Wednesday, December 19, 2012

DURIAN CREPE


Durian Crepe ku yang gebusss...

Aku tak pernah terfikir pun nak belajar atau mencuba buat durian crepe nih..sbb aku tau nak buat nya tahap leceh gila vavi..tapi disebabkan sokongan En. Khush aku mengusahakan juga untuk mencuba perniagaan durian crepe..ramai antara kawan-kawan aku tidak yakin dengan keupayaan aku ni, ye lah.. untuk buat dan pasarkan durian crepe, sebabnya boleh ker aku buat DC ni setanding dengan peniaga-peniaga lain yang memang ada kebolehan dalam menghasilkan produk makanan yang sedap dan boleh diterima ramai.  Tak kan la aku ni bongok sangat kan nak jual kat orang tapi ikut resepi bodoh-bodoh cam tu jer tanpa bertanyakan pada yang pakar.  Pada mulanya semangat nak belajar tu datang sebab nak makan kene beli..nak makan kene beli...dah bepuluh-puluh henggit dah aku habis beli DC nih..lepas tu sekali beli kene dlm kuantiti yang banyak lak tu, sebab nanti orang yang buat DC tu tak nak antor..cam tu la pulak gamaknya..jadi berkat usaha yang ingin mencuba..aku menuju jauhhh nun ke satu pusat akademi masakan...wahhh akademi..gempak giler..munyik nyer..

sebenarnya aku gi belajar tu pun tak der terfikir pun untuk aku jual ..untuk makan-makan sendiri jer, tapi bila aku belajar cara dan teknik untuk buat DC, aku rasa macam seronok pulak, tambah-tambah lagi skang musim durian, apa salahnya aku mencuba kan..lagi pun sepanjang aku dalam proses nak mengenal DC ni, aku beli dengan bermacam-macam orang...macam-macam DC dah aku rasa, ada yang creme nya cair, ada yang kulit nya keras bila simpan lam fridge..ada yang rasa kulit jer..durian ntah ke mana creme ntah ke mana..ada yang x gebu..lembik jer..huhuhu..bukan nak mengata tapi hakikatnya begitu..ada bermacam-macam saiz aku pernah beli, ada yang 5 biji RM10.00, ada yang 4 biji RM10, tapi besar sampai kene makan kongsi-kongsi, ada yang panjang, ada yang patsegi..sebab aku nak mencuba..jadi aku sanggup la order even tempat yang buat DC nun jauh ke Seremban.  Sambil-sambil tu jugak aku dah tengok-tengok dan google-google resepi kat tenet..1 pun tak sama dengan apa yang aku belajar, sebab penyebaran melalui laman sesawang ni diorang tak kongsi semua resepi, yang sepatutnya ada pada DC, sebabnya, siapa-siapa yang pergi belajar buat DC ni perlu bayar dengan harga yang mahal untuk satu resepi yang cotet jer sebenarnya..secreto resipipo la katakan..termasuk la ngan aku kwang..kwang..

ni antara DC yang pernah aku beli..ada lagi la 2 3 jenis aku beli yang macam-macam pesen, ada yang 4 biji yang kempis..sumer ada..tapi kang aku letak dalam ni seolah-olah aku mengkomplen orang lain punya pulak..tapi ni aku dah beli jadi ni aku punya la kan..tapi antara faktor-faktor ini la yang jadi aku nak sangat tau apa resepi yang secret sangat neh..sampai aku perlu belajar nun jauh-jauh sana. Resepi DC ni memang bahan-bahannya banyak..untuk kulit sajer pun dah berjenis-jenis tepung..yang pastinya tak der langsung tepung gandum ek..sebab kalau ada yang korang-korang tengok ada buh tepung gandum maknanya nanti kulit crepe korang akan sedikit keras bila masuk fridge..begitu jugak dengan intinya, kalau creme yang korang letak hanya semata-mata whiping cream sahaja, makanya..cream itu akan cepat mencair dan bila balut dengan kulit tak kan jadi gebus gebas gitew..hamboi..hamboi..dah macam mastercheff dah gayanya..

