Sunday, March 31, 2013

School Break

Minggu ni, start cuti sekolah, kalau time cuti sekolah sebenarnya aku huru hara skit, pertamanya fikir mana nak letak Abang Long ngan Abang Danny.  Abang Danny memang ada taska tapi half day only, full day kira lain pulak, memang Mak Ngah dia tak kisah if nak tinggal dengan dia kat Seremban pun, memandangkan dia pun cuti sekolah, tapi sometimes Mak Ngah pun bz jugak, cuti sekolah pun kene sekolah, so aku tak nak la nanti Mak Ngah dia pulak yang huru hara, atok Rajali pun o.k kalau nak tinggal dengan dia, tapi kesian pulak kat atok nanti, mana nak amik wan, mana nak layan Bang Long kan, sekali sekala tak per la, ni kalau sampai seminggu kesian pulak, lagi pun mummy pun sunyi if Abang Long tak der, yer la, Abang Long skang dah besar, dah boleh diharap jaga adik, tolong mummy itu ini, kalau tak ada dia, rasa nya patah tangan jugak mummy kat umah.

Jadi, dah cuti sekolah, so Mummy and Papa plan nak bercuti,  hakikatnya mummy jer yang lebih nak bercuti, papa tak bercuti pun, hari minggu pun kojo, tak kayo lagi tak tau la, dah pagi petang siang malam kojo kan. So..minggu ni mummy cuti panjang jugak lah, hari Isnin kitorang pegi bercuti ke Morib, waaaa..jauhnya Morib tu..padahal sedepa dari umah aku jer, boleh gitu.  Ermmm..boleh lah daripada tak der langsung kan..pagi Isnin tu sebelum gi Morib sempat lagi mummy pegi usha kedai mak cik Paridah kat Bangi nun..haiii bila kau nak bertaubat ni, dah lama kot aku tak datang gile ni balik.

