Wednesday, January 16, 2013

Kawan..Friend..Sahabat..



Nak citer pasal kawan la pulak, sebab aku ni x der BFF, aku tak tau la BFF tu dimaksudkan macam mana, adakah teman sebantal setilam, sehidup semati, semakan sepinggan dan macam-macam se lagi, dan aku tak tau nak tafsirkan BFF tu adalah teman yang macam mana, kalau BFF tu di klasifikasikan atau ditafsirkan sebagai teman sebantal setilam, semakan sepinggan, sehidup semati, itu adalah hanya suamiku yang tercinta En. Khush sahaja.  Tapi kalau kawan jer nak serapat macam tu, aku rasa aku tak der. 

Hakikatnya, dari zaman aku sekolah, zaman belajar kat poli, zaman melangkah ke alam pekerjaan, aku sememangnya tak ada BFF.  Aku ada kawan, macam kawan satu rumah masa zaman anak dara dulu, kawan satu opis, kawan macam tu jer la, aku berkawan dengan sumer orang, tapi kawan yang benar-benar rapat tak der aku rasa. Kawan yang tau 100% pasal peribadi aku, pasal keluarga aku, pasal semua hal-hal yang aku buat, aku beli, aku ada..rasanya aku tak der kawan yang sampai tahap macam tu. Kalau berkawan kat opis pun, sekadar di opis, lepas aku pindah dari opis tu aku dah tak jumpa dah kawan-kawan kat opis lama, macam tu la seterusnya, sampai dah 5 kali aku bertukar tempat dan 3 kali bertukar kementerian. Kawan hanya sekadar kawan.


Aku ada la kawan yang aku berkawan dari kecik sampai besar, sampai kawin aku berkawan dengan dia, aku dah anggap dia macam adik aku sendiri, sebab aku tak der adik, ayah dia pun selalu gi umah aku, dia pun dari umur 2 tahun dok main kat umah aku, baju aku dia pakai, ikut ayah aku gi amik aku kat sekolah, makan kat umah aku, tido kat umah aku, sebab  aku kawan dengan dia dari kecik, main masak-masak ngan aku, mandi sama-sama ngan aku, yer la dari umur dia 2 tahun, aku pulak masa tu umur 5 tahun, dan sekarang aku dah berumur 32 tahun, bayangkan berapa lama aku berkawan dengan dia dan sudah semestinya dan sememangnya wajar lah untuk dia tau semua hal keluarga aku kan..sebab kawan aku tu dah kehilangan seorang ibu dari umur dia 2 tahun lagi, jadi aku la kawan sepermainan dia hingga sekarang.


Aku tak tau la kenapa aku tak der BFF, sebab mak aku memang tak ajar aku berkawan berlebih-lebihan kot..ataupun x der orang nak kawan ngan aku..hahaha..kawan memang ramai tapi tak de yg bole jadi BFF..kat opis baru ni pun..baru ker..dah 2 tahun kot, kira baru la..hanya sorang jer kawan yang boleh berkongsi macam-macam, kongsi minat, kongsi kegilaan, kongsi saat maronggeng hahaha..selalu together-gether, sebab dia sekepala ngan aku kot..selalunya kawan yang macam tu aku boleh get long..tapi kalau kawan yang aku rasa boleh sekadar kawan, bergurau sikit sentap, tegur sikit sentap, aku main-main pun anggap macam betul-betul..selalunya sikit-sikit aku akan bawak diri, hanya kawan gitu-gitu la, takut nanti bila lama-lama leh jadi lawan.  


Selain daripada kawan, aku pun tak der jugak nak angkat sana, angkat sini, adik angkat, abang angkat, kakak angkat dan bermacam-macam angkat lagi, kekasih angkat ramai..sampai mak aku pun tak tau yang mana satu pilihan aku, hingga la aku bagitau mak aku nak kawin ngan En. Khush..ishhh gatai btul aku ni kan? tapi sememangnya aku tak suka berangkat-angkat.  orang nak buat aku kakak angkat, adik angkat pun aku geli, usahkan aku nak amik orang wat angkat-angkat.  Sebab aku dah rapat ngan adik beradik aku, jadi aku dah ada kakak yang boleh sama-sama kongsi macam-macam, termasuk kongsi rahsia perkahwinan antara kami, dan mak juga boleh mendengar setiap masalah yang aku hadapi, buat apa lagi aku nak bercerita ngan orang lain kan? orang luar pulak tu..ishhh baik aku bercerita ceriti ngan laki..sodap gak sambil peluk-peluk hihihihi, bagi aku, apa yang aku lalui waktu ini, semestinya mak aku dah pernah lalui, dan tak salah berkongsi apa sajer dengan mak, dan aku pasti akan merindui saat-saat macam ni suatu hari nanti.  Insyaa Allah aku akan didik anak-anak aku juga untuk berkongsi setiap masalah dan rahsia dengan aku. Jangan lepas ni sibuk berangkat-angkat plak, no no no..i dont like..orang yang sibuk nak ada angkat sana, angkat sini aku anggap kurang kasih sayang, tak macam aku yang dah berlebih-lebih kasih sayang, so dont like angkat-angkat..


p/s : jangan sentap ek sapa2 yang ada angkat2 ni..ini hanya pandangan aku yang tak suka berangkat, jadi setiap orang tak sama hokeyyyy...


2 comments:

  1. huuhuhuh.... .. jgn jd back stabler sudah.... nak tikam..meh tikam depan2...hahahaha gitu ler kekdahnye

    ReplyDelete
  2. yer btui tu..nk tikam meh tikam terus hahaha..i loikeeee...

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..