Tuesday, February 24, 2009

KECOPOT

Eeee...bengang..bengang..pagi-pagi lagi dah buat aku angin, naik angin, berangin sumer ada, geram nya!!!!....elok-elok jer turun awal hari ni jadi lambat, eeee..kalau ikutkan hati aku, aku cucuk-cucuk tayar kereta tu, pandai-pandai nak blocking keter aku, apa ke he!!..dah tau tak ader parking letak la kat luar nu ker, kat tepi jalan nu ker, tak pun letak jer belakang keter orang lain, kenapa mesti kereta aku jugak jadi mangsa, tau la kereta aku comel, saje nak mengimpit...masa aku tengah jalan sambil kendong anak aku, aku dah nampak dah, kereta Wira 1.5 sedan, cantik jer dok belakang keter aku, sambil-sambil lalu aku intai, tengok handbreak, memang la handbreak dia tak angkat, sebab dia suruh aku tolak, aku nak tolak keter? wanita anggun, bergaya, sopan lagi elegan ni nak tolak keter, dengan kasut tinggi nya, nak tolak keter, apa kes beb....? eeee...kepala aku dah mula berpinar-pinar ni menahan marah ni, mulut dah membebel-bebel tak berenti ni, eeee..dah tau bangun lambat yang gi blocking keter aku ni pesal..kalau keter aku ni leh tukar jadi buldozer..cam dalam citer transformers tu, aku penyek-penyek kereta ni biar jadi cam tin sardin, tak pun kalau aku sendiri boleh bertukar jadi Ben(orang batu) cam dalam Fantastic Four tu, aku keronyok-keronyok keter tu biar jadi cam bola, pastu aku campak jauh-jauh..biar padan muka dia, ini bila diukur dari belakang pun sah-sah la kereta aku terpaksa mengalah dengan kelebaran bontot kereta tu, huhuhu...
.
Aku tunggu kejap kot-kot tuan dia datang, ye la jam pun dah kul 7.40 a.m, tak kan tak keluar-keluar lagi, tapi 10 minit aku tunggu, makhluk Tuhan paling bangang tak muncul-muncul jugak, aku turun balik dari keter, try tolak, tapi seinci pun kereta tu tak berganjak, tengok kat tayar kot-kot dia letak batu, tolak lagi tak jugak bergerak, ketiak dah berpeluh ni, make up pagi tadi dah meleleh ni, habis bulu mata aku, hampeh, hati ni dah kecopot tahap gaban ni, kalau bergerak la kereta ni aku tolak, siap la ko aku tolak sampai rumah sampah nun, lambat pun lambat la...kejap tu datang tuan kereta sebelah aku, perempuan jugak, tak leh mintak tolong, kalau jantan leh mintak tolong tolakkan, lepas dia keluar, aku pun try keluar cara senget, kene pusing streng banyak-banyak kali, lenguh tangan-tangan aku, akhirnya aku berjaya keluar dari petak parking yang telah di block T kat belakang aku, lepas keluar jer, aku jeling kereta tu, sambil aku maki-maki, kalau kereta tu leh cakap mesti dia kata' bukan salah saya, salah tuan saya yang bangang', kalau la aku ni jahat...(jahat mulut je, tapi perbuatan lum pernah lagi) sambil pegang syiling aku gores dari belakang sampai ke depan, macam aku gores kad prepaid aku...lain kali kalau aku nampak kereta ko syok jer dok dalam parking, siap la ko, aku block sampai 3 hari ko tak keluar, tapi masalahnya aku tak macam tu, kalau aku balik lambat sekali pun, aku tak ada parking pun aku tak kan block keter orang, terpaksa la aku gi parking tepi-tepi jalan nun...
.
Eee...tolong la korang-korang yang dok umah flat macam aku ni, kalau dah balik lambat bangun lambat, jangan la rajin-rajin nak parking keter belakang orang, tak pun asuh la minda n jiwa korang tu, pandai-pandai la berfikir, tentang orang lain, buatnya malam tadi aku emergency ker, apa ker macam mana aku nak keluar...kalau nanti jadi kat korang..pandai pulak korang marah kan, so kalau tak nak diri sendiri marah, jangan buat kat orang lain...lu pikir la sendiri..Assalamualaikum...

p/s- sampai opis abang haji dah tunggu dia tak bawak kunci, adui..memang hati kecopot...dah la keter kene block, bos lak tunggu...