Ramai gak member aku kata best kat Morib ni, walaupun sekangkang kera dari umah, tapi ni pes time sampai, tu pun kebetulan ada offer bilik murah..room with jaccuzi only RM196.00 hookey..instead 600++,include 2 pax dinner and breakfast..also 2 adult theme park ticket..hah..ko sapa tak nak, terus aku booking online, kene bayar pun Abang Long jer, ingatkan Abang Long tu kecik lagi, rupanya dah besar ek, kene la bayar for dinner and breakfast, tapi skit jer, kanak-kanak, tak sampai RM50 pun..ok sangat-sangat la kan.
Sampai-sampai jer kat sini, cek in, terus budak berdua ni main lam jaccuzi, bilik memang besar, boleh muat la kami anak beranak dan berlebih-lebih lagi kalau anak beranak lain nak masuk.  
Budak kenit ni main sampai kecut-kecut tangan, sampai tak hengat nak keluar, aku ngan En. Khush nak tumpang sekali pun tak boleh.  Buh pulak air panas, lepas tu buble-buble plak..memang best la..adoi tak merasa mak ko ni tumpang sekali, kalau dah 3 hero ni dah berkubang dalam ni, telan liur jer la mummy ngan papa, tu yang papa betenggek kat tingkap tu, control hati, kalau tak dia yang berkubang lebih pada anak, tu pun kalau kitaorang pegi berdua la, sah-sah la dua-dua berkubang dalam ni, weeee...sambil letak sabun banyak-banyak..ahaks..angan-angan tu ado, tapi lam mimpi jer la.
Sebab budak-budak ni leka dok berkubang lam jaccuzi dah macam kolam renang, untuk petang tu diorang tak nak gi theme park, ni view theme park tu dari bilik, best kan, rasa nak terjun dari balkoni jer, tapi balkoni hotel ni bahaya skit, sebab palang-palang besi jer, so aku tak bukak sangat sliding door, takut si kenit tu plak yang terjun terus masuk lam kolam.  Si kibung tu bukan boleh tengok air, dalam sehari mau 5 kali sehari nak mandi
Esoknya..we all ready to berendam at Theme park..hamboiii..si kenit tu bila pakai jer swimming suit bukan main seronok lagi..yang best tu dia siap cakap.."kak pers"(bukak pampers) yer la nak main air..sat lagi memang ko kencing dalam kolam tu kan..haihhh..macam mummy tak tau..
Seperti biasala, sebelum mummy lepaskan main permainan lain or free style..mummy akan rendam dulu dalam kolam besar ni ya..supaya nanti tak fobia air, tapi bila dah lama tak berendam..keras habis badan bila nak lepas suruh floating..tapi still boleh lagi cuma si kenit dah tak confident, lama sangat tak kene rendam cam ni la gayanya..
Oleh itu, kita buble dulu yer..kasi confident balik..eh eh..mummy ni dah terbalik sebenarnya..memang ler kene buble dulu baru boleh floating..haihhhh..cam ni la bila jadi instructor tak bertauliah..hentam saje la dik..jangan ko telan air tu sudah yer..
Berpeluk ngan mummy  kita babel dalam 5 second ek..so..adik dah boleh buble balik setelah sekian lama tak gi swimming ngan mummy, tak der lama sangat pun almots 2 weeks tak gi berendam sejak papa super duper busy nih, salah satu sebab aku suka bercuti ke tempat-tempat yang semestinnya ada pool or taman tema ni, sebab boleh biasakan diorang ni dengan air, sebab mummy memang suka main air so anak-anak pun kene suka main air, tapi diorang ni memang suka pun kecuali ada sorang tu yang memang sangat-sangat fobia dengan air..
Haaaa..budak ni la..Abang Danny godek ni, nak kene amik mood dulu, kuis-kuis air..sepak-sepak air..main-main air..sebelum dia akan turun main, sebab dia mem
ang sangat-sangat fobia dengan pool yang dalam yang dia tak boleh cecah kaki, tak tau kenapa dia memang fobia dengan air, nak suh bubling pon dia tak nak..
Haaaa..ni jer tempat dia, main tempat cetek..tempat gigi air..kalau dengan budak kibung Ayish tu tok sah cakap ler..si kenit tu akan jalan jer..bukan dia tau tempat tu dalam ker..cetek ker..janji dia boleh main air..kalau dengan Abang Danny ni..kat tempat ni jer la..dia akan main..haiihhhh..Abang Danny sampai bila la bole mummy anto kelas swimming ni kalau ada fobia air nih...
Abang Danny tu usah kan nak main gelongsor ker..apa ker..air takat pinggang dia pun dah cuak muka..budak kenit ni siap naik sendiri tangga kat tepi tu..siap duduk siap gelongsor sendiri, aku tunggu jer kat bawah tu sambut kot-kot sat lagi tergolek tertelan air, tapi pandai dia gelongsor tu dengan perut buncitnya tu, Abang Long cam biasa la..bukan gelongsor tapi begolek..meniarap la..menonggeng laa..macam-macam aksi..
Ni lagi mummy tak dapat menahan, siap tarik tangan nak naik gelongsor tinggi, hamboi ko dik, macam orang besar, tapi mummy takut nak lepaskan dia sorang, gelongsor ni tinggi, ada air pulak kat bawah tu..kang dia gelongsor sorang sat gi meluncur terus sampai ke hujung bawah nuu, sebab air tu laju trun kat gelongsor tu, soo..naik ngan Abang Long la ek..haa..yang sangat mummy realy-realy suprise, Abang Danny tak takut naik gelongsor ni, sebab air kat hujung tu terus turun ke bawah, walaupun laju, dia tak jatuh kat air yang dalam, oo..pandai pulak tu milih..
mana tahan tengok Bang Long ngan Adik Ayish jer gelongsor, mummy pun nak try jugak la..cam best jer gelongsor ni..hihihi..meh dik naik ngan mummy ni..cover la skit adik ada kan..tak der la mummy malu..
Dah penat main itu ini..sampai tak hengat..mummy pun dah penat melayan korang, moh la kita balik..penat giler main air ni, rasa nak naik bilik tido dulu baru balik, tapi tak leh sebab 2 hari 1 malam jer..tu pun kul 12 pm dah kene cek out..kejap nyer la haiii..realy-realy tak puas, rasa tak nak balik lagi..aaa..1 lagi gambo masa makan tak der sebab aku sibuk dok melayan budak kenit tu yang lari sana sini nak amik sendiri makanan yang kat atas meja, dah nama pun buffet kan, dia pun sibuk nak pinggan sendiri, dah la pinggan kaca, kene la melayan dia amikkan makanan, itu satu hal, masa makan lagi satu hal, sumer benda nak suap sendiri..memang tak terlayan nak makan dengan budak Ayish Kibung ni, tapi menu kat situ sedap jugak la..banyak pilihan, and walaupun orang ramai tak berebut nak makan, menu breakfast pun best..next time, mummy akan pergi lagi ke sini, sebab tak puas hati tak boleh nak berjaccuzi..hehehehe..






