Jom berenang di hujung minggu..
Minggu ni baru lekat dok kat umah, selepas 2 minggu bz kat opis, coz my boss kene pegi visit ke ombesea, and aku tepaksa keje hingga weekend nak siapkan dokumen, tak per la, dah nama pun keje kan, lepas tu plak sambung cuti CNY, aku pulak balik kampung, kebetulan my sister datang sini so, habiskan masa dengan my sister sampai la aku balik kampung, rumah pun tak sempat nak berkemas, asik tak dok umah jer..
memandangkan minggu ni baru aku boleh lepak-lepak kat umah, kemas umah sikit-sikit, lipat baju yang berlonggok dah macam busut jantan tu, makanya nak la jgak hilangkan stress, aku ajak En. Khus gi swimming, tapi tak bagtau kat hero-hero lagi, sebab nanti kalau tak jadi my hero ni akan bising cakap mummy janji tapi tak pegi pun, mummy ni tipu la..lepas tu Abang Long akan berbunyi sampai la esok, lusa, tulat dan may be sampai seminggu dok ulang mummy mungkir janji, tak baik la cenggitu kan, kene jadi contoh yang baik kat anak-anak..kui..kui..kui..
Ikutkan malas plak nak pergi sampai ke Putrajaya nun..tapi memandangkan dah lama aku tak membuai diri dalam air, aku pun pegi la jgak, suh my hero sumer tukar baju, terus pakai swimming suit, sampai sana terus terjun jer, tak yah nak tukar-tukar baju, temasuk lah aku, siap-siap pakai, golek-golek atas katil tertidur, sampai la Abang Long kejut, mummy ni nak tido ke nak pegi ni, adoiii..budak ni kan, sejak dah besar skang, asik membebel jer
Akhirnya sampai jgak ke Pusat Kejiranan Putrajaya ni, slalunya aku akan ke swimming pool bersebelahan dengan Pullman tu, aku pun tak tau apa nama tempat tu, Presint berapa ntah, tapi kat situ hanya pool semata-mata, tak der gelongsor kecik untuk budak-budak tu, sebab kat situ pool nye lagi besar, ala-ala olympic style, kat sini more tu untuk riadah keluarga, kat opis aku pun ada pool tapi, anak-anak aku tak suka sangat, sebanya cetek sangat-sangat, tak puas aku nk swim dari hujung sini ke hujung sana, pool ni ada 2 kedalaman, yang biru cerah tu, tak silap aku tahap dada aku kot, yang biru gelap tu, tenggelam terus sebab tu tak der orang pegi kat situ.
aku suka amik port yang biru gelap ni, tak sibuk ngan orang, Abang Long suka ngekor, sebab nanti aku akan bawak dia sikit-sikit ke tengah, dia boleh berenang, tapi kene ada aku, sebab nanti dia cepat tak cukup nafas, senang nanti aku terus tarik ke tepi. Abang Danny macam biasa la, budak penakut air, dok jer tepi sambil tepuk-tepuk air, selagi aku tak heret gi kolam kanak-kanak, kat situ la dia dok, dia start takut ngan tempat dalam sebab aku pernah lepas dia suruh dia survive nak selamatkan diri pegi kat tepi, tapi dia cepat panik, tertelan air, terus la nak lemas, tak macam Abang Long, aku campak pun pandai dia naik sendiri pegi ke tepi.
budak kenit ni pun sibuk jgak, En Khus plak malas nak join, dah la tu, baju pun tak bawak, tepaksa la aku melayan budak kecik ni dulu, letak lam pelampung tak nak, nak terjun lam kolam tu cam orang besar, kalu aku lepas dia, kolam orang besar pun dia gi terjun, tertelan air tak yah cakap la, sejuk menggigil pun nak jgak lagi berendam, sampai biru-biru mulut, tangan sampai kecut-kecut, last-last En. Khus amik balut ngan tuala, peluk kat tepi pool, baru dia diam, sambil tengok aku ngan Abang Long swimming.
Waaaa nikmatnya..dapat baring dalam air, sambil memandang langit biru ciptaan Ilahi, besar sungguh nikmat Allah, saat ni En. Khus jeles gile, tgk aku jadi dugong, siap dia cakap eksen..ini semua poyooooooo..hahaha...jeles la tu tak leh join, sebab kene jaga budak kenit yang kesejukan, aku suh amik gambo pun dia cakap, jangan nak poyo sangat lah..tapi amik jgak hahaha..ikut la kerenah bini abang yang sengal ni.
Dugong tengah berenang katak, gile penat dari hujung sana ke hujung sini, dengan rambutnya tutup google, berlagak kan? mua hahahaha (gelak jahat). Aku berenang sorang-sorang boleh lah, nak selamatkan orang memang tak la, bukan lifeguard boleh selamat-selamatkan orang, En. Khush cakap " habis kalau abang lemas cam ner?" eh..eh dia lak yang cakap cam tu, patutnya aku yang cakap cam tu kat dia.
Haa..Abang Long, bergantung la kat tepi tu, tengok mummy ek..hehehe.
Dah hampir sebulan kot aku tak swimming, kali ni, aku hanya boleh breast stroke jer, tak boleh nak free style sebab tak pakai cap, rambut tutup mata, nafas dah tak cukup, faktor usia dah agaknya huhuhu..
Ni la kojo En. Khus, gambar aku menentang, meniarap, terkakang kiok, menonggeng pun dia snap, tapi tak leh la buh lam ni, 18sx plak, kat tepi ni tak der sangat orang join swimming, sebab tahap kedalamannya, hanya aku ngan ada la sorang dua lagi yang berenang ulang alik, best la skit leh swimming dengan tenang tanpa kene berlaga ngan orang lain, kalau dok kat tepi sana nun..baru dua tiga kali kuak,,panggg kene orang, baru nak baring dahh kene hempuk ngan budak-budak yang terjun tak hengatt..kalau aku menyelam plak kene pijak ngan orang yang berjalan dalam air..lemas makkk....
dekat 2 jam swimming ke hulu kehilir, otot mula rasa kejang-kejang, lengan ngan bahu dah mula lenguh, kaki ngan paha pun mula sengal-sengal, walaupun tak berpeluh, tapi tahap kepenatannya lebih laju dari berlari 100 meter, habis laaa..esok mesti terkangkang-kangkang jalan ni, sampai ke tengkuk lenguhnya, maunya tak, dok dalam air seluruh anggota badan bergerak, ni la padahnya.
Apa pun..swimming boleh menguruskan badan, jangan plak lepas swimming cekik nasik 2 3 pinggan, ni lah hobi aku yang paling best selain dari Bowling..selamat berhujung mingguuu..
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..