Tuesday, January 7, 2014

Sebenarnya Dia Suami Sayer

Haluuuu...

Tetiba nak up entry pasai En. Somiku sayang, sapa lagi kalu bukan En. Khush..
Ni gara-gara, aku cek photo kat phone aku ngan Ipad, penuh ngan gambo candid aku ngan En. Khush, dalam camera pun banyak gamba-gambar  dan adegan-adegan yang tak patut anda lihat kih..kih..kih..
Ni semua keje anak jantan sulung aku ler, suka snap sana sini, bukan takat gambo jer, video pun ada, time aku dok membebel kat kereta, time aku kat dapur, time aku borak ngan En. Khush, eh banyak ler, kalau orang selongkar phone or Ipad boleh mendatangkan kemaluan yang teramat besar sekali.  Haih la Abang Long..Abang Long..

Aku ngan En. Khush ni jenis selamba jer depan anak-anak, selamba tu maksudnya bukan ler outspoken ker..gaduh ker..marah ker..depan anak-anak.  Tapi cam bergurau ker, peluk-peluk ker,sayang-sayang ker..cium-cium ker..dengan kata lain menunjukkan kasih sayang.  memandangkan Abang Long dah umur 10 tahun, jadi dia banyak faham, apa yang kitaorang cakap, apa yang kitorang buat, jadi kitorang perlu jadi contoh untuk dia.
(antara aksi-aksi terlampau aku ngan En. Khush yang telah di'snap' anak jantan betuah)

Lagipun En. Khush tu bukan jenis romantik pun, aku yang suka buli dia, haiipppp, bukan buli cam gengster tu, buli-buli manja la, bergurau, kadang time makan suh dia suap, cam tu la, dan satu lagi perangai buruk aku, time En. Khush makan tu aku suka sepinggan ngan dia,  yang dia makan tu la yang aku nampak sedap, kalau makan kat kedai cam tu jugak, aku order lain, En. Khush order lain, alih-alih, aku makan dia punya dia makan aku punya, boleh cenggitu, buruk perangai punya bini kan? jadi sebab aku dah terbiasa macam ni jadi, anak-anak aku pun dah biasa sangat tengok aku ngan En. Khush over acting, kadang-kadang Abang Long sound, mummy ngan papa ni asik dakap jer, boleh gitu?

Tapi En. Khush is the best husband forever and ever, dia la pendamping aku saat suka duka aku, berkongsi cerita, pendengar yang setia time aku tensen, penasihat  aku time aku hot, may be this is what we call relationship.  Aku jarang bergaduh ngan En Khush, sebab dia lebih banyak diam kalau aku lepaskan ketidak puasan hati, so bila dia diam, keadaan back to normal.  Anak-anak pun rapat ngan dia berbanding ngan aku, terutama si kecik Ayish kibung tu, memang rapat tahap gaban.  Kalau aku nak kuar rumah gi kedai ke, main netball ke, Ayish siap 'babai mami', tapi kalau en. Khush keluar, even nak jemur kain je pun, si kecik tu akan ngekor dari belakang, pendek kata kalau En. Khush bergerak, sekaki sekaki si kecik tu membontot dari belakang.  Sampai En. Khush cakap, budak Ayish ni keluar dari perut papa agaknya.

 Hampir 10 tahun aku hidup dengan En. Khush tak pernah walau sekali pun aku betul-betul merajuk ngan dia.  Banyak kajian yang aku baca, dan ceramah yang aku dengar, kalau suami peluk isteri sekurang-kurangya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun, aku ngan En. Khush kalau nak gi keje lepas salam peluk 15 minit..Insyaaa Allah..panjang umur kami..ada jugak yang aku baca kalau suami peluk isteri, isteri boleh kurus, patut lah aku menten, sejak kawin 10 tahun yang lalu, (yang ni perasan tahap gaban) rasanya tu dah memang rutin aku ngan En. Khush kot.  Sebab tu anak-anak pun dah lali.  Ni bukan nak bukak pekung didada, tapi untuk sama-sama berkogsi bahawa kajian-kajian tersebut ada benarnya.
(Ini bini manyak buat dosa oooo..
hari raya jer mintak mahap peluk cium bagai...
sekali setahun menyesal pompuan nih, lepas tu buat balik)

tengok pak mertua aku tu..senyummmm jer..dia tau menantu dia ni manyak dosa, tu mintak mahap beria.

Tak lama lagi nak anibeseri yang ke 10 nih, wahhh dah 10 tahun aku sembumbung ngan En. Kuyus Khus ni.



No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..