Saturday, March 23, 2013

Happy Besday ayish Kibung Mok Mok

23 of March 2013..its Ayish Kibung besday..hambaoiii..gatai ngat aihhh..nak speakiang..

Ayish dah masuk 2 tahun dah..tapi tahun ni mummy and papa tak der la celebrate beriya cam last year, last year besday celebrate kat McD, siap tempah bilik khas untuk besday party, yer lah setahun kan, pes time sambut besday so wat la grand skit, but this year, Ayish celebrate with mummy, papa and abang-abang jer, tu pun dah cukup meriah dengan nak melayan kerenah dia yang dah makin pandai tu...

Then tahun ni kitorang just celebrate kat Secret Recipe, Nilai jer, tu pun dah petang sebab papa was very-very busy, mengalahkan menteri..eh..kalau menteri sibuk sebab gaji depe ribu riban..tapi papa, kene la keje kuat sebab nak cari duit lebih untuk kitorang kan..so keje la papa sementara masih muda ni,

Haaa...ni rope budak dah umur 2 tahun neh, belum sempat orang pasang lilin dia dah ngap dulu kek tu, tahun ni sebab kita-kita jer yang celebrate, kek pun tak der nak bosa-bosa dah, beli secotet jer, wat syarat kat budak ni kan, ada la jugak kek nya..tapi sorang pun tak merasa kek ni sebab dia sorang jer yang makan sampai licin..
tengah dia sedap-sedap ngap kek tu sengsorang, budak secret recipe tu pasangkan lilin kat kek dia tu, boleh dia wat tak reti jer lilin tu pasang, ahhh lantak ko la lilin, aku nak makan ni, agak nyer cenggitu la ayat mengkibung nih, abang-abang dia siap cakap, adik tiup lah lilin tu dah nitik-nitik tu..tapi dia makan dengan lahapnya..ada aku kisah lilin tu nak menyala ke idok..haiihhhh tak der perasaan betul la..last-last Abang Long ngan Abang Danny yang tiup lilin tu, tanpa Ayish bagi secoit pun kek tu, nak tak nak, aku tepaksa la beli lagi 2 slice kek untuk abang-abang dia, ishh..adik ni laaa...
Sooo..celebrate besday Ayish kali ni lebih kepada makan-makan family jer la, tak der nak jemput sapa-sapa, kuar makan, ada kek gitu jer..tapi dah cukup bermakna bagi kami sebab Ayish dah mencapai usia 2 tahun dengan sihatnya..
Haaa..ni kek Ayish last year..grand kan..jauh benar beza kek tahun ni ngan tahun lepas..ermmm..tak kisah la kan adik kan..ada gak kek..tahun lepas keknya siap adobe gambar kat kek tu, dari dia lahir sampai la umur dia setahun, kek tu besar bapak siap berelebih-lebih lagi, leh bagi kat budak-budak McDonalds tu sekali, tapi tahun ni usahkan nak bagi nak tumpang makan pun jangan harap..
Last year meriah la sikit, ajak kawan-kawan dia, wat party, potong-potong kek, ada permainan, kek tu dah sama besar ngan Ayish kibung tu haa..tahun ni sebenarnya bukan tak nak buat, tapi tak der mood, ntah la, may be last year dia tak der la selasak tahun ni. Dah la tu semua benda dia nak konker sorang..tengah-tengah makan pulak dok berebut itu berebut ini, tak terlayan..makan pun papa asik nak cepat-cepat jer..tak larat ngan budak tenit nih..
Ni la anak-anak mummy yang dah makin membesar, mulut mengkibung yang comot, comotnya dah sampai kebaju sebab makan sume yang atas meja tadi, bukan nak kisah pun yang kitorang ni sebenarnya nak celebrate besday dia..Ayish..Ayish, tak per la mummy happy sangat tengok anak-anak mummy nih sihat semua..walau apa pun mummy n papa doakan semoga Ayish membesar dengan sihat, pandai dan menjadi anak yang soleh serta hormat orang tua.

