Thursday, October 23, 2014

Save Journey

Hujung-hujung tahun ni asik ulang alik KLIA jer la, ngantor orang-orang posting ke ombesea.  Nak tunggu turn sendiri lambat lagi, tak per la amik mood dulu hehehe...

Bulan ni saje 2 orang dari Bahagian aku posting ke luar negara.  Bos aku ngan sorang EO kat opis aku. 8 haribulan hari tu ngantor bos aku, dia ke Tashkent, Uzbekistan.  Sedih jugak la, sebab sepanjang aku kat Wisma Putra ni, aku banyak belajar dari dia.  tak pernah kedekut ilmu, tak simpan-simpan dalam hati, dia terus cakap jer.  Bos yang tegas tapi fleksibel.  Mula-mula aku report duty kat sini, dia terus ajar aku pasal Kedutaan Besar Malaysia ngan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara.  Dari dia la aku dapat tau beza Embassy ngan High Commission.  Rupanya tiap kali gi kusus kat Wisma Putra ni, mesti tanya apa beza Embassy ngan High Commission.  Bukan takat tu ajer Konsulat pun dia bagitau apa ke bendanya. Aku bersyukur sangat dapat Bahagian ni.  Walaupun pada mulanya aku rasa stress, ye lah sebab baru kan, banyak benda kene belajar.  Tapi lama kelamaan aku seronok dan sayang dengan Bahagian aku sekarang, dari boss sampai ke staff semua sporting.  Team yang  sangat best.

Tak sangka plak ramai jugak yang datang antor boss aku malam tu.  Boleh dikatakan semua dari Bahagian aku datang antor Dato'.  Rasa sedih jugak, sebab dah 3 tahun lebih aku bekerja dengan dia. Dah serasi bersama gitu.  Lepas hantar Dato' minggu depannya pulak tu ngantor EO aku pulak, dia posting ke The Hague, Netherland, patutnya dia gi bulan Julai kalau tak silap, tapi sebab rezeki dia tahun ni, dapat menunaikan haji, so lepas haji dia terus bertolak ke The Hague.  Masa aku hantar dia tu, baru 2 hari balik dari mengerjakan haji.  Rezeki dia kan. Insyaa Allah, rezeki aku next pulak, hehehe..
 Ni la boss aku, baju yang aku pakai tu boss aku bagi, special aku pakai nak antor dia, kemain lagi kan.  
 
 Ni la sebahagian staff kat Bahagian aku.  Penuh KLIA dengan kitorang 
Yang kepala botak yang kat tengah-tengah tu EO aku, dah jadi Tn. Haji. Seronok bole gi ramai-ramai ngantor ke KLIA gini. Agaknya kalau aku, dah mencurah-curah air mata ni.  Aku yang hantar diorang pun aku pulak yang sedih. Over betul. Bulan November ngan Disember ni pun ada lagi staff kat opis aku gi ombesea. Rombongan cik kiah lagi la kita ke epot.  Aku??? tungguuuuu...Insyaa Allah...soon..

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..