Anniversary

Monday, January 21, 2013

HAPPY BESDAY MY SON, DANNY

21st January 2013, genap usia AHMAD ALIM DANIE AHMAD KHUSHAIRY yang ke-5, syukur Alhamdulillah, dah 5 tahun mummy dapat menyaksikan Abang Danny membesar dengan sihat.  Mummy dan papa doakan semoga Abang Danny menjadi anak yang soleh, anak yang bertanggungjawab, anak yang bijak pandai dan anak yang matang dari hari ke hari.  Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup setiap ibu bapa bila dapat melihat anak-anaknya berjaya, dan mummy doakan Abang Danny akan berjaya menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara di masa akan datang, jangan lupa juga sentiasa menghormati orang tua.

21 Januari 2008, jam 7.50am maka lahirlah seorang lagi putera dari zuriat En. Khus, putera seberat 3.4kg dan panjang 32cm ni, kami namakan dia AHMAD ALIM DANIE bermaksud AHMAD = Yang Terpuji ALIM= Mengetahui DANIE = yang dekat, jadi bila digabungkan 'Yang Terpuji mengetahui yang dekat'. Alhamdulillah melahirkan abang Danny mummy tidak mengalami sakit yang panjang, pukul 4 pagi mummy mula merasai kesakitan dalam 1/2 jam sekali dan pukul 7.50 dah keluar baby yang comel ni.  Walaupun lebih due sehari, mummy sebenarnya mengharapkan baby comel ni keluar pada 22 Januari, sebab boleh sambut Anniverssary mummy and papa sekali ngan besday Abang Danny, tapi tak per lah, untuk tahun 2008, mummy celebrate anniverssary yang ke 4 di hospital, dan hadiah yang paling bermakna untuk Annivessary mummy ngan papa masa tu, bila Abang Danny keluar dengan sihat.
Beberapa jam Abang Danny keluar dari perut mummy, Abang Danny memang baik, menangis time nak susu jer, tapi bila  papa balik lepas cuci 'popo' Abang Danny, malam tu mummy sorang-sorang kat hospital, Abang Danny nangis sampai mummy tak boleh tido, sabo je lah..sampai la skang Abang Danny suka kememe.  Walau apa pun mummy ngan papa tetap sayang abang Danny.

Lepas  bersalinkan Abang Danny 12 hari, mummy balik berpantang kat kampung, semestinya mummy kene pulihkan balik kesihatan mummy, mummy kene normalkan berat badan mummy, dan mummy tak pernah menyesal dapat melahirkan anak-anak mummy, walaupun berat badan mummy mencecah 68kg masa nak masuk labour room, tapi mummy bangga dapat merasai dan menikmati saat-saat menantikan kelahiran anak-anak mummy, dah balik kampung wat cukur jambul, kepala Abang Danny dah botak.
Dah 2 bulan Abang Danny dah pandai senyum-senyum kat mummy dan papa, masa ni mummy dah lupa macam mana sakitnya mummy di saat nak lahirkan Abang Danny, tengok muka Abang Danny pun hilang semua masalah yang mummy ngan papa alami.

Wah lamanya tertangguh entry khas utk besday hero kedua mummy nih..huhuhu..sorry la Abang Danny..mummy busy sangat-sangat, tak sempat dah nak sambung..

Besday Abang Danny pun tak sambut sangat macam tahun sebelum-sebelum ni, tapi apa-apa pun besday Abang Danny ngan Anniverssary kita gi bercuti ke Langkawi, kira ok la kan?

Ni la Abang Danny di waktu usia 5 tahun, walaupun Abang Danny kememe, suka merajuk, suka mengadu, suka bertanya banyak-banyak kali, tapi Abang Danny telah menceriakan hari-hari mummy ngan papa, mummy ngan papa sayang Abang Danny, dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak mummy di dunia dan akhirat.


HAPPY BESDAY DARI MUMMY NGAN PAPA BUAT AHMAD ALIM DANIE YANG 
KE 5 TAHUN.

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..