HAPPY BESDAY YANG KE-2 TAHUN 
TO AYISH DARI MUMMY, PAPA AND ABANG-ABANG..

Semoga menjadi anak yang cemerlang..luv Ayish..4 ever..


Tuesday, March 12, 2013

FFSM

Mula-mula tengok Fear Factor Selebriti Malaysia ni, tak der la teruja sangat, mula-mula tengok episod pertama cam biase-biase ajer, pastu aku tak tengok sampai episod 5, start episod 2 sampai 5 aku tengok marathon kat dailymotion, giler best, aku rasa cam nak masuk kalau ada untuk bukan artis.  FFSM di ditayangkan setiap Sabtu jam 9.00 malam kat Astro Ria, kadang-kadang aku terlepas sebab umah aku ni 24 jam kartun, asik berebut remote jer..
Ni arrr..antara artis yang masuk FFSM, dulu aku sokong 3 pasukan, Jehan ngan Mejar Faiz, Akim ngan Farish dan Dafi ngan Zoey, rasa kecewa gak arr bila Jehan Miskin ngan Mejar Faiz tersingkir, sebab aku rasa Mejar mesti la boleh buat semua cabaran, sedangkan cabaran nak jadi angkasawan pun dia boleh tahan kan, tapi ni sebab berpasukan, kene ada team work, tapi  dah tersingkir episod 4 kot, skang ni aku risau btul kalau Farish ngan Akim and Dafi ngan Zoey kalau tak leh wat task, takut diorang tersingkir, sekurang-kurangnya sampai final pun ok kalau tak menang pun kan.
Dafi ngan Zoey, walaupun muka jambu tapi rupanya diorang lasak gak ek, selalu jugak dapat imunity, harap korang boleh bertahan sampai final, dalam episod 10 korang memang mendebarkan, risau jugak time tu, takut tersingkir. Tapi korang berdua memang pasukan yang serasi.
Ni pun pasukan favorite aku gak..sebab cool jer, walaupun kadang-kadang Akim ni baran jugak, tapi diorang memang best, pasukan yang ada kimia. Chemistry la tu..hope korang dapat bertahan sampai final ek..

Bila tengok fear factor ni, aku berangan kalau ada lah untuk kita-kita ajer..memang aku masuk, bab-bab ketinggian, dalam air, semua aku ok, tapi yang melibatkan binatang-binatang yang aku tak tahan, nak-nak lipas, macam mana nak atasi takut pada lipas ek? dah la permainan ni banyak guna lipas.  Tapi aktiviti lasak diorang memang best giler, nampak senang tapi susah, aku rasa kalau aku kene bungkus dengan lipas, masa masuk dalam peti bilik mayat lama tu, mau nangis..sampai bila-bila akan terpahat di jiwa, memang extreme giler babas cabaran yang diorang bagi.

Rancangan ni ada 13 episod dan akan melalui 2 cabaran yang harus mereka lalui pada setiap episod.  Setiap peserta perlu melakukan setiap cabaran yang diberi, sekiranya perasaan takut atau gagal menguasai diri, peserta tersebut akan disingkirkan.  Tinggal 3 episod jer lagi untuk menentukan pemenang FFSM ni, fuhhh..aku pulak yang nebes, takut pasukan peberet aku tubik nanti.

PESERTA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

Roslan Shah dan Azam
Didie dan Norhisham
Celina dan Arthur
Mejar Dr. Faiz dan Jehan
Iz OIAM dan Zawen
Atu Zero Raja Lawak dan Azri AF9
Aliff Hadi dan Gambit
Ezlyyn dan Nik
Johan Ashaari dan Kaka
Farish dan Akim
Ajak Shiro Raja Lawak dan Elfiro Loy
Alam Wakaka dan Arja Lee
Zoey dan Dafi
Dazreen dan Hairul
Hafizul on Air dan Hefny On Air


p/s : harap-harap sangat Dafi-Zoey and Akim-farish sampai ke final..

