Wednesday, May 14, 2014

Mei 2014

Bulan Mei  bulan aku dilahirkan..bulan Mei tahun ni..bulan yang bz gile , aku rasa setiap minggu ada aktiviti, start dari 1 Mei ari tu aku g Royal Belum, Grik, Perak, ikut Biro Reakreasi opis aku, selama 3 hari aku bersantai atas boat house with handphone out of coverage, lepas tu hujung minggu sibuk ber'netball' plak, minggu berikutnya ada bowling MAKSWIP, walaupun main cam haremmm..tp macam mana boleh ter'join' aku pn x tau, baling jer la ikut suka, walaupun setiap tahun keputusan cam hampeh jer pown..

Minggu Keempat Mei gi kursus stress plak kat Janda Baik, nampak sangat cam aku stress kan?, tapi aku suka kursus stress, semestinya la hilang stress, sebab mana ada ceramah bagai kan, tak tau la kursus kali ni, tapi kalu ikut kursus stress yang pernah aku ikuti lepas-lepas cenggitu la.

Minggu kelima Mei sangat-sangat krem, dengan majlis kawin anak buah lagi, kene kursus secretary lagi, rasa cam nak ponteng, tapi call PSM kene wat surat plak, malas plak nak macam-macam, hadir la jgak, dan terpaksa lari ke majlis kawin Amir kat Shah Alam.  Nasib baik kursus habis hari Ahad, boleh la chaw awal skit.  Bila dah ada kursus, datang bertubi-tubi plak.  Tahun lepas, aku antar buku log latihan kosong sebab memang x der kursus, yang ada ceramah-ceramah dalaman jer, tahun ni dah ada kursus ni, pegi jer la.

Tepek gambo ni jer la, sempena mengingati bulan Mei, bulan kelahiranku. Cerita Royal Belum, cerita bowling, cerita kursus, akan dihapdate bila kerajinan mendatangi, cerita celebrate besday ni pun x sempat lagi nak story mory.

Eh lupa plak selain dengan kebizian terlampau ni, bulan Mei banyak hari-hari special rupanya, Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari Guru, Harijadi aku hehehe..

Sekian cerita di bulan Mei, sekejap ajer masa berlalu dah 5 bulan kita melalui tahun 2014.

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..