Biasalah dah nama pun budak, pulak tu baru umur 3 ngan 4 tahun, macam-macam ragam. Tapi aku puji cikgu-cikgu taska ni, diorang pandai handle budak-budak. Ajar menari, menyanyi, doa. Bukan senang nak bentuk budak-budak yang becakap pun pelat lagi ni. Tapi diorang boleh didik dan asuh dengan baik sampai boleh menari, menyanyi. Teruja aku. Nak-nak bila tengok anak sendiri menari. Tu la kadang-kadang bila tengok video dera la pukul la kat taska, ada jugak perasan takut, tapi kene fikir positif la, kita bekerja kena ikhlas kerana Allah, dan mohon dipelihara dari segala malapetaka dan 3 orang anak aku semua membesar di taska, Alhamdulillah, semua cikgu-cikgu kat taska ok and jaga diorang dengan baik. Start dari Abang Long dulu, aku letak di taska Kementerian Kewangan, ye la masa tu aku kat Kastam, dekat nak tengok, lepas tu aku pindah ke Kementerian Pelajaran kat Parcel E, aku letak Danny kat Taska KETTHA kat Parcel E tu, lepas tu pindah lagi ke Wisma Putra, aku letak Ayis kat Wisma. Aku memang suka pindah randah, sampai jer tiga tahun panas bontot kat tempat yang sama, kat KPM lama skit 6 tahun tapi bertukar 3 Bahagian dalam tempoh 6 tahun tu kikiki..bukan sebab aku bermasalah, masa kat KPM sampai bos ajak ikut masa dia naik pangkat, tapi aku ni jenis tak boleh dok satu tempat dalam tempoh yang lama, aku bosan. Skang ni pun dah mula bosan, sib baik la bulan Januari ni dah boleh pindah, pindah jauhhhh ke seberang laut. Haihhhh..melalut pulak dahhh..
Tak habis lagi cerita Ayish tadi ni, aku bagi gambo jer la, tak reti dah nak nulis nya, kalu aku nulis, banyok benar melalut dari cerita asal.
Ayish menari lagu Macarena, tekekek-kekek aku ngan En. AKAR gelak, punya la sporting dia menari. Tak sangka dia ok pulak masa naik pentas, kalau tak kene ngan mood kuat meragam. Ni elok je, nampak cerdik jer, menari ikut step cikgu ajar.
Amboiii..kemain lagi ko dik pegang tangan anak orang tu, pertandingan pakaian beragam, macam tau-tau jer cikgu ni yer, mana kita akan gi nanti, Ayish kene pakai baju tradisi kaum cina, jenuh la aku nak cari baju ni, maklum la bukan time nak raya cina, susah la nak cari, sib baik ada orang suggest gi kat Kenanga nu, punya la jauh nak cari, dapat one set ngan topi sekali.
Haa ni model-model untuk taska Wisma Putra, comey sangat. Lupa nak bagitau Majlis graduasi ni gabung, ngan taska KPM dan KKM. Aku tak amik plak gambo model-model cilik dari KPM ngan KKM. Diorang pun comey-comey sangat, pakai baju india, retro 60-an, baju askar, adoiiii kiut miut.
Dia dapat dua hadiah pada hari tu, satu lagi pelajar cemerlang dapat no 3 untuk umur 3 tahun. Tengok kertas soalan dia masa wat balik rumah, cam tak sangka dalam telompat-lompat kat rumah, rupanya dia mendengar arahan cikgu dengan baik. Itu ulasan yang cikgu tulis kat rekod perkembangan murid. Tapi kalau kat rumah, dia lah hero, sampai TV pun dia panjat. Ayish..Ayish..2 bulan je lagi, lepas ni Ayish pun dah sama jadi apek..jaga depan ada longkang..mana? aiyaa..lompat apek lompat aiya...
Wo shuo wan le, zaijian
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..