Monday, March 11, 2013

Rutin

Disebabkan skang ni aku selalu huru-hara, terkejar sana sini di pagi-pagi hari, aku selalu terpikir, seronoknya kalau aku ada pembantu kan..tapi En. Khush tak nak kalau pembantu itu bukan warganegara, kalau warganegara Malaysia ok..katanya, mana nak cari skang ni.  Sejak Abang Danny sekolah memang jadual rutin harian aku sedikit berbeza,  tambah pulak, pagi Abang Danny sekolah lain, lepas tu tengah hari taska plak, Ayish Kibung plak nursery lain, maknanya 3 orang anak, 3 tempat yang berbeza.  Tapi Abang Long tak per lah sebab pagi-pagi lagi dia dah kuar ngan En. Khus, gi sekolah kat Presint 18, aku ni hah, lepas hantar Abang Danny kat Kite Kingdergarden, berkejar plak hantar beg dia kat taska untuk transit kat Fasha Sayang, lepas tu pecut pulak ke Putrajaya, hantar Ayish Kibung kat Taska One, Parcel E, lepas sessi pujuk memujuk, sessi suap-suap nasi, pecut pulak gi opis kat Presint 2, fuhhh..memang super duper la, begitu la rutin harian aku.

Aku memang terfikir nak tukar nursery Ayish Kibung. Letak kat opis aku ni, dekat sikit, dah tentu-tentu aku sampai opis dulu kan sebelum hantar dia kat nursery, tapi aku kesiankan dia, dari umur 2 bulan dah biasa dengan cikgu-cikgu kat taska skang ni, cikgu-cikgu pun dah tau kerenah dia macam mana, kalau aku tukar, mesti dia nak kene biasakan dengan suasana baru, memang orang kata, alah budak-budak, lama-lama biasa la nanti, eh..eh..masalahnya kita tau ker perasaan diorang macam mana, elok-elok gi nursery siap babai2 aku, aku nak kene dengar dia menangis hari-hari sebelum aku tinggalkan dia kat nursery.  Aku tak sanggup, sebab aku tak kan tinggalkan anak aku dalam keadaan menangis, selagi dia tak berhenti menangis selagi tu aku tak kan gi kerja, aku akan pujuk sampai la aku boleh tinggalkan dia dalam keadaan dia aman, happy, tanpa kene paksa.  Kita kalau kene paksa pun tak suka kan? walaupun dia masih anak kecil dan kita yang mencorakkan diorang, tapi perasaan diorang kene amik tau jgak kan?

Cuba fikir suatu hari nanti kalau anak-anak buat macam tu kat kita, letak kat umah orang-orang tua tanpa kita rela, macam mana? apa perasaan kita masa tu..huihhhhh..mintak jauh la dari perkara-perkara macam tu.  Tapi aku syukur sangat-sangat sebab En. Khush tak pernah pun merungut, kalau kain bertimbun tak berlipat, rumah bersepah tak berkemas, habuk tak yah cakap lah, masak ala-ala kadar pun En. Khush o.k jer, sebab dia tau aku memang penat, seharian di opis, kadang-kadang sampai malam. Lepas tu balik umah masak lagi, ye lah..Abang Long balik tiusyen mesti tanya mummy masak apa, nak tak nak aku kene masak jugak, anak-anak sedang membesar sekarang ni memang kene makan ikut time.  Tapi the best part is, En. Khush akan masak, kalau aku lambat sangat balik, dia akan masak, yer la demi untuk anak-anak dia, tak kan nak biar anak tak makan.

Tu blum lagi masuk bab gosok baju.  Skang ni pun aku tak der masa nak kumpul baju-baju En. Khush hantar dobi, pagi-pagi iron baju anak, baju apak, baju aku lagi, dan seharusnya kul berapa aku harus bangun, kul 5 pagi hookey..kalau aku terlambat 1/2 jam, sah-sah lambat masuk opis.  Nasib baik anak-anak aku bukan jenis harus bekpas pagi-pagi, kiranya kalau ada makan, kalau tak der bawak roti ker, koko crunch ke, gi sekolah.

