya-poya
hah tengok penuh meja ko
semua aku nak melantak
sampai ke maggi pun aku bedal
tempat ni ala-ala Johnny jugak
tapi aku rasa sini lagi berbaloi
kalau johnny only steamboat ngan goreng-goreng jer
tapi kat sini steamboat ada, grill pun ada
makan buffet lagi and leh makan apa sajer yang ko nak
tinggalnya sampai tak larat nak makan jer
mungkin ni pes time aku makan kat sini
so aku rasa memang sedap giler
dagingnya lembut jer, ayam memang rasa marined
udang leh bako-bako
haihhh..pendek kata sedap banget
kitorang pegi berempat masa ni
tu yang makan tak hengat
sampai orang yang sama masuk ngan kitorang pun dah blah
kitorang tak habis-habis lagi
sampai terbabas ke pukul 2.30 petang
baru ler terhegeh-hegeh nak balik opis
sampai opis kul 3.30 p.m 
dah la aku ada meeting
selamba jer masuk meeting wat muka cam tak bersalah

Dari segi regenya plak
bagi aku o.k ler
tapi ikut time
kul 11.00 hingga 4.00 petang regenya lain plak
4.00 petang hingga malam regenya lain plak
so, kalau nak murah 
pegi ler kul 11.00 hingga 4.00 petang tu
murah ler skit
weekend pun rege lain plak
tak silap aku sekali ganda dengan rege biasa

kalau bawak sapa yang kuat makan
memang puas hati ler
boleh makan banyak-banyak

regenya aku tak snap plak gambo
kalau korang nak tau leh google jer
korang leh klik kat Seoul Garden ni
Semua ada,
menu, pricing and outlet
leh pilih mana korang nak pegi

Apa pun sekali lagi
Tima kasih daun keladi yer Aida Najmuddin
Lain kali kalau nak belanja 
boleh ler ajak aku lagi
hehehehe..

...Adios..



Tuesday, April 2, 2013

April Fool

1st April mesti sinonim dengan hari bodoh
atau diperbodohkan
atau dikenakan
dan macam-macam lagi perangai yang bodoh-bodoh laa...
ishhh..tak elok bodoh-bodohkan orang kan..
soo nak sedap skit kita sebut April fool la..
bunyi sopan sket..
tapi ni sume permainan orang putis..
kita sebagai orang Melayu
apatah lagi Islam
dilarang sama sekali yer..nak celebrate April Fool ni,
no..no..no..

Aku ada la jugak tanya Abg Google tentang April Fool ni,
 banyak jugak negara yang celebrate April Fool,
saje suka-suka katenya..
nak kenakan sesama sendiri...
adalah jugak dalam setahun hari yang boleh kenakan orang kan..
gitew la skit-skit yang aku paham nyer..
selebihnya korang cari la sendiri..
Bila aku post gambar ni kat FB
ramai no yang tanya apsal ko gi mahkamah,
 ko naper..dan macam lagi lah..
jenuh Kak Ton nak jawab,
sebenarnya aku kene saman AES jer pownnn..
siap naik court bagai la hai..
tapi aku ilek jer..
x der perasaan langsung..

Soooo....
Apa aku nak citer ni memang aku di April Foolkan hari ni
 sebabnya dengan penuh excited,
 konpiden
dan jangok-jangok (dialek kelantan refer tu melawo)
konon nya aku ni kene naik court sebab kene saman JPJ baru-baru ni,
kene la pegi Mahkamah Majistret Putrajaya..
means kat POJ(Palace Of Justice) Putrajaya tu la.
Tapi bila sampai sana..
berputar sana berputar sini,
nak cari Mahkamah Majistret aku tergolek kat tangga Istana Kehakiman.
 gara-gara nya ialah
pertama nak amik gambo sendiri,
 keduanya, kaki terpeleot masa nak tengok sign board kat belah atas..
dah la ada pak guard depan pintu Istana Kehakiman tu,
sambil gelak-gelak dia cakap..
Cik hati-hati naik tu
nanti tergolek ke bawah nun susah pulak..
tapi muka dia sambil sengih sumbing kat aku..
ceh..malu Kak Ton tau..
dah la Kak Ton jangok..
harapkan jangok jer..
haihhhh..aku pun cover la..sambil cakap...alamak malu saya..cis..
muka ni rasa cam merah dah..
sib baik pak guard tu sorang jer depan pintu tu,
kalau ramai..mau berdekah-dekah gelak kat aku..cisss...
jatuh kemaluan aku di situ sekejap..
nak cover aku pun tanya dia cam ner nak ke Mahkamah Majistret,
 soo..pak guard ni tunjuk ler jalannya..
tapi sebenarnya malu aku tak tau nak sorok mana..

Ok..so pak guard tu pun dah tunjuk jalan
 aku pun masuk ler ke dalam nu
sambil tercangak-cangak lagi menuju ke kaunter Mahkamah..
sampai jer depan kaunter
belum aku tanya
orang kat kaunter tu cakap..
cik saman AES ke..
ah..ah aku jawab..
hari ni tangguh la cik,
laa...pulak dah..
angin Kak Ton tau..
polis kat kaunter tu bagitau lagi.
Cik masuk kat dalam tanya kaunter pendaftaran macam mana.
 Aku pun sambil golek-golek bontot menuju ler ke kaunter pendaftaran nu pulak,
belum bagitau lagi diorang dah cakap,
cik untuk AES tangguh yer..
bila aku tanya sampai bila tangguhnya ni,
kate pak cik kaunter sehingga surat saman baru dikeluarkan..
haihhhh...suka suki jer kan..
baru aku nak beredar pak cik kaunter tu pun cakap lagi,
Cik, baik cik gi bayar kat kaunter JPJ,
 sebabnya kalau naik court pun tak dapat kurang cik..
senang sebelum surat saman baru keluar baik cik gi bayar terus kat JPJ
senang citer..case closed..

Wahhh..kalau  senang macam tu naper ko antar surat kat aku suh naik mahkamah..
sakit ati Kak Ton ni tau..
habis kalau saya nak merayu jugak macam mana encik,
saya nak tunggu jugak surat saman baru kuar, n saya datang sini balik,
dengan konpiden nya encik kaunter tu cakap,
ermm..saya rasa cik better cik bayo jer,
sebabnya saman AES ni max nya dua ribu,
min nya tiga ratus jer,
 soo cik hanya kene tiga ratus,
baik bayo
kang mintak rayu jadi dua ribu lak..

eh..eh..cam tu lak..senang-senang nya ko nak duit rakyat macam aku ni kan.
dah la gaji seciput jer..huhuhu
dengan kegeraman aku pun melangkah la kuor dari Mahkamah tu dengan hati menyampah-nyampah..
sambil call En. Khus..
lum En. Khus cakap Hello..aku dah pot-pet, pot pet nak lepaskan perasaan..
sib baik ler laki aku ni paham..
dia dengor jer..
last-last dia cakap..
dah habih dah ker..
ermmm...sejuk ati dengo suara laki aku yang memang cool sokmo ni..
dahh bang..
aku pun hang up phone..
masuk keter..
vrooommmm terus pi keroje balik..
bole gitew..dapat bini sakit jiwa..hadap jer la..