Anniversary

Tuesday, November 11, 2014

Apa???? aku gemok

Ok whatever, gemuk ke kembang ker, hakikatnya KG aku dah naik skang ni.  Gile lama aku tak bersenam, keje aku makan, makan dan makan.  Lepas bos tak der ni, lagi banyak aku makan. pagi sampai jer opis makan, tgh hari kul 12.30pm aku dah kepoh lapor, ajak En. AKAR kuar makan, petang, sampai jer rumah cam orang kebulur cari makan, biskut ke roti ke sumer aku balun. Bersenam, memang tak la.  Cam mana tak GEMOK. Adoi, perut pun dah makin buncit.  Member ajak main netball, gatai tak nak sebab takut itam nak berhijrah nanti boss rejek, boleh gitu.  Aku belajar dari kesilapan dulu hehehehe. Dulu masa aku tukar KPM, aku dapat Bahagian Vokasional sebelum aku di LPM. Masa aku report duty tu, aku baru lepas berjemur main netball.  Muka tak yah cakap la, dengan hitam legam, sun burn, mengelupas, sampai EO yang aku nak report duty tu tanya pakai produk apa, muka mengelupas, waaa sentap mak tau, tanya produk plak, ingat aku salah pakai produk agaknya.  Aku cakap la baru lepas main netball tu yang hangus rentung ni. Lepas tu dia bawak aku jumpa Pengarah masa tu, sekali pengarah bagitau nak PA lama dia plak, hantar aku balik PSM suh aku ke LPM. masa tu kecik ati jugak la, tapi hikmah aku kat LPM amat besar.  Tak menyesal la lepas tu.  So sanggup aku tak main netball takut muka itam melengit.  Tanggung la badan mengembang tanpa senaman ni. huhuhuhu..
Aku letak gambo ni kat FB, sumer komen aku kembang semangkuk la, bulat la. OK whatever, aku salahkan baju tu beso, sebab selalunya aku pakai baju fit.  So kenyataannya baju beso la kan.  Lantok la komen diorang aku bolat ni.
Esoknya aku letak gambar ni, konon nak cover semalam sebab baju yang menampakkan aku ni bolat. Elehhh..sama jugak, baju fit pun kalau dah memang berisi, nampak jugak kebolatan aku tu. Nampak dagu aku berlapis tu.  Tak yah la nak nafikan lagi, senang citer gi Alamanda masuk 20 sen tengok jarum, OMG jeng..jeng..jeng..aku naik 2 KG ok..diulangi 2KG.  Berjalan sambil tengok lantai, ok aku gemuk. Pasrah dan redho, patut la naik tangga rumah pun rasa cam berlari 100 meter, mengah oiiiii..so apa boleh buat, lepas ni aku on diet la huhuhu..

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..