Tapi Alhamdulillah, sejak Abang Long dah besar ni, dia dah pandai, angkat baju, kemas mainan adik-adik, kadang tolong mummy basuh pinggan, sebab dia tau mummy dah tak larat sangat-sangat. yer lah, dalam sehari ada 24 jam, hanya lebih kurang 6 jam jer mummy rehat, tu pun waktu tidur, selebihnya memang bekerja, tak kira lah di opis or rumah.

Insyaa Allah, mummy akan didik anak-anak mummy, walaupun lelaki, anak-anak mummy tetap boleh buat kerja-kerja perempuan.  Sebab bila dah biasa tolong mummy, dah kawin nanti, tak bebankan isteri, akan tolong isteri, nak ringankan tugas isteri, jangan ikut cakap bini plak sudah lah...

Masa dok opis lama, aku tak rasa huru hara pulak, sebab boleh balik on time, sampai rumah awal, masak awal, makan awal, sambil tunggu nasi jatuh kat perut sempat iron-iron baju, lepas tu main-main ngan anak sementara tunggu diorg tido, aku pun bole tido awal, bila tidur cukup, badan dah recharge balik, semua benda buat dengan tenang, pegi kerja pun leh sampai awal, tapi sebab skang aku memang busy dan memandangkan bekerja dengan kebanyakan negara yang berlainan waktu, jadi aku perlu balik lambat, jadi bila balik lambat, masak pun lewat, makan malam pun lewat, kelam kabut layan anak kejap, itu ini, kadang-kadang mandi pun aku tak sempat, sebab tak tahan nak baring.  Tapi tak per lah, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian Insyaa Allah, bila kita buat kerja dengan ikhlas, Insyaa Allah besar ganjaran yang Allah akan berikan nanti..Aminnnn...


Sunday, March 3, 2013

Holiday

Sibuk jgak la hai nak cerita pasai holiday, ekceli dah lama pun pegi holiday, awal tahun lagi, tapi sebab balik ber'holiday' aku kebizian tahap dewa, idok ke sempat lagi nak buh lam entry, tapi slow-slow aku buat jgak.  Aku gi holiday tak jauh pun, tak sampai ke ombesea pun, tapi kebetulan tiket murah, boleh la gi satu family, lagi pun En. Khus tak sonok bila berjalan tak bawak anak, tak yah la konon nak macam orang bercinta la sangat, katanya, bawak anak lagi sonok, bila diorang tengok tempat tu, diorang akan ingat sampai bila-bila yang diorang pernah sampai ke situ...
Abang Long pernah tgk lam tv tempat ni, sampai jer tempat ni, terus dia cakap, eh cam lam tv tu la mummy, yeaaayyy..Abang Long dapat jgak datang sini..
En. Khus tgk anak dia sambil tesengih jer..

Ah..ah.. sini jer yang mampu aku gi
Langkawi Island, hehehe..

ok ler tu, kurang-kurang tiap tahun ada jgak bawak budak-budak ni bercuti, sebenarnya aku teringin sangat nak pegi sini sebab nak beli pinggan mangkuk jer, sambil-sambil tu berjalan la bawak budak-budak ni pusing-pusing Langkawi.

Abang Long ngan adik-adiknya, yang dok lam stroller tu, asal orang tolak... duduk jer dia, sib baik ada Abang Long, adik nak kuar jer dia tolak adik dia pusing-pusing Dataran Lang ni, tambah plak kat sini tak der keter lalu lalang, aku lepas jer diorang ni berlari ke ulu kehilir kat tpt ni, tukang jaganya Abang Long, sebab dia jer yang bole kejar budak kenit kibung tu.  masa ni pegi pun dah petang, jadi we all just spend time kat sini jer, sampai petang, dekat maghrib kitorang balik hotel 
and siap-siap nak makan malam.
2nd day, En. Khus cakap nak bawak my hero ni naik cable car, pagi lagi kitorang dah kuar, takut nanti beratur panjang  nak beli tiket, sampai kat situ dalam kul 10 lebih lepas pegi bekpas, tapi, malangnya tak boleh naik, walaupun cuaca cerah tapi angin kuat, operasi cable car dihentikan waktu tu disebabkan faktor cuaca, yer lah angin kuat sangat sampai begoyang gondola tu, bahaya plak, jadi sementara tunggu cable car tu bukak, kitorang pun ronda-ronda sekitar situ jer..
Sementara tunggu cable car, budak berdua ni sibuk nak beli key chain tulis nama diorang, hamboi..kemain lagi mengepow..
sampai pukul 11 lebih kitorang tunggu tapi still x boleh naik lagi, angin makin kuat, tapi kat bawah ni panas berdenting, berpeluh tiak mak jemah..sampai terlentok budak Ayish Kibung tu kene tolak kat Abang Long.

