Anniversary

Wednesday, January 2, 2013

HAPPY NEW YEAR

Pejam celik..pejam celik dah tahun 2013, masuk tahun baru, 5 bulan lagi aku akan melangkah ke usia baru, ermm...dah makin berusia, kedut pun tak lama lagi akan muncul, anak pun makin membesar, melangkah ke tahun baru jugak Abang Long dah berusia 9 tahun, maknanya usia perkahwinan aku pun dah mencecah usia 9 tahun.  Sekejap masa berlalu, Abang Long dah nak jadi anak bujang, aku semakin menigkat usia, apatah lagi En. Khush makin la berusia, dah pertengahan 30-an kot. Tapi perangai macam  budak-budak lagi, still lagi berebut game ngan Abang Long.  

Tahun baru jugak Abang Danny dah berusia 5 tahun, dah masuk sekolah dah pun, Ayish mengkibung pun dah nak masuk 2 tahun, makin notti, dah pandai macam-macam.  Tapi untuk tahun 2012 aku rasa azam aku belum tercapai pun..aku ada azam ker untuk tahun 2012? tak der rasanya.  banyak suka duka sepanjang tahun 2012 ni, ada gembira, ada sedih. Untuk penghujung tahun ni jugak, keluarga ku dilanda kesedihan, bila 3 orang saudara aku kembali ke Rahmatullah.  Al-Fatihah buat semua saudara-saudaraku.  Ada azam ke untuk tahun 2013?, cuma berazam nak peknan lagi ada la..azam nak posting mungkin aku boleh tanam lain tahun pulak hehehe..untuk tahun ni belum lagi.  Tapi posting bukan azam tapi wishlist..Insyaa Allah semoga Allah permudahkan segala-galanya.

Bila awal Januari bermula, aku memang super bz, bz nak uruskan anak-anak sekolah, tapi kenapa awal tahun jer, bukan tengah tahun dan hujung tahun, sebabnya awal tahun semangat berkobar-kobar, bila dah makin lama, anak pun dah makin biasa ngan persekitaran sekolah, aku pun makin rileks lah..Abang Long tak der la aku kisah sangat, sebabnya dia dah biasa kat sekolah, cuma bezanya awal tahun Abang Long akan pergi awal ke sekolah, start dah tengah-tengah tahun papanya makin lambat pulak bangun dan Abang Long mula akan lambat ke sekolah hahaha..



Tahun ni Abang Long still jadi pengawas lagi, untuk tahun kedua Abang Long jadi pengawas sekolah..bangga..bangga..untuk tahun depan aku rasa tak payah la jadi pengawas lagi Bang Long oiii..mummy ngan papa asik antar lambat jer, harap-harap tahun ni papa ada azam nak antar pagi skit abang Long gi sekolah kan..kan..


ni hari pertama gi sekolah,..Abang Danny sekolah tak jauh dari rumah aku, leh jalan kaki jer pun , Tadika Layang-Layang, dalam BI nya KITE Kindergarden ewahh...gi sekolah muka monyok, tak der geng, menyenderi, tapi sib baik dia dah biasa sebab dah pergi orintasi dah, so dah ada la kawan dia sikit-sikit, budak hencem ni, cikgu cakap dia pandai, cepat tangkap, Alhamdulillah...harap-harap Abang Danny kekal cam tu sampai hujung tahun ek, yang best tu bila dia nk tukar chanel tv aku cakap dalam Bahasa Melayu dia tak paham no berapa, boleh gitu..kalu nak tukar chanel ceria aku sebut enam satu satu (611) memang muka blur gila, lpas tu papa dia cakap six one one (611) baru dia paham, boleh pulak tekan kat remote tu, terkedu sekejap aku, tak sangka omputih anak aku sorang nih, patut tak pandai makan guna tangan, sudu 24 jam..adoyaiii..sambil tepuk dahi...


dan budak ni pulak 3 bulan dari skang akan genap 2 tahun, tapi dah pandai macam-macam, dah pandai berebut iPad, dah pandai berebut PSP ngan abang-abang, lepas tu asik nak menang dia jer, makin besar la konon.  Bila tengok diorang ni membesar, makin menyerlah la usia aku sudah bertambah, nak-nak bila jalan ngan Abang Long, tinggi nya dah sampai ketiak aku kot, apa pun mummy doakan anak-anak mummy untuk terus berjaya dari tahun ke tahun, dan semoga dengan kehadiran mereka juga semakin semangat untuk aku berkerja dan mencari rezeki untuk membesarkan mereka ni dengan penuh kesempurnaan.

HAPPY NEW YEAR Dari aku n family..semoga tahun ni makin baik dari tahun-tahun sebelumnya..Aminnnnn...

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..