Wednesday, February 18, 2009

AKU JUARA


7hb Februari 2009, opis aku ada wat pertandingan bowling, saje pertandingan suka-suka bowling LP 2009, sambil-sambil tengah nak cari orang baru pengganti Kak Wan Roseliza n Finas coz dah tukar bahagian, sebab dengar-dengarnya bulan Mac ni, dah start MESCA inter bahagian. Tahun ni MESCA ke Singapura, aku sah-sah la untuk wakil bowling ni tak terpilih, coz ramai lagi yang terer2, apa2 pun, aku still ada netball lagi, hehehehe..
.
Berbalik pada bowling tadi, sebenarnya aku nak bagitau, team aku JUARA..kategori wanita,yahoo...untuk individu aku just no 2 jer, average pun 130+++ jer masa 2, still lagi low..berbanding ngan Kak Liza n Finas..tapi dah still ok..coz kak Liza suruh aku pecahkan rekosd160..so aku dh pecahkan la, skang ni pun kalau main ngan dia kira tak pernah dah kurang 120 ke bawah(kembang hidung ni) hahahaha...tapi lepas ni aku dah kene jarang2 dah main..huhuhu..sebab dah kene potong rumah..duit dah susut huhuhu sadis nya...

(aku ngan wani...1 team..chaiyok2..wani... kita juara)


(gaya ada...bola slow nak mampus..chit..)


Bola 12lbs- macam ringan, tapi nape baling slow

tapi coach aku kata sebab aku angkat n realease bola tu x habis, aku tak tolak tapi aku baling, aku rasa dah tolak tapi still slow..ermmmm..kene banyak practice ni...



Dapat hamper jer..tapi kenyang la makan..walaupun habis n x der kenangan..yang penting kenangan menjadi JUARA...hahahaha













Monday, February 16, 2009

BZ

Seminggu 2 ni, aku memang tak ader masa langsung nak menulis blog, busy sesangat..kat rumah pun tak sempat ngendap lap top, coz si kecik asik bekepit jer..tambahan plak dia dah besar, merengek jer kejenya, abang long pulak suka nyakat dia, kat opis pulak sepanjang minggu lepas, blog aku tak boleh bukak, asik 'page cannot be displayed', ntah-ntah kene block tak, ntah la, line opis tak leh pakai sangat, banyak sangat security system.., aku skang ni busy nak pindah rumah, tu yang tak ader masa, sabtu hari tu gi cuci rumah baru, nasib baik la ada anak-anak buah(mira n aida) tolong bersihkan, tak la penat sangat, ye la, si kecik tu sampai biru-biru bibir main air..so..untuk sepanjang tempoh ni, kene stop la dulu, bila aku btul-btul ada masa aku tulis lagi, memang banyak perkara aku nak kongsi cerita dengan korang

(ada tak ala-ala iklan sabun mandi..hahahaha..) bestnya gambar terpampang kat board iklan besar ni...

Wednesday, February 4, 2009

.ANGKAT TERANGKAT.

Angkat-angkat...terangkat, berangkat dan diangkat..hehehehehe...