Sementara tunggu cable car tu, sempat jugak Abang Long  naik benda alah ni, apa kebenda namanya aku pun lupa, sky way ker apa ke ntah ler, tapi memang best, cam aku pun nak try naik, kalau ada kat umah, best jgak ni, leh naik gi kedai, sambil beriadah, tapi sebab lama sangat tunggu, last-last En. Khush decide kita gi dulu beli apa aku nak beli, nanti petang-petang lepas Asar, datang balik, apa lagi, suka la aku, memang dari tadi mengeletis nak gi Haji Ismail Group or Idaman Suri ni.

Sampai jer Idaman Suri and haji Ismail Group aku terus lupa dunia kejap, so tak sempat la snap gambar sana sini, sebab aku meroyan tengok pinggan mangkuk murah-murah, sib baik aku dah ada Correll, Vision sumer, so tak de la sibuk-sibuk nak tengok sumer tu.

Dah lama ronda ke hulu kehilir, sambil survey harga dulu, akhirnya setle la jgak apa yang terniat di hati aku benda-benda yang pernah terfikir nak beli sebelum ni, barang-barang tu jugak sebagai persiapan untuk aku jugak bila tiba masa untuk moving nanti.  Insyaa Allah...

Akhirnya naik jugak gondola ni, tak silap aku, cable car Langkawi ni terpanjang di dunia, ntah ler lupa plak, korang google la sendiri, sebab aku pun hanya dengar orang cakap jer, nak cari sendiri, memang malas ler.

Budak kenit kibung ni, memang tak lekat nak pegang, berlari sana sini, dah la tinggi, berpeluh ketiak En. Khush kejar budak ni, gayat mak tengok dia lari macam lipas kudung, memang kene berjaga-jaga, sebab kat atas tu bukan ada pagar pun, just tali jer sebagai penghadang, adoi, mau tak sakit kepala, kalau tengok budak-budak ni berlari.  Sampai Abang Long marah adik-adik dia, 'korang jangan la lari sana sini, nanti mummy mati tau kalau tengok kita sumer ni cedera' hamboi, ingat ajer, kata-kata mummy ni tiap kali pesan kat dia' Abang Long jangan buat bukan-bukan tau kat sekolah ker, kat mana-mana tempat yang mummy tak nampak Abang Long, kalau mummy dapat tau, abang Long jatuh ker kat sekolah, luka ker, cedera ker, kene culik ker, mummy akan mati tau, ingat tu Abang Long, Abang Long nak ke mummy mati?' sebab tu dia akan ingat pesan aku tu, kalau dah tiap-tiap hari pesan sebeleum gi sekolah.  Kejam tak mummy dia?

Lama jugak la, kitorang kat atas puncak Gunung Mat Chinchang ni, dalam kul 6.30 baru gerak turun dari gunung ni, memang nyaman sangat dok kat atas ni, dengan udaranya nya yang sejuk, nyaman, segar, memang best giler..kalau datang couple2 leh berangan honeymoon ngan En. Khush memg syok la kan..dok peluk-peluk, dakap-dakap..muhahahaha..kuat koya..


hari last kat Langkawi kitorang datang Pantai Pasir Hitam, memang pasir kat sini hitam, seberang sana tu dah masuk Thailand, boleh nampak dari sini sempadan Thai.  Dok kat sini kejap, hilangkan stress, bagi anak-anak lari sana sani, sebelum terus nak ker airport.

sebab dah lama sangat dok dlm draft jadi malas dah nak sambung..publish jer la setakat yang ada ni, memang wat keje tak habis kan? pemaleh..

En. Khush ni memang, sengaja nak kenakan aku, dia amik gambor yang aku tak lekang-lekang dok hapdet status FB, dia kata poyosss...hihihi..eleh jeles la tu..ermmm..maleh dah nak sambung sebab dah lama gile dah..ok done..