Assalamualaikum semua..
Sejak aktif semula berblog ni, saya mula melayari dan berjalan ke blog-blog lain sambil mencari pengalaman dan ilmu dari bloger-bloger lain yang dicurahkan melalui penulisan. Dalam berjalan tu tersinggah blog UMMI SUE untuk pertandingan Give Away bertemakan anak soleh dan solehah. So try la join mana la tau rezeki Ayish dalam dunia blog mummy yang baru nak berjinak-jinak ni.
Sapa yang nak join sekali pun boleh..
SYARAT PENYERTAAN
- Follow Blog [ http://insyimanhafiz.blogspot.com/ ]
- Letakkan Link [ http://insyimanhafiz.blogspot.com/ ] di blog list (wajib)
- Letakkan SATU GAMBAR SAHAJA
- Entry ringkas dan di bawah gambar sertakan doa untuk anak
- Add Link enrty di blog UMMIE SUE bersama nama anak
- Sebelum 20 JANUARI 2014
Doa untuk kesayanganku AHMAD ALHAM DARIS
Bismillahirrohmanirrohim
Ya Allah Ya Salam
Ketika Engkau menebar keselamatan pada hari ini,
maka dahulukanlah untuk anakku ini…
tambahkan kesabaran dan beningkanlah hatinya ketika semua
manusia dalam keadaan kekaburan..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesolehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikanlah kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sihatkan tubuh badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka
Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengubat
Jadikanlah ia dalam golongan orang yang selalu menerima rahmat kasih sayang-MU
kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang berjuang demi agamu-Mu
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa
kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan
sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orang tuanya
yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia
~ Amin Ya..Rabbal 'Alamin ~
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..