Nyampah aku, bila tanya sapa tu? adik angkat, sapa tu? abang angkat, sapa tu? kakak angkat...asal tanya jer mesti kene ada angkat-angkat...masalahnya..bila dah angkat-angkat ni, korang kenal ke mak bapak dia, korang kenal ke saudara mara dia, korang kenal ker adik beradik dia, kalau setakat korang berdua jer berangkat-angkat..lupakan jer la, ni nak ala-ala orang putih tu, ada pembabtisan tu, tu lain, diorang siap buat cam adik beradik sendiri, cam anak-anak sendiri,siap ada majlis lagi, yang sana kenal yang sini, yang sini kenal yang sana, ini tak..adik beradik dah berderet nak pulak berangkat-angkat, yang seperut ni pun gaduh, ni kan pulak yang lain-lain perut..aduyai...korang ni..tapi yang peliknya dengan sekandung ni suka gaduh-gaduh, tapi yang angkat-angkat ni ditatang nya pulak(kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan).

Taapii...aku pun ada jugak adik angkat..tak tahu la angkat ke tak, tapi kitorang baik sejak kecik lagi, ye la, dok sebelah-sebelah umah, dulu kitaorang just mengaku best friend, dia anak tunggal, mak dia meninggal masa dia umur 2 tahun lagi, ada kakak ngan mak lain, tapi dah besar-besar dah, masa dia umur 2 tahun, aku umur 5 tahun, seingat aku, dia memang membesar kat umah aku, main sama-sama, gi situ sini sama-sama, masa aku sekolah rendah, dia tukang ngekor ayah aku jemput aku kat sekolah, tiap-tiap hari jemput aku kat sekolah, dok dalam bakul motor, dia jenis kecik..dah besar pun kecik comel jer, tapi aku suka, sebab aku tak ada adik kan, kiranya dia la teman sepermainan aku, kadang-kadang sampai ayah dia datang rumah, cari, sebab sampai malam tak balik, bila mak aku kata biar la dia tidor sini, last-last ayah dia bagi gak tido umah aku, memang dia banyak membesar kat rumah aku la, lupa aku nak cakap sebab dia kecik aku panggil dia kodek, nama tu ayah aku bagi, lekat sampai sekarang..kodek ni pun bukan jenis suka bercerita, ayah dia bagitau mak aku, dia akan bercerita ngan aku jer, sampai sekarang lepas dia masuk 'U', kerja kat Putrajaya, dia still tinggal ngan aku, aku pun kira anggap macam adik aku dah..yela..hanya dia yang tau pasal aku..luar dan dalam..
.
Sampai umah aku kat Putrajaya ni pun ayah dia pernah datang, apatah lagi umah aku kat kampung, dia bertunang hari tu pun ayah aku sebagai orang perantaraan, aku pulak jadi mak andam,tak sabar nak tunggu dia kahwin,family aku pun anggap dia dah macam family, x kisah dah kalau dia dok serumah ngan aku pun, umah aku wat kenduri pun family dia datang tolong, cam tu jugak la kalau family dia wat kenduri, masa aku dapat surat sambung belajar, dia la orang pertama yang tahu berita gembira tu, sebab masa aku amik surat kat peti surat, kitorang 'on da way' nak gi latihan teakwan-do sekolah, masa tu dia baru form 2,kalau dah tahap macam ni, aku rasa ok lah nak mengaku angkat berangkat pun, ni tak, dia sendiri-sindiri jer mengaku angkat berangkat, ada setengah tu, angkat-angkat, lama-lama dia yang terangkat,tak paham aku gelagat manusia, selain daripada kodek ni, aku tak der la lagi nak berangkat-angkat ngan orang lain, bukan tak ader yang offer, nak-nak spesis yang berlawanan jenis ngan aku, masa belajar kat Poli dulu melambak nak angkat-terangkat, tapi aku ni, memang jenis tak ghairah langsung, malah meluat bila sebut abang angkat ker..kakak angkat...ker.. eee...getis..
.
Tapi kalau ada yang betul-betul nak berangkat-angkat ni,tak salah asalkan betul caranya,tak kira la, abang angkat ke, kakak angkat ke, adik angkat ke,angkat-terangkat ke,asalkan kenal mengenal antara family, kalau kita jer nak kenal ngan family dia, family dia tak kenal kita, emmmhhh...kalau aku..x der maknanya, nama nya syok sendiri, tak pun kita je kenal ngan abang or kakak or adik yang nak diangkat tu je, mak bapak dia, adik beradik dia..haram tak tahu tak pernah jumpa..kalau aku..pun tak der makna nya jugakkk...macam dah tak cukup kakak, tak cukup abang..tak cukup adik dah..nak berangkat lagi, aku yang tak der abang ni pun tak kuasa nak dapatkan abang angkat..dengan abang-abang ipar aku pun dah cukup leh jadi abang dah....
.
p/s - Jadi lah anak-anak yang betul-betul dekat dengan Tuhan, anak-anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya...itu lebih afdal..adios...

