Anniversary

Wednesday, February 20, 2013

Instagram..Instaplace..Instaweather

Skang ni macam-macam application yang kuar kat telepon pintar ni, aku rasa bukan telepon yang pintar tapi manusia yang mencipta software tu yang pintar, salah satu faktor manusia ni tidak pernah puas dengan apa yang dia ada, sebab benda-benda cam ni lah, nk ikut trend la katakan, manusia makin maju dan sistem pun makin canggih, telefon pertama aku dulu Nokia 3310 yang boleh baling kepala anjing pun pengsan, sejak dari tu boleh dikatakan setiap tahun telepon aku akan bertukar, hingga la bila kuar telefon jenis slide2 jer kat screen, memang benda-benda gadget ni banyak menjahanamkan duit aku, skang aku dah tak bertukar lagi phone, still with my iPhone, sebab aku rasa friendly user, lagipun keje aku banyak melibatkan emel, aku terus sycronize emel aku direct ke phone, so mana-mana aku pergi pun aku tau emel masuk

Kalau dulu sibuk dengan instagram, amik gambar post kat intagram terus boleh link ngan FB, instagram pun makin lama makin hapdet plak tu, leh wat frame la, leh edit-edit la, wah canggih-canggih, lepas tu semenjak dua menjak ni plak, sumer orang kat FB dok post guna instaplace la..instaweather la..siap leh buh tulis2 lagi cam greating la, chears la, delecious la..hamboi canggih ler plak, makanya aku terus la gi kat Application tu cari apo bondo jenis eh yang diorang guna nih, waduh-waduh leh siap detect mana tempat ko pergi, yang lagi syok aku dok kat bilik tidur pun leh kuar location 'bilik tidur' wahhh hebat diorang ni, sumer location hado..

Kalau dah namanya benda baru, jadinya aku pun gatai la amik gamba sendiri la, berangan ala-ala model syok sendiri, maklum la benda baru, dok kat opis pun sempat lagi amik gambar sendiri, tapi tak guna application ni pun, sejak-sejak pakai FAREEDA ni, suka sangat amik gamba sendiri post kat FB, aku tgk aku sendiri pun meluat, sah kan orang lain tgk, aku rasa 40 ratus kali meluat, tapi lantak ler..aku buat jgak..

Letak gamba En. Khush lak, guna Instaplace

sibuk jer budak kenit kibung tu nak wat peace, tapi cam babai jer

ha..ko..sumer gamba anak branak nak sumbat, kalu boleh nak buh penuh gambar jer..ni guna instweatherpro plak, siap location,degree's,date

Lepas ni kuar apa menatang plak aku x tau la. Semua application ni, leh link ngan FB or Instagram trus, kalu rasa-rasa x nak post pun x per, just save image, untuk kegunaan nk tengok suhu jer pn boleh, macam-macam lagi lah, tapi walau apa pun, iPohne aku ni cuma 32GB, ni pun dah full storage, macam-macam aplication aku install, yang banyak game la, huhuhu, menyesal lak tak beli 64GB macam iPad ari tu, kalau iPad tu leh wat call tepaksa la aku hangkut buh lam handbag.  Skang iPad tu dah jadi milik anak-anak, nak-nak si kenit tu, sibuk nak tengok lagu dok mano, memang orang kelantan la budak kibung mok mok ni..




No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..