Haaaa....ni la pirst time buat crepe selepas pergi bertapa dan menuntut dengan tok guru yang pakar, hahaha..gebus tak gebus tak..yang ni tak berapa gebus lagi..maklumlah tangan keras lagi nak membalut dan membuat kulit yang nipisss banget..tapi ni aku dah jadikan sampel untuk mereka-mereka yang nak merasa apa sebenarnya crepe hehehe..perasan lebih lak..aku suka wat kecik-kecik comey jer..sebab kalau opis aku ni sumer ala-ala omputih suka benda-benda yang cotet dan bila gigit tu hanya 2 ke 3 kali gigit jer..sebab nanti tak nak nampak kembung mulut..cam orang putih kalau makan roti tu..cubit sikit-sikit gitew..ke main lagi kan..

Nak dapatkan crepe yang sedap jugak kulitnya mesti nipis, bertapa seksanya nak dapatkan kulitnya yang senipis kulit bawang neh..tu belum lagi time membungkus, kulit ni fragile gile, tersalah bungkus terkoyak habis, tekena kuku sikit terkoyak, sebab tu bila bungkus kene hati-hati, kuku dan tangan mesti bersih, kering dan berkuku pendek, kalau tangan basah, bila tekena air kulit ni jugak akan melekat..makanya habis melekat-lekat kat tangan..uwaaa..stress bila bab-bab nak bungkus crepe neh, mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, kene buat dengan penuh kasih sayang baru crepe jadi sedap hahaha..

Setelah beberapa percubaan, ini lah hasil crepe aku skang, yang dah aku edarkan kepada mereka-mereka yang sudi mencuba dan merasa DC aku neh, gebus tak? hahaha..perasan tak habis-habis aku neh, apa pun aku juga nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan aku yang telah sudi merasa DC aku ni, tima kasih juga sebab banyak yang bagi komentar yang positif, wah macam menang arward, ada jugak yang komen crepe aku neh kecik, walaupun kecik, aku jual 6 biji, ada lagi yang aku beli kecik cotet pun 5 biji sepluh henggit..no hal la, aku terima semua komen-komen customer, biasa la tu, kebanyakkan customer's aku dikalangan taste-taste orang putih yang suka pada sukatan normal bite..ceewaahhh..maka diorang suka yang 2 or 3 bites hehehe..so aku kekalkan kepada size ni yer..dah nama pun desert kan, mesti la hanya sebagai pencuci mulut, tak kan nak makan DC ni sampai kenyang cam makan nasi hihihi..so sapa-sapa yang makan crepe aku neh dia di kalangan taste-taste omputis.. kwang..kwang..kwang..ada juga member-member yang nak belajar cara-cara dan teknik-teknik membuat DC yang gebus gebas neh, tapi bukan aku tak nak ajar, tapi kalau aku bongkarkan resepi yang secreto resepipo neh nanti aku telah melanggar perjanjian ngan tok guru aku, haishhh..serba salah acik ni ha..tak baik kedekut ilmu, sebab rezeki masing-masing kan, tapi macam mana pulak perjanjian ngan tok guru aku? kalau aku mungkir janji, pun berdosa jugak nanti..tersepit acik..jadi pendek kata, sapa-sapa nak belajar aku syorkan berusaha untuk mendapatkannya sendiri, sepertimana aku juga yang terpaksa meredah jalan nun beribu batu untuk mendapatkan tok guru DC nih, tanpa bantuan sesiapa pun, sebab aku pernah mintak  juga resepi dari orang lain, maka tiada seorang pun yang simpati untuk memberikan resepi yang terbaik, tapi sesungguhnya Allah itu Maha Kaya sebab sesiapa yang berusaha maka dia akan dapat ganjaran setimpal dengan usahanya, sebab setakat ni, aku rasa inti DC ni adalah yang terbaekk..wahhh perasan lagi, tapi kalau suatu hari nanti aku makan yang lagi gebus dan sedap dari ni, aku akan berusaha lagi untuk mendapatkan resepi itu.  Jadi kalau ada sapa-sapa yang teringin nak mencuba DC gebus gebas nih boleh lah emel ker..tinggalkan comment  kat sini ker..tak pun leh PM kat FB aku ek..tapi disebabkan ini hanyalah kecil-kecilan jadi  terpaksa la kene order 2 hari sebelum, maklumlah, dibuat dengan penuh kasih sayang, tak boleh amik banyak-banyak order untuk satu-satu masa, nak jaga kuantiti dan kualiti DC gitew.


p/s : TQVM dan sayang sangat-sangat kat En. Khush sebab mengantar dan menelepon customer's  walaupun orang tu aku tak kenal pun, dia la yang antor sume DC ke sekitar Putrajaya 

1 comment:

jangan segan-segan nak kritik..i like..