Anniversary

Monday, October 20, 2014

Dobi Self Service

Laaa...dah minggu ketiga Oktober dah, rasa baru jer masuk bulan 10, tiap kali nak hapdate blog, cenggitu la, dari sehari ke sehari lepas tu tengok-tengok dah nak habis sebulan.  Bulan ni besday En. AKAR, tapi tak sambut pun, siap kene perli lagi ada, bini pandai buat kek, tapi haremm sebiji kek pun tak nampak.  Nak buat kek kene amik mood abang sayang oiiii, jadi..tak kira la besday anak ke, besday apak ke, kalau malas nak buat memang idak la buat. Minggu depan besday Abang Long, so aku kene amik mood buat kek untuk anak teruna aku tu.

Ntah la semenjak dua menjak ni hati tak tenteram, tak tau la napenya.  Ada benda yang rasa sangkut jer, so nak masak ker nak buat kek ker semua tak der mood.  Minggu lepas aku kusus seminggu, tak masuk opis tapi ngadap jem ke IDFR seminggu rasa pening pale.  Lege minggu ni dah masuk opis.  tapi bosan jugak sebab bos yilek.  Rasa nak bercuti ni, tapi dok umah pun aku malas jugak.  Pendek kata sume malas la.

Disebabkan kemalasan yang teramat sangat, aku nak citer kat korang basuh kain pun aku gi self servis dobi depan umah aku.  Depan umah tu idak la jugak, kene naik kete la, tapi tak sampai pun 2 minit.  Tapi bila basuh baju kat situ aku jadi rajin sikit.  Sebabnya sambil tunggu kain kering aku boleh lipat kain, so, balik umah kain dah belipat, eh tapi idaklah aku basuh kat situ pun, aku basuh siap-siap kat umah, gi keringkan kat situ.  Motif, malas nak menyidai kain.  Kalau basuh kat situ mahai jugak la kalau 14kg pun dah 7 hinggit, kain aku pulak sah-sah la 25kg, tu pun dah saploh hinggit, baik aku keringkan jer baru 8 hinggit, jadi aku kering pakai 2 dryer.  Satu dryer baru 4 hinggit, so 2 dryer 8 hinggit, boleh masuk untuk 2 bakul.  ok tak? bagi aku ok sesangat la, daripada nak sidai nak angkat, ampaian plak tak cukup.  so selesai la masalah kain belonggok.

Nanti aku citer la nape aku skang cam orang sasau.  ada sebabnya, tapi kene sabar dulu, nanti aku citer.  Skang memang tengah tak stabil. Sabar itu separuh daripada iman.  makanya sabar dan terus bersabar la wahai hati.  Ok lah, kisahnya kalau lain kali nak basuh comfeter ke toto ker, sumbat jer lam menatang mesin gedabak ni, buh 7 hinggit, settle.  Daripada gi dobi kene 12 hinggit. K bye..


No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..