Tuesday, February 3, 2009

KENAPA AKU MALAS????

Kenapa aku malas..????

Kenapa aku malas???

kenapa aku malas???


Pot..baik punya, time lunch or time aku x sihat-tido bawah meja


Semenjak 2 menjak ni, aku memang malas bebebor, gamaknya, aku malas nak bangun tido, aku malas nak lipat baju, aku malas nak kemas rumah, aku malas nak masak, aku malas nak mandi, aku malas nak gi kerja, bahkan aku nak gi buang air pun aku malas...pemalas tahap tenuk aku ni, tak tahu kenapa, bahkan nak bercakap pun aku malas, aduyaiii...datang opis hanya memenuhkan masa 8 jam berkerja, sedangkan aku tak bekerja pun(ish...gaji buta lak, tak berkat), tapiiiii....memang ya pun, aku datang buka bilik, buka lampu, buka komputer(mana leh buka),on komputer, aku lepak-lepak, lepas tu termenung, member sebelah bilik aku pun pelik apasal aku moody jer, aku pun tak tau kenapa aku berkeadaan macam ni, tak pernah macam ni rasanya, nasib baik Tuan Haji tak ada, meeting kat Saujana Resort Subang, 3 minggu, kalau dia tahu aku datang lambat hari-hari, aduh..parah aku. Surat-surat yang 2 bulan lepas pun aku tak failing lagi, korang bayangkan banyak mana surat-surat selama 2 bulan tak masuk fail..ish..dasyatnya aku ni. Lagi dasyat 2 dan 3 menjak ni, aku hantar anak aku ke nussery dengan tak mandi, ye la sekali fikir kesian dia pulak nak mandi pagi-pagi sangat, hidung pun asyik berhingus jer, tapi sememangnya pun aku memang malas nak mandikan dia pagi-pagi, pampers pun hunsband aku tolong tukarkan. Aku bangun pagi siapkan diri aku, angkat anak, aku gi keje, breakfast anak ngan husband aku pun, aku suruh dia gi kedai...sian dioarang, ni dah bukan pemalas tahap tenuk ni, ni dah pemalas tahap dewa dah ni, macam mana aku nak hilangkan rasa malas ni, entry ni pun aku amik masa 3 hari nak tulis, sebab dah malas sangat.




Surat-surat aku malas nak failing dari tahun lepas, kalu boss cari kejung aku nak belek satu-satu..aduyaii...pemalasnya aku



Tapiiii.... hari Sabtu lepas, aku jadi tak berapa nak malas dah, korang tau kenapa...ngeh..ngeh..ngeh...

Tadaaa......!!!!!



Hadiah Annivessary,kahkahkah...nasib husband aku paham kenapa aku malas nak masak, malas nak kemas rumah,dan malas segala-galanya, dah 2 minggu baru nak bagi, huhuhu sedihnya, jenama TITUS, aku tak tahu mahal ke murah tapi ada warranty bateri 5 tahun dan mesin dia 5 tahun, ahhh..aku tak kisah semua tu, yang penting, memang yang aku idam-idamkan nak blink-blink tepi and ada tarikh..yahoo....jenama TITUS tu ape????